Ketika pembangkang menunding jari mendakwa kekecohan sehingga berlaku pergaduhan antara penyokong pembangkang dan Barisan Nasional (BN) di Gombak malam tadi, ketua pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din ada cerita sebaliknya.
Soal pihak mana betul atau salah memulakan kekecohan sehingga ada yang cedera biar polis siasat malah itu juga ditegaskan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam rekasi awalnya mengenai insiden tersebut.
Menurut Megat Zulkarnain, tidak hairan jika pembangkang ‘spin’ kononnya kekecohan itu dikatakan berpunca provokasi pemuda UMNO Gombak yang memang ada program di pejabat cawangan parti berhampiran tempat kejadian.
Serangan berlaku di pekarangan Masjid Zakariah, Batu 8, Gombak Utara.
Dalam sidang media di pejabat Pemuda UMNO di PWTC, petang Rabu, beliau menegaskan, apa sebenarnya berlaku adalah penduduk-penduduk sekitar terutama dari Kampung Rantau, Gombak Utara keluar beramai-ramai membantah ceramah pembangkang yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ceramah mereka pula di depan bilik gerakan peti undi Gombak Utara. Kawasan rezab masjid itu terlalu kecil untuk ceramah. Kami juga ada taklimat pilihanraya ketika itu,” katanya.
Beliau memberitahu, penduduk dan pemuda UMNO menyuarakan bantahan secara aman tetapi tindakan itu tidak disenangi penyokong pembangkang.
“Seorang daripada mereka bergerak ke arah pemuda UMNO dan apabila diminta berundur, ramai lagi yang datang meluru. Ketika itu ada beberapa objek dibaling ke arah kami,” ujarnya.
Antara objek itu termasuklah periuk, batu dan bekas air. Serangan objek itu menyebabkan Ketua Penerangan Pemuda UMNO cawangan Batu 10 Gombak, Mohd Faizaruddin Mustafha cedera di dahi dan menerima sembilan jahitan.

Pemuda berusia 37 tahun turut hadir dalam sidang media bersama Megat Zulkarnain. Beliau menunjukkan kesan jahitan di dahinya dan laporan polis mengenai insiden itu yang dibuat di balai polis Gombak, jam 2. 17 pagi.
Menurut Megat Zulkarnain, penduduk berkumpul membantah ceramah pembangkang kerana tidak mahu orang luar termasuk Ketua Pembangkang menabur fitnah kepada pemimpin negara.
“Kita buat bantahan aman, tidak bawa apa-apa senjata tetapi sebaliknya dibaling dengan periuk, batu dan bekas air. Mendakwa Pemuda UMNO memulakan serangan jelas berniat jahat,” tegas beliau.
Katanya, hampir seribu penduduk membantah ceramah pembangkang berdekatan masjid itu.
“Ini tanda kebangkitan rakyat yang sudah muak dengan ceramah serta fitnah pembangkang. Kalau mereka dakwa serangan bermula dari kami dan ada bukti, laporkan kepada polis,” cabarnya.
Menurut Megat Zulkarnain, beliau tidak mengetuai provokasi seperti didakwa pembangkang dan hanya tuduhan berniat jahat pemimpin PKR kepada Pemuda UMNO Gombak.
Selain laporan polis, pihaknya juga sedang meneliti tindakan undang-undang terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang mendakwa serangan berpunca dari Pemuda UMNO dan mengakibatkan kecederaan.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa ceramah Merdeka Rakyat yang dihadiri Anwar Ibrahim malam tadi diganggu dan berakhir dengan pergaduhan membabitkan penyokong PKR dan UMNO.
Dalam insiden itu, anggota PKR dan UMNO dilaporkan mengalami kecederaan termasuk ada yang ditikam.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kali ini selain serangan batu, tong sampah dan peralatan lain, "kita dikejutkan oleh tikaman pisau yang disyaki dilakukan oleh salah seorang anggota Pemuda UMNO." - AGENDA DAILY-