Syarif Omar hari ini sahkan akan tanding Bebas di Tasek Gelugor.
Jika kenyataan TS Muhyiddin hari ini kepada semua ahli parti BN , maka automatik lah Sharif Dol ni dipecat esok ..haha
Jika kenyataan TS Muhyiddin hari ini kepada semua ahli parti BN , maka automatik lah Sharif Dol ni dipecat esok ..haha
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, ahli parti Barisan Nasional (BN) yang bertanding atas tiket Bebas akan berdepan dengan tindakan digugurkan keahlian sepanjang hayat atau dipecat secara automatik.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut dibuat berlandaskan peraturan dalam parti sekiranya didapati benar mereka berbuat demikian setelah kecewa tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Kita harap mereka sebelum membuat keputusan elok fikir panjang-panjang, jangan menyesal kemudian yang tidak berguna kerana mereka sudah tersilap langkah.
Keadaan sudah reda dan balik kepada keadaan (asal) orang kata tidak beremosi, maka waktu itu mereka sedar keputusan yang dibuat tidak tepat.
"Mereka harus menilai apakah peluang untuk menang ataupun mereka bertanding sekadar untuk menimbulkan masalah memecahkan undi sehingga menyebabkan parti kita kalah. Tetapi kita berharap itu tidak berlaku dan mereka harus setia kepada parti," katanya mengulas terdapat calon BN yang dikatakan mengisytihar diri bertanding atas tiket Bebas.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN merangkap calon bagi kerusi Parlimen Pagoh berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tengah, Sungai Terap, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
LAWAN ITU UMNO KASI MAMPUS ... TASEK GELUGUR SAH DALAM GENGGAMAN PAKATAN RAKYAT.
Grassroot nak Sdr.Zulkifli Yahya.Tolong lah dengar permintaan dan rintihan rakyat biasa.Puan Jahara tolong lah tarik diri...awal dulu kata tak nak tapi sekarang nak pulak..Apa sebenar nya ? Ada puak dalam UMNO sendiri dok main peranan supaya BN kalah supaya dapat jatuhkan air muka Dato Najib...Cukup lah jasamu mrngkucar kacirkan PRU 12 dulu..
Kita akan tahu seseorang itu benar2 setia dan bertanggungjawab dgn satu2 parti atau sebaliknya apabila jadi camnih....bila tak terpilih hah mulalah tunjuk taring sebenar..kalau banyak yg camni sebenarnya hanya menyokong sesuatu parti tuh sebab ada jawatan..bila takde.. nampak sangat....mujurlah tak banyak species jenis macamni....sepatutnya sebagai seorang Islam kena reda dgn ketentuan Allah....dan sepatutnya sokong siapa jugak yg telah dicalunkan utk BN..nih tidak... so obvious...selam anih menyokong UMNO/BN sebab dulu diberi jawatan..patutlah kadang2 kita hairan mcm mana sesuatu rahsia kerajaan maish bole dibaca oleh pehak lawan...