Visi KJ jelas dan Nyata dalam Astro Awani -kpmu.net

on Wednesday, November 5, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 18 Comments



Saya sempat melihat Khairy Jamaluddin beraksi di kacamata telivisyen untuk memperincikan halatuju yang ingin dibawanya untuk Pemuda UMNO di dalam rancangan ASTRO Atma malam tadi. Sudah tentu program ini menarik minat kepada mereka yang ingin mengenali calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah menjadi household name ini dengan lebih mendalam lagi.

Saya begitu terkejut apabila sedang menukar rangkaian telivisyen semalam, saya melihat Khairy Jamaluddin sedang bercakap di dalam forum berkisar tentang politik Amerika Syarikat. Rupa-rupanya beliau juga telah memberi pandangan di dalam rancangan sebelum Atma, saya lupa tajuk rancangan tersebut. Hebat sungguh pemimpin Melayu muda ini.


KJ bersama Yb Yusmadi (PKR Balik Pulau ) dalam talkshow Sudut Pandang


Terus terang saya katakan, saya belum sempat melihat seorang pemimpin muda yang berjaya memberi idea secara spontan dalam masa yang begitu singkat. Justeru saya ingin berkongsi ringkasan pandangan calon Ketua Pemuda ini dengan para pembaca.

Halatuju Dan Cadangan

Apa yang memeranjatkan ialah secara keseluruhannya ialah Khairy Jamaluddin tidak banyak berbincang soal politik pemilihan UMNO. Sebaliknya, dia memberi cadangan bernas yang tidak pernah kedengaran bukan sahaja dari calon-calon Ketua Pemuda malahan calon-calon di peringkat yang tertinggi UMNO yang lain.

Sebagai contoh cadangan Khairy bahawa Pemuda BN merangka kod etikanya sendiri dalam berpersatuan merupakan satu cadangan yang boleh digunapakai. Ini kerana, dengan adanya kod etika ini, Khairy berpendapat tiada lagi perbahalan atau salah faham melalui media yang boleh menganggu gugat tata etika justeru melemahkan lagi Barisan Nasional.

Sebagai pemimpin muda yang mewakili golongan muda, Khairy juga menggariskan kepentingan memenuhi kehendak rakyat Malaysia. Dia menekankan bahawa UMNO perlu memahami kitaran berita dan dengan itu perlu bijak menggunakan peralatan yang sedia ada. Beliau menyentuh kemahiran menyeluruh kaedah ICT, Facebook, Youtube perlu wujud dalam setiap ahli UMNO.

Dalam menjawab soalan berkenaan struktur parti, Khairy mencadangkan perjumpaan berasingan sebelum Perhimpunan Agung untuk mendegar rintihan suara dan idea ahli-ahli UMNO akar umbi. Jika beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda, dia akan membuka ruang sebesar-besarnya untuk memberi peluang untuk akar umbi berbahas. Beliau sebagai Ketua Pemuda akan menggulung dan menjawab segala rintihan dan masalah.

Bagi menarik minat pengundi muda kepada perjuangan dan agenda UMNO, beliau ingin mewujudkan rangkaian persahabatan orang muda antara UMNO dan mereka yang tidak cenderung untuk memasuki mana-mana parti politik. Golongan muda ini termasuk kakitangan kerajaan, buruh muda, professional muda, dan lain-lain. Beliau juga mencadangkan perjumpaan di dalam Dewan atau Halltown Meeting dimana semua lapisan masyarakat dapat berkongsi dan mendengar idea.

Bagi menarik lebih ramai golongan pemikir ke dalam UMNO, Khairy percaya usul yang dibawa dan isu yang dibincangkan seperti pembaharuan dalam kehakiman, pembaharuan Badan Pencegah Rasuah, isu ekonomi seperti bagaimana untuk mengangkat martabat orang melayu secara yang tersusun pasti akan menarik minat dan perhatian golongan cerdik pandai ini kepada UMNO.

