Showing posts with label Pak lah. Show all posts

default

Rahsia mengapa Pak Lah sering terlelap terjawab

on Wednesday, August 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikritik atas kecenderungan terlelap dalam majlis akhirnya tampil menjelaskan punca kejadian itu.

Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".

Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.

"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.


"Saya kemudian berunding dengan rakan baik Dr Balvinder di Putrajaya yang kemudiannya mencadangkan untuk membuat kajian pada tidur saya," tambahnya.

Abdullah (kiri) juga berkata, masalah apnea tidurnya dalam keadaan bahawa dan penghidap masalah sama terlelap ketika memandu kenderaan.

"Doktor memberi amaran supaya saya mengambil serius masalah itu. Saya kemudiannya terbang ke Australia (pada 2007) untuk pembedahan membuang polip dalam hidung yang menyebabkan masalah pernafasan," jelasnya.

Buku itu akan berada dalam pasaran bulan ini, Abdullah dijadual melancarkannya.

Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

default

Pak Lah sokong Ahmad Zahid

on Sunday, April 26, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Pak Lah ,bekas Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO PP menyokong perlantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan seterusnya mampu menjadi pencetus kepada usaha mengembalikan negeri itu ke pangkuan Barisan Nasional (BN).

"Saya gembira dengan pelantikan Ahmad Zahid, dia adalah seorang pemimpin yang baik dan saya percaya beliau mampu memimpin UMNO Pulau Pinang.

"Bukan mustahil untuk BN mengambil balik Pulau Pinang. Yang diperlukan ialah bekerja bersungguh-sungguh dan lebih penting ialah perpaduan dan muafakat yang baik bukan hanya di antara ahli UMNO bahkan ahli parti komponen,"


Selain itu ,Pak Lah juga turut diminta mengulas kewajaran BN bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Abdullah berkata, memandangkan ia akan diputuskan Biro Politik UMNO, semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat kelak. Pak Lah tidak seperti Mahathir yang sentiasa memberi pandangan mengikut fikirannya dan terus menggangu pentadbiran Najib .

Mengenai bagaimana kedudukan beliau di Dewan Rakyat , Pak Lah kata beliau tidak ada masalah kerana pernah jadi backbencer dulu.

“Anda harus tahu dimana anda harus berada.Apabila anda enggan terima perubahan anda akan mula bercakap dan buat perkara yang tak betul dan tak kena.Itu masanya anda akan cetuskan masalah,”katanya membayangkan beliau enggan campur urusan pentabiran kerajaan selepas bersara.

Saya tetap yakin Pak Lah tidak kecewa melakukan peralihan kuasa lebih awal kepada Najib kerana beliau seorang pemimpin yang kuat agama dan setia kepada parti. Walaupun di dalam akhbar Siasah yang terbaru menyiarkan pandangan kolumnis mereka yang menulis "Menunggu tarikh Pak Lah keluar UMNO " dan "Pilihanraya di Kepala batas pula ", saya yakin Pak Lah tidak akan mengikut jejak Perdana Menteri sebelumnya dan akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Kepala Batas . Kepala Batas adalah kubu tradisi UMNO dan ia bukan seperti Permatang Pauh yang wakil rakyatnya ikut suka hati mereka letak jawatan tanpa fikirkan nasib rakyat..

default

‘Selamat hari jadi Pak Lah ke 69 "

on Thursday, November 27, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Abdullah yang dilahirkan hasil perkongsian hidup Ahmad Badawi dan Kailan Hassan di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November 1939.Selaku PM Malaysia dan Presiden UMNO ,walaupun tiada majlis besar-besaran seperti di negara-negara lain mungkin hari jadi Pak Lah diraikan bersama keluarga terdekat seperti Brother KJ .

Tiada iklan tahniah atau kesyukuran di akhbar-akhbar atau sambutan majlis terpampang di kaca televisyen. Mungkin apa yang diharapkan beliau sempena hari jadinya mungkin hanya mahu melihat Malaysia yang didiami rakyat dari pelbagai kaum terus hidup aman dan harmoni.

