Fitnah ke 2 - Orang putih dibelakang Nori disangka Ejen CIA yang bersama KJ

on Saturday, November 1, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Serangan peribadi sememangnya menjadi lumrah politik, dan KJ sudah lama dilemparkan dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah untuk kepentingan sempit individu seperti Tun Dr Mahathir Mohamed dan anaknya yang tidak berani berdebat. Yang terkini, KJ dituduh ejen Amerika dan CIA oleh blogger kroni Mahathir, AnotherBrickInTheWall, di mana gambar seorang lelaki orang berkulit putih sewaktu hari penamaan calon untuk PRU 12 di Rembau yang diambil dari blog Pro-Khairy menjadi asas untuk tuduhan ini.


Saya amat kecewa dengan tuduhan terbaru ini bukan sahaja kerana ia menyerang integriti dan patriotisme KJ sebagai orang Melayu dan warga Malaysia, malah ia merupakan usaha berterusan oleh kumpulan pro-Mahathir untuk memberi gambaran bahawa KJ adalah pengkhianat bangsa dan negara, yang bersubahat dengan CIA, Kerajaan Singapura, Yahudi, dan lain-lain.

Penulis blog AnotherBrickInTheWall mendakwa bahawa lelaki kulit putih yang gambarnya terpapar di blog tersebut adalah sama ada Tom Daniel atau Mike Thompson. Walhal yang sebenarnya, dia adalah Nordin Abdullah, suami kepada Jumaatun Azmi yang merupakan sahabat karib isteri KJ, Nori Abdullah. Nordin yang berkulit putih itu berasal dari Australia dan memeluk Islam sebelum berkhawin dengan Jumaatun. Dia bukan Tom Daniel atau Mike Thompson yang dikhabarkan oleh penulis blog tersebut sebagai kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat dan Penasihat Pejabat Luar Whitehall yang disyaki bekerja untuk CIA dan MI6. Ternyata sekali yang lebih mengenali dua individu ini adalah penulis blog itu sendiri kerana maklumat tentang mereka yang dikongsi beliau – entah fakta atau rekaan – cukup mendalam.

Selain itu, penulis blog juga mendakwa lelaki kulit putih (Nordin) itu sering kelihatan bersama seorang lagi lelaki kulit hitam yang diungkapkan sebagai “negro” walaupun perkataan itu tidak lagi sesuai pada abad ke-21. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa lelaki kulit hitam itu adalah abang ipar KJ iaitu Diamond Ibrahim Ogbeide, suami kepada kakak sulung KJ, Mona Jamaluddin.

Penulis blog itu juga menyoal keperluan orang asing sewaktu tempoh berkempen untuk KJ di Rembau. Mereka itu sahabat dan ahli keluarga KJ, jadi apa salahnya jika mereka mahu bersama-sama saya atau membantu KJ sebagai calon Barisan Nasional?

Taktik kotor seperti ini memang konsisten dengan usaha sekian lama untuk mencemarkan nama dan maruah KJ dengan menuduh KJ bersekongkol dengan ejen negara asing. Saya amat berharap bahawa sandiwara dan mainan politik ini dihentikan, terutamanya apabila ia membabitkan serangan peribadi terhadap sahabat dan ahli keluarga KJ.

Saya menyarankan penulis blog AnotherBrickInTheWall buat ‘research’ dan ‘homework’ sebelum membuat sebarang tuduhan. Kes ini jelas membuktikan bahawa penulis blog ini bukan hanya mempunyai niat jahat tetapi tidak buat risikan yang tepat dan hanya berjaya memalukan diri sendiri dan juga majikannya, Dr Mahathir dan anaknya yang kurang sifat jantan.

www.proKJ.com

p/s Serangan ke 2 Kroni Mahathir dan kem Muhkriz ke KJ selepas picture KJ itu . Memang bengap dan bodoh juga blog anotherbrickinwall.blogspot.com .mereka ini setiap hari akan cuba reka cerita ,dapat je gambar2 meragukan dengan mana orang putih ,sedap je tuduh ejen CIA ..memang mangkuk la penulis blog ini .Kalau nak sokong Muhkriz pun ,sokong la tak payah burukkan calon lain .


6 Responses

  1. Anonymous says:

    mmg bodo owang cm tuh bro...

    jgn dilayan..

    ahaks..

    salam setiakawan
    -ahlang-
    http://perigijernih.blogspot.com/

  2. Huhuhuu KJ= ANwar..sama ja..difitnah agen Amerika...oleh geng Mahathir..
    KIni KJ lak kena...besa la..asam garam politik....

    Kalu takut jgn jd calon kn........

  3. Anonymous says:

    dalam dunia akhir zaman fitnah dah jadi lumrah alam..camne pun gua memang tak suka kj..ramai lagi gua ingat lebih layak dari dia.

  4. 6ky angel

    sy x pro kpd mana2.. khairy pun bkn.. muhriz pun bkn..
    tp.. sy rs.. mcm meluat bila baca blog www.chedet.com

    sy.. bkn x sokong dia.. sy cokong.. tp sy meluat baca penulisan dia.. sy tau.. dia org yg bpengaruh.. tp.. buat apa dia cerita itu ini.. kalu x silap dia ada tulis khairy komplen apa ke benda.. tp.. pd sy.. dia pun sama coz dia pun promote anak dia gk..

    lg satu sy x suka.. blog chedet ni.. mcm seolah buka pekung dada.. org tu x baik. org ni x baik.. adakah dia baik sgt? sampai x ada salah..

    pd sy.. henti2 kan la.. penulisan di chedet.com.. pendapat sy.. ia bley menimbulkan perpecahan..terutama di kalangan org melayu sendiri..

  5. Anonymous says:

    memang dasar kaki bodek kj.dalam blog anotherbrickinthewall ada tanda soal di hujung tajuk posting dia..xsekolah ke dulu..xfaham eh maksud tanda soal.lepas cut paste tajuk asal pandai pulak buang tanda soal.....

    ceh..nama je blog pejuang bangsa..tapi hati pejuang duit kj.

  6. aku pernah melihat KJ di pilihanraya Prmtg Pauh dan aku mengagumi Pemimpin Muda ini setelah melihat beliau di depan mata sendiri .

    Tetapi dia tidak pernah kenal aku dan blog aku tiada ditabur segala ganjaran . tetpai aku hairan kenapa penyokong muhkriz takut sgt dengan KJ ??? skrang hangpa favourite yang dok takut pasepa !!! KJ dalam pencalonan pun skrg sudah di tempat ketiga ..Khir duduk no 2

    yang hangpa dok kutuk2 dia dan burukkan dia kenapa ?? Kalau hangpa kata aku pejuang duit ,aku pun boleh cakap hang pa pun main duit ,dalam UMNO wahai muhkriz jgn hipokrit la kata nak banteras politik wang ..zaman bapak hang la politik wang cukup hebat !!tak percaya tanya la anak didik bapak muhkriz sendiri iaitu .. Anwar IBrahim

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.