Cakap-cakap yang mengatakan bahawa  Khairy akan dimalu kan di Rembau telah  bermain seawal pencalonan berjalan lagi, khabar angin mengatakan Khairy akan kalah telah disebarkan oleh penyokong Mukhriz untuk melemahkan pengaruh Khairy di Rembau, tidak hairan lah jika wakil-wakil Mukhriz telah  hampir seminggu  berkampung  di Rembau  untuk mengebom Pemuda Rembau bagi memalukan  Khairy Jamalludin. Minggu ini  pemuda Rembau akan mengadakan mesyuarat mereka. Semua mata kini tertumpu di Rembau .
Melalui pemuda tempatan yang tewas tanpa  bertanding Sdr Azman Mohd Sah yang juga merupakan kroni kuat kepada Mukhriz  malahan adalah pemuda yang ditaja oleh Mukhriz  mereka telah berkampung beramai-ramai untuk memastikan Khairy Jamaluddin tidak akan mendapat pencalonan dan sebaliknya mencalonkan  Mukhriz di kubu  Khairy.
Kempen ini adalah kempen yang paling kotor dengan satu niat mahu mengaibkan  Khairy Jamalludin.Azman seorang ejen insuran kini  sungguh mewah dan ada juga desas - desus bahawa  sebahagian dari budget yang diturunkan oleh Mukhriz telah selamat  dalam tabung Azman dan perwakilan hanya menerima suku dari budget yang diterima, Mujurlah  ramai ejen -ejen lain yang turun dan secara terang-terangan  mereka bercerita dan mengira keuntungan sesama sendiri,
Kempen jahat ini lebih teruk dari kempen pilihan raya umum yang ke12  dahulu. Apapun yang berlaku di Rembau , diharap pemuda  Rembau akan dapat mempertimbangkan dengan waras  dan di harapkan mereka tidak meletakkan diri mereka di tempat pemuda yang tidak bermoral , apakah kita mahu melihat  anasir luar datang merosakan keharmonian kampung kita. Tolak mereka , mereka datang hanya dengan satu niat yang jahat mahu memalukna ketua dan membuat kita kucar kacir, apa guna kita m enang sorak tapi kampung tergadai. Pepatah  Negeri Sembilan ada menyatakan bahawa , biar mati anak  jangan mati adat. Begitulah kuatnya orang-orang dahulu mempertahankan maruah mereka, maruah anak Negeri Sembilan.
Jangan jadi pemuda yang dayus  sanggup mengadai maruah kerana wang ringgit, Jika mereka berikan wang ringgit , ambil lah , rezeki jangan ditolak namun maruah jangan  di khianati. Orang-orang di Rembau dahulu sanggup mati kerana bopak  kepala yang merupakan kepala suku. Orang negeri sembilan sememangnya terkenal dan kuat  berpegang kepada adat, Bererti orang negeri sembilan begitu taat kepada pemimpin dan kukuh kepada setiakawan  . Fikir lah semasak-masaknya dan mari lah kita sama-sama menolak pengkhianat dalam kelompok kita. Jangan biarkan wang ringgit merogol adat dan setiakawan kita yang telah kita warisi dari nenek  moyang kita dahulu, Bersatu kita  teguh dan berpecah kita roboh. Adat pepatih setio pado ketuo. Biarlah orang kito yang monang , yang untung pun , awak gak bukan orang lain, orang tu datang buek kacau , lopeh tuh dio balik lah. Yang malu kito , yang rugi pun  kito . yang ketawo diorang , yang diketawakan , kito. Jangan lah bingai sangat.
Kalau kito monang , yang handa kito , yang kuek pun kito .
Cukuplah apa yang terjadi dengan Puteri UMNO  Bahagian Rembau yang tidak mencalonkan Bibi, cukuplah  Puteri Rembau  dipersenda kan di seluruh Malaysia sebagai Puteri yang tidak matang. Bila sebut sahaja Puteri Rembau semua  orang akan tersenyum . Puteri Rembau telah membuktikan  pepatah yang popular di rembau satu ketika dahulu sememangnya benar - “Rombau sorombau -rombounyo. pakung Soadolah” Maksudnya orang Rembau sebenarnya berpekung. Marilah kita nafikan peribahasa ini dan marilah kita sama-sama menaikkan   moral Pemuda  Rembau dan mereka sebenarnya  adalah pemuda yang tidak boleh dijual beli, biar kito kobulur , namun maruah bangso , maruah anak nogori jangan di gadai. Adat pepatih mengajar kito taat pado pemimpin.
Hidup Pemuda  Rembau.
 Salam Perjuangan 
- tolong sebarkan . Di izinkan untuk copy dan paste tulisan ini bagi kegunaan mana-mana laman web.
* apa yang aku boleh cakap Berani Berubah = berani main kotor !!!
Pesanan akhir untuk Pemuda Rembau-kpmu.net
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Luxury Collection6 years ago
- 
- 
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.8 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
- 
        ▼ 
      