Bagi UMNO pula seperti amanat yang diluahkan oleh beliau pada ulang tahun kelahiran parti itu ke-62 Mei lepas, Abdullah mahu ahli UMNO jangan patah hati dan pecahkan parti di sebalik kemerosotan sokongan yang dilalui Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti itu

Teruskan berjuang Pak Lah !!!



setiakawan

default

Apabila Pak Lah mula marah ..

on Sunday, October 19, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?


Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.


Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.


“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.


“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.


Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.


“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.


– Bernama

link

Rejim Mahathir pelingkup UMNO


p/s Pak Lah sebelum ini hanya senyap kini mula tegas dan bersuara kepada musuh2 nya yang sekarang makin rakus dan melancarkan perang habis-habisan bukan sahaja menyerang Abdullah malah penyokong2 setianya. Bagi aku Pak lah tidak mempunyai pengikut mahupun team seperti Anwar dan Mahathir ketika di dalam UMNO.Hakikat sebenarnya Pak Lah berundur kerana desakan MT UMNO bukannya akar umbi seperti yang disuarakan oleh muhyidin . Sekarang ini kita akan melihat sehingga bulan Mac 2009 ini adakah team Mahathir mampu bertahan setelah mereka kini dihadapan dalam pencalonan dari bahagian .Harus diingat pergolakan dan perbalahan ini ditimbulkan oleh mereka dan di dalam masa yg lama tempoh berkempen kita mampu berfikir semula .

default

Pak Lah Bapa Demokrasi Malaysia-Gerakan

on Saturday, October 11, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Gerakan akan kekal bersama BN bantu perubahan

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan terus kekal dalam Barisan Nasional (BN) dan menawarkan parti itu sebagai bahan eksperimen kepada sesiapa yang ingin bekerja dalam parti berbilang kaum, kata Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.

"Gerakan akan berada dalam BN dalam waktu ini, membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melakukan perubahan dalam BN," katanya kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-37 oleh Perdana Menteri, di Menara PGRM, di sini, hari ini.
Dengan kenyataan itu, ia sekaligus menamatkan persoalan sama ada Gerakan akan keluar dari BN dan menunjukkan pada waktu ini, Gerakan akan tetap bersama Barisan Nasional.

Dengan menggelar Abdullah sebagai Bapa Demokrasi, Koh berkata, Gerakan menyokong penuh komitmen Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN untuk meneruskan pelbagai perubahan.

Koh berkata, cadangan Perdana Menteri untuk menubuhkan kumpulan keahlian langsung BN tanpa perlu menjadi ahli kepada mana-mana parti komponen adalah satu sokongan atas apa yang dilaksanakan Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum.

Pada masa yang sama, Koh berkata, Gerakan akan bergerak lebih aktif dalam mengambil ahli-ahli baru daripada semua kaum termasuk meneroka idea untuk menubuhkan cawangan-cawangan baru termasuk cawangan siber yang memerlukan pindaan kepada perlembagaan parti.

"Cawangan-cawangan siber akan membenarkan kita mengambil anak Malaysia daripada luar negara termasuk dari Amerika dan Eropah memandangkan ia tanpa sempadan," katanya.


p/s cadangan Gerakan untuk mengambil ahli2 baru lebih aktif satu tindakan yang baik.Gerakan juga menggelar Pak Lah sbg Bapa Demokrasi Malaysia itu adalah tepat di atas jasa2 Pak lah kepada perubahan yang dilakukanya .

default

Lagu untuk Pak Lah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Ayahanda Bangsa ku


Mengkin Sengaja
Tuhan menduga Kesabaran di mana Ayahanda
Biar bertimpa kata dan nista
Demi bangsamu engkau rela

Waktu teman menjadi lawan
Engkau tetap melangkah
Tidak mungkin engkau kecundang
Mengharungi onak perjuangan

Engkau perkasa
Jiwa dan raga
semangat waja teguh di dada

Demi harapan bangsa negara
Ikrar dan sumpah tetap dikota

Gagah engkau merentas zaman
Ingin bangsa Gemilang
Susah senang dalam senyuman
Petunjuk dariNya pedoman...