Politik Pemuda

Sebagai seorang yang sering dilabel sebagai angkuh, saya terkejut dengan jawapan yang diberi oleh Khairy apabila ditanya tentang kedudukan pencalonan dan lonjakan terbaru pencalonan Dato Khir Toyo sejak kebelakangan ini. Khairy mengakui sebagai calon paling muda dan yang paling kurang pengalaman dia berpuas hati dengan tahap pencalonan yang diterimanya. Dia menambah lonjakan terakhir, KT mungkin disebabkan oleh ilmu politik Khir Toyo yang tinggi.

Tetapi saya tertarik apabila Khairy mengolah tema yang ingin dibawanya. Menurutnya, konsep setiakawan ini menggambarkan perjuangan persahabatan dengan tujuan utama untuk mengurangkan jurang antara akar umbi dan pemimpin. Harapan rakyat Malaysia ialah Khairy akan mengotakan kata-katanya untuk turun lebih kerap ke bawah untuk memahami intipati sebenar perjuangan UMNO.

Beliau juga menyentuh Politik wang jangan retorik. Pokoknya penguatkasaan perlu tegas dan menyeluruh. Jangan berdasarkan Lembaga Displin. Kita kena rapat dengan BPR. Banteras dah hapuskan. Menilai pemimpin keupayaan. Cukup retorik. Masa untuk bertindak.

Sebagai graduan Universiti terkemuka, sudah tentu dia akan dilabel sebagai seorang intelektual. Namun, Khairy menjelaskan bahawa dia tidak menjurus kepada kepimpinan intelektual. Sebaliknya dia mengambil pendekatan yang terbuka dengan menggunakan konsep debat, dialog ataupun forum.

Debat

Khairy telah menerangkan latar belakang cadangannya untuk debat terbuka sebagai contoh pendekatan terbuka yang mungkin berbeza ini. Beliau menambah ini merupakan cara untuk UMNO mencangkau batasan yang sedia ada.

Tujuan utama debat ialah untuk UMNO mendekati rakyat dan seterusnya meluaskan pengaruh UMNO. Khairy menegaskan bahawa debat ini tidak lansung bertujuan untuk memburukkan mana-mana calon, dan ia akan dilakukan secara tertib dengan harapan visi calon-calon akan diutarakan untuk dikongsi bersama.

Beliau berpendapat berdasarkan sejarah dan kejayaan UMNO selama ini, budaya dan cara UMNO sememangnya baik. Namun menurut beliau, UMNO perlu ada pembaharuan. Perlu lebih terbuka dan dinamik.

Formula Barisan Nasional

Mengikut pemerhatian beliau, pengundi di kawasan bandar lebih terbuka untuk menerima politik yang tidak berdasarkan perkauman. Namun hakikatnya, pengundi di kawasan luar bandar masih melihat kepad politik yang berdasarkan kaum. Mereka melihat ini merupakan landasan di mana hak ekonomi dan pendidikan mereka diperjuangkan. Bukan sahaja orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia yang lain.

Justeru, menurut beliau formula Barisan Nasional masih releven, tetapi caranya perlu berubah. Apa yang perlu wujud ialah semangat perkongsian kuasa yang tulen. Dari segi logiknya, tanpa pengamalam perkongsian yang tulen, maka kemenangan pada Pilihanraya akan datang sudah pasti menjadi sukar.

Akhir Kata

Sebagai seorang belia Melayu yang tidak berparti, saya mengharapkan kedua-dua calon Ketua Pemuda UMNO iaitu Dato’ Khir Toyo dan Dato’ Mukhriz Mahathir dapat mengambil peluang untuk menjelaskan halatuju dan mengesyorkan cadangan sepertimana Khairy Jamaluddin. Pada merekalah tempat kita bergantung harap.


18 Responses

  1. Anonymous says:

    Salam PB,

    Satu artikel yang amat menarik. KJ memang tokoh muda yang ramai kagumi, tetapi dalam pendapat saya diperlu mengubah persepsi yang ada. Persepsi ini semua kerja bangsa asing yang cukup takut kalau ornag melayu yang muda pandai cerdik.

    Syabas artikel menarik.

    Azmal

  2. Anonymous says:

    Mukhriz!!!!!! Berani Berubah.

