Hot ! Pemimpin PKR buat aksi lucah dakwa itu cerita lama

on Monday, April 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





"Itu cerita lama..." Itulah kenyataan ringkas Ketua 
Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Merbok, Saharudin Hamid yang dikaitkan dengan klip video lucah baru-baru ini.


Walaupun tidak mengesahkan bahawa dialah invididu dalam klip tersebut tetapi Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) itu mengaku bersedia menerima keputusan pucuk pimpinan parti mahupun pihak MPSP berhubung kedudukannya.

Katanya, setakat ini, beliau masih belum dipanggil oleh pucuk pimpinan PKR sama ada di peringkat negeri atau pusat untuk berbincang mengenai perkara terbabit.


"Belum ada apa-apa. Malah, saya belum terima sebarang 
surat daripada parti dan pihak majlis (perbandaran)," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Khamis lalu, Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah mendedahkan satu klip video rakaman gambar aksi perlakuan lucah yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang peringkat negeri.


Sedutan gambar itu menampilkan seorang lelaki dalam keadaan tidak berbaju dan kemudian membuka seluar sambil menunjukkan kemaluannya.


Klip video yang panjang 1 minit 36 saat tersebut dimuat naik ke dalam blog 1cilipadi.blogspot.com.

Pengerusi badan terbabit, Khairul Anuar Ramli berkata, klip video tersebut dipercayai dirakam melalui satu perbualan maya antara pemimpin terbabit dengan seorang wanita melalui laman sosial Facebook. - UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.