Biar nista datang mendurja..
Mencaci juga mencela..
engkau tabah menghadapinya..
Tak pernah engkau melatah

Hanya dia di atas sana
Tempatmu pinta pedoman
Kesucian niat dijaga
Harapan bangsa merdeka ..

Gagah engkau merentas zaman
Ingin bangsa Gemilang
susah senang dalam senyuman
petunjuk dariNya pedoman..

Biar nista datang mendurja..
Mencaci juga mencela..
engkau tabah menghadapinya..
Tak pernah engkau melatah

Hanya dia di atas sana
Tempatmu pinta pedoman
Kesucian niat dijaga
Harapan bangsa merdeka

Biar nista datang mendurja
Mencaci juga mencela
Engkau tabah menghadapinya
Tak pernah engkau melatah

Wahai bangsaku
jangan dibiar Ayahanda kita
Di hina ....


Nyanyian : Nash

ikuti rencana menarik mengenai peralihan kuasa ini Abdullah:Lelaki UMNO terakhir

Penyatuan di bawah Najib

Demi parti dan negara



p/s lagu untuk Pak lah dari NGO2 Melayu ..

default

Jasa-jasa Y.A.B Pak Lah kepada rakyat Malaysia (2003-2009) Edisi 1

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Kerja keras Pak Lah dari 2004 - 2008 ( Edisi 1 ) Bidang Pendidikan

-Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan

-Meluaskan liputan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah

-Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah

-Memperuntukkan RM3 bilion untuk biasiswa dan keperluan-keperluan bagi golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah

-Memperuntukkan RM12 bilion untuk menaiktaraf sekolah luar bandar

-Menyediakan elaun khas untuk 12,000 orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar

-Memperuntukkan RM174 juta untuk SJK Cina berstatus bantuan penuh dan RM65 juta untuk SJK Tamil berstatus bantuan penuh di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

-Memperuntukkan RM100 juta untuk SJK Cina dan Tamil berstatus bantuan modal di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

-Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus cawangan UiTM di setiap negeri

-Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 kepada 53 buah, dan menggandakan enrolmen kepada 115,000

-Menambah jumlah pemegang biasiswa JPA peringkat ijazah di universiti tempatan dari 5,000 kepada 10,000 orang setahun; menaikkan elaun pelajar tajaan JPA di universiti luar negara

-Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sains (R&D), termasuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas


Namun sayang rancangan bernas Pak Lah terbantut ekoran desakan 'golongan tidak sabar' dalam Umno / Kerajaan....

Lihat rancangan bakal dilaksanakan Pak Lah 2008 - 2012 :

- Menaikkan tahap kelayakan minima para guru dan menyediakan lebih banyak peluang latihan
- Meneruskan usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan; antara lain, melalui usaha peluasan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
- Memelihara kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan
- Meningkatkan perpaduan nasional dengan menggalakkan interaksi di kalangan pelajar
- Menyediakan lebih banyak biasiswa di peringkat ijazah untuk pelajar yang berkelayakan dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
- Mengenalpasti Universiti Apeks dan memberikan lebih autonomi dan sumber untuk membolehkan institusi pengajian tinggi awam mencapai tahap global
- Meningkatkan lagi pelaburan di bidang Sains dan Teknologi, khususnya R&D di dalam negara


Yang ruginya bukan pemimpin pengganti namun rakyat yang akan mengenang jasa jasa Pak Lah selama menjadi PM selama ini...Yang tidak sampai 1/4 dari usia PM terlama memerintah Malaysia sebelum ini iaitu Tun Mahathir.

Tun Mahathir hebat ? mungkin sebab 'menyapu di bawah karpet' segala sampah sarap hingga ramai tak nampak ?