  3. yes ,KJ mmmg tokoh muda alaf ini yang hebat selepas era Mahathir yang munculnya Datuk Seri Anwar. Kebijaksanaan dan kepetahan berhujah dengan spontan menujukkan kredbiliti KJ mampu menjadi seorang pemimpin muda.

    ini lah kekuatan KJ melalui visi dan idea2 bernasnya untuk Pemuda sesuai dengan kehendak Pemuda zaman ini .

    KJ boleh diibaratkan Hang Nadim yang memberikan idea yg bernas menyelamatkan singapura dari ikan todak tetapi akhirnya dibunuh oleh raja kerana hasutan pembesar2 yg iri hati atas kecerdikan budak itu .

    salam setiakawan

  4. Anonymous says:

    Saya setuju, KJ walaupon muda, dia mempunyai keterampilan tersendiri. Tidak takut berdebat dan mempunyai idea yang baik.

    KJ juga ahli politik lasak dan memang berbau masyarakat. Di parlimen pon berani berdepan dengan otai otai seperti kit siang, anwar, saifuddin nasutian, mahfuz dan lain lain....

    Pilihan tepat.

    ZMAN

  5. Jelas di sini kita dapat membuat satu kesimpulan, hanya mereka yang tidak mengenali dan iri hati kepada pemimpin muda ini yang mengutuk dan cuba menjatuhkannya. Namun ramai yang masih memuja anak muda ini atas semua kebaikan yang dibawa olehnya dan tidak dinafikan, beliau mempunyai tarikan tersendiri.

  6. Anonymous says:

    Khir Toyo beli setiap Bahagian floor perwakilan RM80 ribu. Dia lanyak duit dan mabukkan pemuda umno dgn duit haram selangor. Sungguh mejijikan. Mukhriz juga baling duit seperti di Kimanis, Rantau Panjang dan di Perak.

  7. Anonymous says:

    Jangan dok cerita misi yang belum lagi terlaksana, tapi ceritalah pasal kerosakan yang KJ lakukan dan telah membawa kepada bencana.

    Punca kebencian rakyat kepada KJ bukannya bermula dari khabar angin belaka, tetapi perlakuan dan tindakan yang boleh membuahkan persoalan. Antara persoalan yang bermain di fikiran;

    2. kenapa KJ kena "boo" masa persidangan UMNO, mungkin perwakilan tahu akan drama dimainkan anak menantu.

    2. bagaimana seorang penganggur boleh jadi jutawan dan menguasai listed company.

    3. bolehkah blog ini menafikan campur tangan KJ di gelang patah dan rantau panjang, satu helah yang cukup memalukan.

    Jawab dulu sebelum soalan seterusnya.

  8. Anonymous says:

    UMNO Siam,
    misi yang belum terlaksana adalah asas untuk melaksanakan agenda. Kalau misi pun tak de apa cerita? Itu kan lagi teruk. Tak tahu apa perjuangannya dan kemana hala tujunya.

    soalan yg tuan lemparkan juga saya rasa terlalu bodoh untuk dijawap oleh penulis blog ini.
    1. soal boo nie soal lama... dah basi... kemana tuan dalam beberapa tahun ini. Duduk dalam hutan ke? Masa KJ diberi penghormatan oleh perwakilan ketika dia berucap tuan tak nak tanya kenapa? jangan cakap tuan tak tahu. lagi kurang cerdik tindakkan itu...

    2. Penganggur jadi jutawan? Apa masalah dengan perkara ini. Dalam dunia nie tuan tak tahu ke berapa ramai yang bermula dengan penganggur dan akhirnya jadi jutawan. Kalau tuan cakap si bodoh jadi jutawan itu mungkin pelik tp kalau setakat penganggur (saya tak tahu bila masa lak KJ jadi penganggur) jadi jutawan itu perkara biasa dalam dunia sekarang. Ini membuktikan KJ itu seorang yang bijak!

    3. soal masuk campur (soalan paling kacang nak jawap). Tuan kalau KJ boleh masuk campur dalam bahagian2 nie, kenapa KJ tak masuk campur dalam persidangan semua bahagian kat Malaysia nie. Dia boleh menang tanpa bertanding. Tapi perkara nie tak boleh buat. Apa yang dia buat ialah berkempen. Mukhriz pun buat dan Khir pun buat. Kalau ini tuan anggap sebagai campur tangan maka, bukan KJ sahaja yang campur tangan. Mukhriz, Khir, dan malah Dato' Najib pun campur tangan la kalau macam tu.

