Awas ! Tokong DAP dah mula serang @NajibRazak bila mai PP !

on Wednesday, December 5, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Woo , belum lagi PM yang kita sayangi turun ke P.Pinang  .. Tokong DAP awal-awal lagi dah  sebut pasal janji  BN kepada P.Pinang  kononnya dijanjikan sebelum ini .

 Isu bab Rapid Penang & pembinaan Monorel dijadikan modal  utama pemimpin putar belit DAP ini untuk memburukkan kehadiran beliau ke negeri ini .

GPB nak jawab senang je untuk tokong DAP ini .. BN menang sahaja  P.Pinang di PRU13  ..rakyat negeri ini akan  terus dapat kemudahan  perkhidmatan Monorel ini.



Barisan Nasional (BN) negeri merancang membina sistem pengangkutan monorel untuk menangani kesesakan lalu lintas yang semakin serius di negeri ini jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, sistem monorel di bahagian pulau itu di perlukan kerana masalah trafik yang semakin serius.

 Katanya, projek monorel itu akan dilaksanakan dengan hab pengangkutan terletak di kawasan Masjid Negeri dan terdapat tiga arah iaitu Paya Terubong melalui Farlim, Tanjung Bungah, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan pusat bandar.

 "Negeri ini memerlukan sistem pengangkutan baru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dengan lebih menyeluruh dan berkesan dalam jangka masa panjang. "Rancangan ini tidak boleh ditunda lagi, jika tidak, masalah lalu lintas akan bertambah serius terutama pada musim percutian dan musim perayaan," katanya ketika berceramah di sini. 


Kalau rakyat negeri ini nak sangat sistem perkhidmatan  Monorel pertama di negeri ini , tumbangkan regim DAP dan undi semula BN !


Satu lagi untuk tokong DAP yang syok ungkit pasal janji BN  ini , kita nak tanya janji mereka semasa PRU2008 dah ditunaikan semuanya ke belum ??

Tol Sungai Nyior bila nak hapus ??

Kebebasan media yang dijanjikan sebelum ini mana? Melarang berita harian &Utusan membuat liputan itu dinamakan kebebasan media ka ?

Mana pi duit bonus RM6,000 setahun untuk keluarga berpendapatan kurang daripada RM2,000 ?

Mana pi janji nak bela nasib penjaja kecil ?

Mana pi janji hapus caj parkir waktu malam ?

Yang Tokong DAP tahu buat sidang media (hampir) setiap hari untuk memainkan emosi orang ramai dan cuba membuatkan rakyat tidak dapat berfikir secara rasional berkaitan dasar Kerajaan Pusat



One Response

  1. Anonymous says:

    Ya ka undi BN dpt monorel? Mcm ni kalu undi DAP tak payah bayar tax kat kerajaan pusat laa. Org pulau bayar tax tapi tak dapat faedah buat apa?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.