Yang mencucinya ialah Pak Lah yang tidak ubah seperti pewaris segala hutang piutang zaman Tun dahulu... Namun diherdik tanpa belas kasihan oleh bekas bos beliau sendiri.. Episod sedih kerana bekas PM masih 'tergiur' menjadi hero ketika lambaian Izrail sedang memanggil.

penembak-tepat.blogspot.com

p/s Pak lah memang byk menanggung hutang dan dosa Tun ketika mengambil alih PM. Contoh tedekat dlm UMNO ialah Tun dan son sendiri menyuruh Pak Lah hapuskan sistem kuota pencalonan dlm UMNO tetapi siapa yang mencipta sistem itu iaitu Tun sendiri.Ini lah beban yang Pak Lah pikul itu tidak termasuk kes Anwar dan isu VK Linggam correct2 lagi yang sehingga Pak lah melakukan perubahan dalam sistem kehakiman .

default

Pak Lah mencadangkan BN FAN CLUB untuk semua rakyat Malaysia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


<
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan supaya sebuah Kelab Barisan Nasional (BN), yang membenarkan keanggotaan terus untuk mereka yang berminat menyertai sebarang komponen parti campuran pemerintah.Abdullah, yang juga Pengerusi BN berkata kelab itu, akan berfungsi sebagai satu landasan untuk rakyat Malaysia berinteraksi dan menjalin hubungan lebih baik dengan para pemimpin.Bernama melaporkan beliau berkata idea itu timbul selepas berintegrasi dengan anggota akar umbi, yang menyokong parti pemerintah, tetapi tidak mahu menyertai parti politik disebabkan ada sedikit ketidakpuasan hati dengan sesetengah parti komponen parti BN.




"Ini satu idea yang saya berikan dan sesuatu yang anda mesti fikirkan. Ada ramai yang menyokong BN dan mahu rapat dengan BN dan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan para pemimpin dan yang bercakap bahawa parti ini buat itu dan ini."Saya rasakan bahawa mereka mahu peluang untuk rapat dengan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-37 di Menara PGRM di Kuala Lumpur, Sabtu.- 11/10/2008



p/s 1 cadangan yg baik bagi menarik penyokong atas pagar untuk support BN .Idea ini sangat baik sekali dan ia mampu menarik golongan muda bersama BN

default

Transkrip penuh kenyataan Pak Lah

on Thursday, October 9, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Saya dengan itu ingin membuat kenyataan mengenai perkara ini dan biarlah saya baca, senang sikit. Nanti kalau bagi kenyataan secara tanpa nota saya bimbang ada pula yang tulis macam lain pula nanti dan mungkin menimbulkan keraguan.

Jadi untuk mengelakkan daripada sebarang keraguan maka saya ingin dengan itu memberi kenyataan berpandukan kepada nota yang kemudian nanti saya akan berikan kepada pihak media supaya nanti apabila anda semua nak masukkan dalam surat khabar, maka ikutlah apa yang telah pun dimaklumkan.

Saya akan beri dalam dua versi, satu Inggeris dan satu bahasa Melayu, saya mulakan dalam bahasa Melayu dahulu.

1. Saya telah berkhidmat kepada negara lebih daripada 45 tahun. Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang wakil rakyat. Saya telah bertugas sebagai ahli pentadbiran sehingga, Alhamdulillah, saya berpeluang untuk memegang jawatan yang tertinggi di dalam kerajaan. Saya telah melihat Malaysia melangkah maju daripada sebuah negara yang miskin kepada sebuah negara yang moden dan disegani.

2. Walaupun prestasi pencapaian negara adalah membanggakan, saya percaya bahawa negara kita berada di sebuah persimpangan. Kita perlu berani membuat perubahan, kita perlu mempercepatkan evolusi dan proses pematangan. Sekiranya kita gagal membuat perubahan tersebut, segala pencapaian kita selama lebih 50 tahun mungkin tergadai. Dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati.

3. Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung yang akan datang. Saya tidak mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional berpecah belah. UMNO dan Barisan Nasional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran-cabaran global, agar kita berjaya menjadi sebuah negara yang maju – sebuah negara yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

4. Tempoh saya sebagai Presiden UMNO akan tamat pada bulan Mac 2009. Namun, ada beberapa inisiatif yang saya ingin laksanakan sebelum saya menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal pengganti saya. Inisiatif-inisiatif ini adalah penting untuk membolehkan negara kita terus melangkah maju. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki daya saing negara dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran-cabaran luaran yang pasti mendatang. Saya menyeru seluruh rakyat agar bersatu bersama saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

5. Pertama, institusi negara perlu diperkukuhkan.

Badan kehakiman perlu memperkukuhkan kedudukan dan kredibilitinya di mata rakyat. Saya akan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus.

Negara juga memerlukan sebuah institusi yang dapat memerangi gejala rasuah dengan efektif. Oleh itu, saya juga akan membawa rang undang-undang ke Parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang akan mempunyai kuasa penyelidikan dan penguatkuasaan yang lebih besar berbanding kuasa yang sedia ada pada Badan Pencegah Rasuah.

Saya juga akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

6. Kedua, saya telah begitu kerap dan sering menegaskan bahawa kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata negara. Ketika membentangkan Bajet 2009 yang lalu, saya telah menjelaskan tentang komitmen kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan Jaringan Keselamatan Sosial.

Kita akan meningkatkan usaha bagi memastikan perlaksanaan inisiatif ini dapat disegerakan bagi membantu rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama. Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas akan dapat mula dinikmati di Iskandar, dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di serata Negara.

7. Ketiga, saya ingin melihat kerajaan dan Barisan Nasional memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni. Hakikatnya, kita telah sama-sama melihat bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan agama semakin merosot dan terhakis.

Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini. Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang, melalui dialog; tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil; bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas, tanpa sebarang keraguan; dan berikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua.

Bagi tujuan ini, saya akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional pada awal tahun depan. Ini sememangnya satu usaha jangka panjang yang saya harap dapat saya mulakan dan akan terus saya berikan sumbangan bagi memastikan kejayaannya.

8. Saya serius dan komited untuk mencapai segala misi yang saya gagaskan, dan saya yakin bakal pengganti saya akan meneruskan usaha-usaha ini. Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya, Datuk Seri Najib Tun Razak, insya-Allah, Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama, melainkan perpaduan dan keharmonian. Ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit. Ini adalah masa untuk memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara kita Ini adalah masa untuk kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, mengatasi segalanya.


Kalau ada apa-apa perbezaan, versi dalam bahasa Melayu adalah yang betul.


SOALAN: Apakah perasaan Datuk Seri berundur sebelum penggal Parlimen Datuk Seri berakhir?
ABDULLAH: Saya rasa okay, parti BN masih memimpin dan menjadi parti yang membentuk kerajaan dan saya percaya kerajaan ini akan kekal serta kuat sehingga kita berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang, bila tidak pasti tetapi insya-Allah kita akan menang.

Adakan Datuk Seri akan berundur sebagai Perdana Menteri juga?
Ada yang berkata saya perlu serahkan (jawatan Perdana Menteri) kepada pengganti saya?


Siapakah pengganti itu?
Siapakah pengganti itu? Saya harap dia ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Anda tahu mengapa saya kata saya berharap, ini kerana Datuk Seri Najib masih perlu bertanding. Kalau tidak, okay sahaja, tetapi beliau perlu bertanding selaku Presiden UMNO dahulu. Saya yakin dia akan menang, saya yakin dia akan menang.

Bilakah tarikh sebenar untuk Datuk Seri menyerahkan jawatan (Perdana Menteri)?
Selepas Datuk Seri Najib menjadi Presiden UMNO. Harap beliau yang jadi Presiden dan selepas itu kami akan berbincang mengenai perkara tersebut.

Adakah Datuk Seri berharap yang Datuk Seri tidak didesak untuk melepaskan jawatan?
Saya tahu bahawa saya mencapai pencapaian yang kurang baik pada pilihan raya umum lalu. Saya merasakan perlu untuk pemimpin lain mengambil alih. Kita memerlukan kepimpinan generasi baru. Tidak ada apa masalah mengenainya.

