DAP lidah bercabang , arah Zairil buat penafian isu kalimah Allah

on Saturday, December 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kini cuba “gostan” daripada kenyataan awalnya mendesak Putrajaya membenarkan penggunaan Kalimah Allah dalam Bible. 
Bukan sahaja “gostan”, malah beliau menafikan membuat sebarang desakan sebegitu dalam perutusan Hari Krismas beliau kelmarin. 
Penafian pantas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dibuat selepas menyedari bahawa PAS makin tersepit untuk menjelaskan kenapa beliau (Guan Eng) mahu isu polemik Kalimah Allah terus dipermainkan di Semenanjung.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man berkata Bible sepatutnya hanya menggunakan istilah Tuhan dan bukan Allah sebagaimana yang disarankan oleh Guan Eng. 
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa turut meminta Guan Eng memberi penjelasan di sebalik kenyataannya itu. 
Malah Mujahid bersetuju bahawa orang Kristian di Semenanjung menghormati undang-undang syariah beberapa negeri yang melarang penganut agama lain menggunakan kalimah tertentu termasuk Allah.  
Motif politik Guan Eng
Kenyataan awal Guan Eng mahu semua Bible bebas menggunakan kalimah Allah tentunya bertujuan mencari keuntungan politik di kalangan penganut Kristian di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. 
Ini  memandangkan pilihanraya umum dijangka diadakan beberapa minggu sahaja lagi. 
Anehnya, dalam perutusan sempena Hari Krismas, Guan Eng langsung tidak merujuk kepada keputusan kerajaan untuk menarik balik sekatan penganut Kristian melawat tempat-tempat suci agama itu di Israel. 
 Sekatan itu menyerlahkan iltizam kerajaan mendokong hak dan kebebasan beragama semua kaum mengikut prinsip Rukun Negara dan mengikut kesesuaian masa. 
Sebaliknya Guan Eng memilih untuk berpolitik dengan mengungkitkan semula polemik penggunaan Kalimah Allah dalam perutusan Hari Krismasnya. 
Penafian Guan Eng dirancang
Apabila menghidu penentangan PAS terhadap cadangannya itu, Guan Eng bingkas mengarahkan Setiausaha Politiknya Zairil Khir Johari untuk membuat penafian. 
Berikut adalah petikan teks perutusan Guan Eng sempena Krismas bersabit isu Kalimah Allah dalam Bahasa Inggeris: 
DAP urges the BN Federal government to allow the use of the word Allah on the Bahasa Malaysia version of the Bible as has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years.
TERJEMAHAN : "DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun."
Zairil mendakwa “bosnya” tidak pernah menganjurkan supaya Bible di Semenanjung turut dibenarkan menggunakan Kalimah Allah. 
"Beliau (Guan Eng) hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak,” dakwa Zairil.
"Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia,” katanya. 
Penafian Zairil ada dua “kekurangan.” 
Bible Bahasa Melayu sebenarnya  didapati boleh di jual di gedung-gedung di Semenanjung dan digunakan di gereja-gereja .   
Kedua: Dalam perutusannya, Guan Eng jelas menyebut bahawa penggunaan kalimah Allah dalam Bible DIBENARKAN  di Sabah dan Sarawak. Jadi,  sudah tentu desakan Guan Eng  kepada BN adalah supaya kelonggaran penggunaan Kalimah Allah dalam Bible diperluaskan di Semenanjung.
Tindakan bingkas Guan Eng menafikan kenyataannya itu  hanya menguatkan tuduhan dan persepsi bahawa beliau mengamalkan politik lidah bercabang. 
Jika kenyataan awal dibuat oleh Guan Eng mensasarkan undi Kristian, penafian yang menyusul menerusi Zairil  hanya untuk meredakan kemarahan umat Islam. - ANTARA POS-


        


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.