Halau terhormat PKR ,tiada kerusi untuk Jui Ming di Johor

on Saturday, April 6, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Selepas dilaporkan 'merajuk' dan menghilangkan diri selama hampir dua minggu, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng semalam untuk menyatakan minatnya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Namun bekas Menteri Kesihatan itu berkata, sehingga kini tiada kerusi yang ditawarkan kepadanya di Johor kerana 11 kerusi di negeri itu sudah mempunyai calon masing-masing.

“Parti mengarahkan saya supaya meninggalkan rumah saya (Gelang Patah) kerana kata mereka saya disediakan kawasan baru.

“Tapi sehingga kini belum ada mana- mana ‘pintu’ dibuka kepada saya,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat PKR, di sini, semalam.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden MCA itu bagaimanapun akur dengan keputusan parti.

Jui Meng berkata, penyokong di kawasan Gelang Patah kecewa dengan keputusan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang menyerahkan kerusi tersebut kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Saya telah lama bersama- sama penduduk di sana dan saya selalu turun ke sana bertemu dengan mereka.

"Saya akan tetap membantu DAP dan Pas pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Jui Meng turut mengakui bahawa penyokongnya di kawasan berkenaan kecewa dengan keputusan tertinggi parti menyerahkan kerusi yang dilobinya itu kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Sekarang saya sudah tiada ‘rumah’, dulu ‘rumah’ saya di Gelang Patah. Sejak Tahun Baru Cina lalu, saya sudah menemui hampir kesemua penduduk pelbagai bangsa di Gelang Patah iaitu Melayu, India dan Cina.

“Tapi baru- baru ini saya diarahkan supaya tinggalkan kawasan itu,” katanya.

Jui Meng berkata, Gelang Patah berpotensi besar untuk menang dan berbesar hati orang yang bertanding di situ adalah Lim Kit Siang.

“Beliau seorang yang telus, mulia dan tekun berjuang untuk perubahan negara ini. Saya berharap penduduk akan menyokong beliau,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, proses perbincangan mengenai Jui Meng sedang berjalan.

“Kita berbincang dengan DAP, kita boleh selesaikan masalah ini dengan baik,” katanya.

Pada PRU 2008, PKR bertanding di 12 kerusi Parlimen di Johor namun berkurangan satu kerusi pada pilihan raya kali selepas Parlimen Gelang Patah dilepaskan kepada DAP.

Baki 11 kerusi yang akan ditandingi PKR ialah Sri Gading, Batu Pahat, Pasir Gudang, Muar, Sembrong, Johor Baru, Ledang, Sekijang, Tebrau, Tebrau, Pengerang dan Pontian.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.