Adakah keputusan Datuk Seri hari ini muktamad?
Muktamad.

Adakah Datuk Seri berasa menyesal kerana bersikap terlalu terbuka hingga keterbukaan itu kembali menghantui Datuk Seri dan terpaksa meninggalkan jawatan?
Saya tidak menyesal dengan apa yang telah saya lakukan. Bagaimana orang ramai memberi reaksi, itu adalah untuk mereka putuskan. Apa yang mereka fikir, itu tidak menjadi persoalan.

Ini kerana saya lakukan apa yang saya percaya bahawa pembaharuan ini akan membawa kesan baik untuk rakyat dan saya sentiasa percaya bahawa perlu ada ruang lebih luas untuk perbincangan yang demokratik. Ia menjadi kepercayaan saya selama ini.

Ini jelas seperti mana dalam manifesto pilihan raya BN tahun 2004. Rakyat selalu melihat manifesto hanya untuk tempoh lima tahun saya mentadbir.

Namun, manifesto tahun 2004 itu mempunyai banyak perkara yang saya percaya berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir Mohamad. Sesetengahnya mungkin sama, tetapi sesetengahnya merupakan strategi baru yang memang saya mahukan.

Ini kerana saya memikirkan jauh sehingga tahun melepasi 2020. Saya tahu saya tidak akan berada (menjadi Perdana Menteri pada tahun 2020. Kalau saya berada (sebagai Perdana Menteri), saya berumur lebih daripada 80 tahun dan tiada siapa mahu orang tua berumur lebih 80 tahun berada di situ (sebagai Perdana Menteri). Sudah tentu ada orang muda yang bersedia untuk memimpin parti. Apa yang lebih penting di samping apa yang saya lakukan, saya juga yakin kepada Wawasan 2020 dan tetapi saya juga memperkenalkan Misi Nasional yang saya anggap amat penting kerana tanpa misi itu kita tak akan dapat capai Wawasan 2020.

Sudah tentu pembaharuan adalah antara yang perlu dilakukan. Kita memasuki fasa baru dengan kehadiran generasi baru tahun ini. Saya adalah generasi Tun Abdul Razak yang terakhir dalam kerajaan. Selepas ini tiada lagi. Anak kepada Tun Abdul Razak yang akan mengetuai kerajaan dengan orang generasi baru.

Adakah pemimpin parti komponen menerima baik Datuk Seri Najib sebagai pengganti?
Mereka menyambut baik. Itu terserah kepada mereka, saya tidak memujuk atau kata apa-apa, Apa yang mereka lahirkan adalah pandangan mereka sahaja. Ini juga bukan majlis kempen untuk Datuk Seri Najib.

Adakah Datuk Seri lakukan ini demi UMNO dan BN?
Ya, sudah tentu saya amat menyayangi dua parti ini yang saya mendapat keistimewaan menjadi pemimpin.

Bagaimana kalau ada UMNO Bahagian yang masih mencalonkan Datuk Seri nanti?
Saya dah buat keputusan, saya dah cakap sendiri. Itu apa boleh buat. Kalau orang nak calon apa saya boleh buat, kita dah beritahu awal-awal.

Adakah Datuk Seri sendiri akan memilih timbalan kepada Datuk Seri Najib?
Saya tidak mempunyai hasrat untuk melantik timbalan kepada beliau (Najib). Kenapa saya harus berbuat demikian?

Adakah Datuk Seri akan berusaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi yang lain sebelum berundur?
Ada perkara yang saya boleh buat serta-merta tetapi ada perkara yang saya memerlukan masa untuk melaksanakannya dan mungkin saya tidak ada masa untuk lakukan.

Apakah Datuk Seri akan dapat sokongan untuk pembaharuan yang hendak dilaksanakan?
Saya percaya saya akan dapat sokongan. Anda semua fikir perkara yang negatif, kita tiada sikap negatif.