    Kalau la ini mutu soalan yg tuan nak ketengahkan baik tak payah tanya lagi. Buat malu boss tuan je... Dalam soalan tuan jelas terbayang Perasaan Hasad Dengki (PHD) yang menjadi masalah utama kemunduran orang melayu Malaysia nie. Pantang orang lain baik sikit dari kita... terus nak dijatuhkan dan nak dipijak kebawah. Orang macam tuan la yang menjadi perosak bangsa dan parti. Kenapa tidak tuan lihat dari hati yang terbuka dan bersama-sama bergerak membawa bangsa dan parti ke arah yang lebih baik. Yang baik kita sokong yang silap kita tegur. Bukan yang silap kita sepak, terajang dan cungkil keluar. Bila bangsa dan parti kita nak kuat kalau macam nie?
    Tuan, nabil cakap "Lu pikir la sendiri!"

  9. Anonymous says:

    Opp... lupa nak ucapkan tahniah pada penulis blog nie. Good job bro! Tuan memang pejuang parti dan bangsa. Tahu menilai intan dan kaca. Menulis bukan kerana wang, pangkat dan harta. Tidak juga kerana PHD, tetapi kerana kebenaran dan fakta. Juga kerana sayangkan parti dan anak bangsa.
    Teruskan usaha bro dan kami sentiasa ada bersamamu. Tahniah sekali lagi bro.
    Nabil cakap "You Are The Men!"

  10. terima kasih nabil ..

    tak perlu la panggil tuan ke ,saya masih muda dan bekerja dalam bidang kejuruteraan yang penuh mencabar .
    Saya masih muda dalam politik tetapi saya suka melihat ke depan dan menilai seseorang itu dari semua keseluruhan aspek . Saya melihat KJ ini baik dari segi kenapa orang menyokongnya dan juga kenapa orang membencinya. Saya tidak suka mempercayai cerita half truth jika berlaku cerita buruk untuk menjatuhkan peribadi seseorang.

    KJ dahulu semasa tahun 2004 selepas menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda ,saya tidak begitu tertarik sangat untuk menyokongnya dan malah banyak cerita buruk tentangnya dan juga Pak lah . Kebanyakan cerita ini Tun ialah manusia di barisan depan yang lantang menghina dan membuat cerita buruk mengenai KJ sehingga mampu memusnahkan karier politik dalam UMNO.

    Cuma saya suka kaji kenapa orang ini benci sangat kepada KJ ?? apakah dia pernah buat dosa ,kritik dia masa dia menjadi PM dulu seperti Anwar Ibrahim . Kenapa dia begitu takut dengan KJ sehingga pergi di mana sahaja cerita mengenai KJ akan disebut oleh mulutnya dan juga blog.

    Itulah dalam politik ,kita perlu tahu cerita itu dari 2 versi ,jangan hanya mendapat input satu shj dan terus percaya . Saya masih ingat ceramah oleh Ustaz Kamal Saidin yang dia sebut

    " apabila orang fasikh datang membawa khabar berita ,hendaklah kamu siasat berita itu dahulu "


    Biarla penyokong Pro Tun mengutuk saya menerima duit untuk blog ini untuk support Kj ,saya ikhlas dan menyokong KJ sebab beliau paling layak dengan usia nya serta kewibawaannya mampu menerajui Pemuda .

  11. Anonymous says:

    Yang nyata dan teramatlah terang lagi bersuluh, KJ adalah beban kepada UMNO sehingga golongan muda membenci BN semasa PRU 12 hanya pasal faktor KJ dan Pak Dol.

    Tapi, ramai kat sini rupanya buta hati dan mata, dan aku dok rasa yang jawab komen tu pun orang sama.

    Bawak lari peti undi tu perkara kecil ke? Kalau macam ni lah pemikiran puak-puak setiakawan, bila PRU 13 nanti, aku rasa tergadai semua negeri.

    Apa-apa pun, HIDUP PAKATAN.