2008
(297)
- 
        ▼ 
      
November
(40)
- Aktiviti YB KJ di Rembau
- RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008
- Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail me...
- ‘Selamat hari jadi Pak Lah ke 69 "
- The Fabulous KJ
- RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER KE 3
- Arak : Pas seperti anak tiri dalam Pakatan Rakyat
- Apabila anak minta tolong bapaknya ...
- Pewaris di cabar oleh GMI
- Mengapa Muhkriz tidak mahu debat ??
- Sessi Soal Jawab Parlimen 29 Oktober 2008: Memperk...
- Resolusi Sidang Parlimen Blogger 24 November 2008
- Khir,Muhkriz ..siapa yang mahu melantik mereka ini...
- Kenalilah Khairy melalui isi hati kita sendiri…
- Kebangkitan PEWARIS untuk pejuangan bangsa Melayu...
- RESOLUSI SIDANG PARLIMEN BLOGGER 23 NOVEMBER 2008 ...
- Strategi baru Tun dalam pemilihan UMNO
- Siapa pilihan Pemuda UMNO ?
- Hala tuju Pemuda UMNO akan datang di bawah KJ
- Dilema UMNO
- Siapa Musuh Malaysia ?
- YB Khairy Jamaluddin yang mudah didekati
- Saya rela menjadi Mangsa dari menjadi seorang biadab
- Swot Analysis KJ
- Apabila kita terlepas cakap ...
- Blog terbaru muncul untuk sabotaj geng PRO KJ
- Mujur Mukhriz tidak mahu berdebat, jika tidak........
- Hulk mengamuk di sidang Umno Seremban, Pak Lah k...
- Tahniah Ali Rustam dan Pemuda Rembau calonkan KJ
- KJ –Siri 1
- Pesanan akhir untuk Pemuda Rembau-kpmu.net
- Visi KJ jelas dan Nyata dalam Astro Awani -kpmu.net
- Pro Tun jangan perkecilkan kemampuan Ali dan Muha...
- THE USUAL SUSPECTS – IDENTIFYING KHAIRY’S DEMONS (...
- Wawancara akhbar Watan dengan KJ
- Muhkriz takut berdebat
- Kenapa The Star tidak siarkan kecaman Jamaluddin t...
- Lihat debat dari sudut positif
- Fitnah ke 2 - Orang putih dibelakang Nori disangka...
- Putera UMNO membawa pulang Puteri
 
 
- 
        ▼ 
      
November
(40)







 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
 
 


HIPOKRIT! Siapa yang lebih mengamalkan politik wang selain KJ? Tak payah nak berpura-pura....semua orang tau KJ dah banyak tabur duit untuk beli pencalonan tapi tak menjadi sebab orang cukup meluat. Ramai sekutu KJ telah gagal dalam pemilihan bahagian yang baru lepas.
Memang betul Pak Lah baik orangnya tapi KJ telah rosakkannya. Kesian Pak Lah.