Akhirnya sistem Kamera AES dibekukan juga ..haha

on Tuesday, December 18, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Putrajaya mempertimbangkan untuk membekukan pelaksanaan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya, menurut sumber.

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Gambar fail menunjukkan kamera perangkap kelajuan. Hampir 300,000 saman telah dikeluarkan sejak pelaksanaan AES pada September 23, 2012.

Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.

Sumber lain berkata kerajaan mahu memastikan AES akan membantu memastikan pemandu mengikut had laju sepanjang perjalanan mereka bukannya hanya di kawasan-kawasan di mana kamera diletakkan.
“Sistem ini adalah untuk menguatkuasakan had laju dan memastikan keselamatan jalan raya,” tambah beliau.

Kira-kira 10,000 pemandu sudah membayar saman mereka di bawah AES sejak ia dilaksanakan 23 September lepas. JPJ berkata ia juga mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak itu.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata awal bulan ini bilangan kesalahan trafik menurun sebanyak tiga perempat semenjak kamera AES digunakan.

“Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya,” katanya dipetik dari agensi berita Bernama.

Daripada 14 kamera yang sudah dipasang di seluruh negara: tujuh di Perak, dua di Selangor, dan lima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Empat kamera lagi adalah unit mudah alih.

Tetapi polis mengumumkan ia akan mengekalkan perangkap kelajuan bersama-sama AES untuk menangkap pemandu memandu laju, kata timbalan menteri kepada Parlimen bulan lepas, dalam usaha membuktikan kontroversi dan mencetuskan lebih banyak bantahan orang ramai kepada kamera baru yang dipasang di lebuh raya dan jalan awam lain.

“Kerajaan tidak akan menghentikan saman ekor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikuatkuasakan.

“Pendekatan sekarang yang digunakan oleh polis akan masih lagi dilaksanakan kerana AES akan dilaksanakan oleh JPJ,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop menjawab soalan di Parlimen pada 5 November.

Timbalan menteri itu menegaskan penggunaan kamera AES dan perangkap kelajuan polis akan membantu mengurangkan kadar kemalangan negara dengan meningkatkan kesedaran dan “persepsi ditangkap”.

Beberapa ahli parlimen berhujah bahawa AES hanya akan memberi manfaat kepada dua syarikat menjalankan sistem tersebut — Beta Tegap dan Ates — oleh kerana syarikat tersebut didakwa akan mendapat RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan oleh sistem. - TMI


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Orang dah kata dulu jangan laksanakan lagi, tunggu selepas PRU13, kenapa degil nak laksanakan juga, sekarang kan problem, BN perlu jawab bermcm-mcm kerenah pembangkang. Orang yang bekal AES ni memang celaka

  2. Anonymous says:

    Btula...pembekal AES barua

  3. Anonymous says:

    memang celaka.... nie semua konpirasi nak menjatuhkan kerajaan sedia ada... kerajaan juga bodoh piang... benda nie baik dari satu segi tapi buruk dalam banyak segi lain... jangan kerana nak menghukum pemandu laju kerajaan boleh berubah tangan kepada pihak yang menjahanamkan negara... undi atas pagar yang paling ditakuti... kalau dah kena AES nie mahunya dia sokong PR yang terang2 membantah AES.. fikir2kan lah kerajaan...

    shah,
    muar

  4. jabb says:

    Baru 14 kamera dah 300,000 saman dalam 3 bulan. Satu saman rm300. 300,000 saman = rm90 juta. Kalau kira purata setahun = rm360 juta. Tu belum kira bila kamera baru akan ditambah nanti. Berapa billion nak collect saman?

  5. Anonymous says:

    blah la kerajaan skg ni,kan dh kena btg hdg sndiri

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.