Najib lebih popular bukti orang muda dah kembali sokong BN

on Saturday, December 1, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Jumlah pengikut laman sosial Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melebihi sejuta orang menjadi penanda aras bahawa orang muda sebetulnya sudah kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, dengan jumlah pengikut Facebook lebih 1.25 juta dan twitter lebih 1 juta, nyata Perdana Menteri jauh lebih popular dalam kalangan orang muda berbanding Ketua Pembangkang iaitu kira-kira 400,000 dan 200,000 pengikut sahaja bagi kedua-dua laman sosial tersebut.

Menurut beliau, kejayaan mahasiswa proaspirasi menguasai 18 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihan raya kampus baru-baru ini juga membuktikan bahawa orang muda sudah kembali menyokong kerajaan.

"Dahulu kita nak pinda AUKU takut sokongan orang muda kepada pembangkang meningkat tetapi ternyata apabila AUKU dipinda orang muda ini membuka baju menyokong UMNO dan BN," katanya.

Khairy berkata demikian dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini. - UTUSAN



One Response

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.