  12. umno siam

    awk ni orang siam kot sy rasa. kita kena lihat siapa yg jadikan dia beban ?? siapa yg burukkan dia dan pak lah ?? ini semua ada agenda la dan memang jelas dan nyata .lihat la sendiri Tun ,Pak lah sudah tetap Mac 2009 itu pun orang tua tu suruh cepat dan diam .

    kita tidak buta hati tetpai kita lihat semua benda dan kaji .Orang seperti anda la yg buta tuli percaya cakap manusia seperti Tun.

    aku rasa cakap hang semua negeri tergadai pRu 13 adalah mustahil dan tak masuk akal . fikirla logik dan bengap juga otak hang ni ..PRU 12 kalah sebab kurang undi cina dan india ,orang Melayu masih lagi sokong UMNO terutama luar bandar .Antara penyebab nya juga ialah kritikan Tun terhadap UMNO sendiri dan nasihat Tun supaya ajar BN dalam undi .

    UMNO kalau ikut sejarah selepas pemilihan pasti UMNO akan bertambah kuat .malah Najib sebagai PM baru akan mengetuai BN nanti .

    sempit betul pemikiran hang ..

    Hidup BN!!

  13. Anonymous says:

    salam

    saya tengok dalam awani semalam melhat KJ mempunyai 'package' yang tersendiri untuk melayakkan beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO

    saya amat kagum serta yakin bahawa KJ merupakan 'asset' yang cukup bernilai untuk Pemuda UMNO khasnya dan parti UMNO amnya.

    Walaupun usianya jauh lebih muda iaitu 32 tahun, namun 'keyakinan' beliau ketika berhujah dan memperkatakan sesuatu isu yang dibangkitkan amatlah meyakinkan diri saya.

    Jika kita mahu memilih seseorang yang mahu memimpin sayap Pemuda UMNO, calon itu bukan sahaja mampu memimpin Pemuda UMNO tetapi beliau juga mestilah berupaya berhadapan dengan pihak penentang sama ada dari dalam BN sendiri atau pun dari pembangkang.

    saya rasa kelebihan yang ada pada KJ ternyata lebih jelas dari apa yang ada pada Mukhriz atau Dr. Khir.

  14. Anonymous says:

    Best siut blog ni. Syabas.

  15. Anonymous says:

    Bila masuk kelaman KJ kita akan saksikan ramai penjilat bontot menjilat bontot tuan nye.

    Begitu juga bila masuk kelaman TDM atau KT kita lihat ramai juga penjilat2 bontot ni sedang syok menjilat bontot tuan nye.

    Pencacai2 UMNO memang kaki jilat bontot.

  16. This comment has been removed by a blog administrator.
  17. Anonymous says:

    Salam.
    Saya amat tetarik dengan pandangan saudara terhadap sokongan kepada YB KJ. Saya akui tokoh muda ini bijak dalam berpidato, mempunyai idea yang bernas untuk menentukan halatuju pemuda, namun yang masih menjadi persoalan saya ialah berkenaan hala tujunya apakah cara atau startegi yang paling sesuai dan jitu yang akan diguna pakai untuk memulihkan kembali sokongan orang muda terhadap UMNO? Saya melihat hari ini kebanyakan pemuda diluar sana lebih menjurus kepada Pembangkang, ini adlah satu masalah besar yang perlu ditanggani dengan segera. hari ini saya sendiri melihat terdapatnya kelebihan dan kelemahan calon KP yang menawarkan diri namun begitu saya mengatakan peluang bagi mereka adalah seimbang.Sebenarnya rakyat akan menjadi penilai yang paling berkesan untuk menetukan KP pilihan mereka. Rakyat akan menilai adakah YB DMM masih dilabel sebagai anak bapak, YB KJ masih dengan menantu bapak ataupun YB KT dengan kegagalan kepimpinanya dalam Selangor. semua faktor ini akan dinilai oleh rakyat. sebagai satu cadangan dari saya agar kiranya lebih baik saudara menggunakan pendekatan ilmu,fakta,cadangan dan contoh yang sesuai untuk menetapkan pandangan dan sokongan kepada calon pilihan anda. Saya akan sentiasa mengikuti pandangan dan pendapat dari saudara.
    DR SYAZWAN BIN HAMRAN JASIN MELAKA

  18. wtf people. i feel like throwing up.. ops, done that. sorry.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.