Adakah akan ada halangan untuk Datuk Seri capai hasrat menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan dua lagi inisiatif lain?
Insya-Allah tidak akan ada halangan. Mungkin ada pandangan berlainan tetapi tidak semestinya pandangan itu menjadi halangan.

default

Pengorbanan Besar Pak lah untuk UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

"keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Abdullah itu menggambarkan bahawa beliau menjadikan perpaduan sebagai pilihan utama bagi mengelakkan perpecahan.

Dalam hal ini saya sentiasa berpegang kepada pembawaan, bimbingan dan tunjuk ajar yang saya percaya jadi pegangan Pak Lah. Perpaduan itu penting untuk memastikan parti kita kuat"

Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan

”Jelas Pak Lah adalah pemimpin yang mementingkan parti dan kerajaan dari diri sendiri. Walaupun berbagai bagai reaksi diberi oleh ramai org terhadap track record kepimpinan Pak Lah, saya berpendapat sejarah akan membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin yang telah membuka ruang demokrasi dan keterbukaan dalam parti dan kerajaan.

”Apabila generasi muda akan datang membaca buku sejarah, saya pasti Pak Lah akan disebut sebagai negarawan yang telah mengajak rakyat menghargai nilai nilai ketelusan,kebertanggungjawaban, integriti dan kemuliaan dalam kerajaan.

”Maka itu, saya bagi pihak warga Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah atas segala khidmat dan usaha beliau”, katanya.

Ketua Pemuda UMNO Perak pula, Zainol Fadzi Paharudin

Amat jelas Datuk Seri Abdullah memiliki tahap tanggungjawab yang hebat demi memikirkankan kepentingan bangsanya, kebaikan partinya dan masa depan negaranya. Terima kasih Pak Lah atas segala Pengorbanan”,




Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin


"Tentu ia satu pengorbanan yang cukup besar kerana bukan mudah untuk menyerahkan kepimpinan. Saya kira beliau telah mengambil kira daripada semua sudut apa yang harus dilakukan dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi,’’

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

“Kita menghormati keputusan beliau dan mengucapkan terima kasih atas segala jasa Pak Lah selama ini kepada parti serta kerajaan. Kita juga nampak semua parti komponen BN turut menyokongnya.Ini adalah tugas besar kita dan saya rasa kita perlu bersatu padu dengan memberi sokongan yang kuat kepada Najib untuk meneruskan kepimpinan Abdullah.



Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam

"terukir dalam sejarah negara sebagai keputusan yang berani dan berupa pengorbanan seorang pemimpin yang benar-benar cintakan parti, negara dan bangsanya"

"Rekod beliau memang kontroversi sejak memegang jawatan Perdana Menteri"

"Tetapi kita harus menerima hakikat bahawa beliaulah yang telah membawa proses demokrasi dengan unsur-unsur kebebasan begitu luas kepada rakyat jelata yang tidak pernah kita alami sejak begitu lama dalam sejarah negara," kata Musa kepada Utusan Malaysia malam ini"

"Sungguhpun ada golongan tertentu yang menyalahkan aspek pentadbiran negara yang begitu bebas sebagai menyebabkan keadaan politik negara begitu bergelora, saya percaya semua golongan rakyat yang berfikiran panjang dan luas akan memberi penghormatan yang sangat tinggi dan berharga kepada beliau (Abdullah)."

Musa percaya proses demokrasi dan kebebasan tidak boleh lagi disekat atau dihalang di Malaysia.

"Rakyat Malaysia yang matang dan terpelajar akan terus menuntut proses ini dikekalkan"

"Apa yang menjadi cabaran kepada pucuk pimpinan baru UMNO ialah bagaimana proses ini dipupuk dan diperluaskan dengan bijak dan teratur,"




Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu


"Bagi saya Pak Lah mempunyai falsafah sendiri dalam untuk menjaga tradisi, kepemimpinan dan keyakinan Umno serta BN supaya ia terus kukuh demi perpaduan rakyat. yakin tanggungjawab yang ditinggalkan akan diserahkan kepada Najib sebaik mungkin," katanya.

Setiausaha UMNO Pulau Pinang

"Kita sedih dengan kehilangan ini kerana beliau adalah seorang anak kelahiran Pulau Pinang yang memegang jawatan Perdana Menteri. Bagaimanapun kita terpaksa menerima keputusan itu,"


p/s Pemimpin UMNO datang dan pergi tetapi kali ini aku terasa sedih juga Pak Lah berani melakukan pengorbanan yg besar ini demi UMNO. Pak Lah adalah insan istimewa dan sentiasa senyum walaupun pelbagai dugaan dan cabaran diharungi .Hidup Pak Lah !!

pemuda permatang pauh

default

Mac 2009 - Sah Najib PM Malaysia ke 6

on Wednesday, October 8, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 5 (2003-2009 )




PRESIDEN UMNO


Jawapan kepada tandatanya mengenai pengumuman yang bakal dibuat oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi samaada nak pertahankan atau tidak jawatan Presiden UMNO sudah jelas tergambar semasa para wartawan melangkah masuk ke bilik mesyuarat di tingkat 39 PWTC pada jam 5.15 petang Selasa.

Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang hadir kelihatan relaks selepas mesyuarat yang bermula pada jam 3.30 petang itu.Datuk Sri Najib Tun Razak pula tersenyum riang semasa berbual dengan mereka.

Perdana Menteri yang masuk semula ke bilik itu selepas keluar sebentar menceriakan lagi mood di situ dengan sikit aksi jenaka beliau sebelum memulakan sidang akhbar yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.

Seperti yang dilaporkan oleh Agendadaily sebelum ini Abdullah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

Katanya beliau mengambil keputusan itu kerana mahu UMNO dan BN terus bersatu dan kukuh.





Abdullah memberitahu beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib sejurus beliau terpilih secara rasmi sebagai Presiden UMNO kelak.

Menjawab soalan para wartawan kemudian Perdana Menteri menegaskan keputusannya tak mempertahankan jawatan itu adalah muktamad.

Kepada soalan lain Abdullah berkata kesemua para pemimpin BN menerima baik Najib sebagai pengganti beliau.- 8/10/2008




-PAK LAH CUCU SEORANG ULAMAK ABDULLAH FAHIM YANG AKHIRNYA BERALAH DENGAN KEHENDAK MAJLIS TERTINGGI UMNO DAN BUKANNYA AHLI UMNO PERINGKAT AKAR UMBI.




-INILAH PEMIMPIN KERDIL YANG AMAT DIHORMATI LAWAN DAN KAWAN TETAPI BERUNDUR KERANA PROVOKASI MELAMPAU DI KALANGAN KAWAN NYA SENDIRI.PAK LAH BUKAN ORANGNYA YANG SUKA BERLAWAN DENGAN KAWAN MAHUPUN LAWAN.INILAH PEMIMPIN BERJIWA ISLAM LUHUR.

-APA KATA PAK LAH DI DALAM BERITA PERDANA JAM 8 (8/10/08)
" SAYA TIDAK SUKA MELIHAT UMNO DAN RAKYAT BERPECAH."APAKAH MAKSUD AYAT INI?APAKAH PAK LAH PUNCA SEGALA KEKALUTAN DALAM UMNO DAN DALAM MASYARAKAT MELAYU.BERUNDUR ADALAH TANDA REDHO UNTUK TIDAK MELIHAT PERPECAHAN UMMAH.UCAPAN SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PAK LAH YANG TIDAK TAMAKAN KUASA TIDAK SEPERTI TUN M YANG PERTAHANKAN KUASA SEHINGGA 22 TAHUN MEMERINTAH WALAUPUN AHLI UMNO DAN RAKYAT TIDAK MENYUKAI BELIAU SEJAK TAHUN 1999.TUN M ADALAH PUNCA
SEGALANYA YANG MEMBUATKAN ORANG MEMBENCI PAK LAH KERANA PAK LAH TIDAK TERUSKAN PROJEK JAMBATAN BENGKOK .

-IKUTI KATA2 TUN MAHATHIR YANG MASIH LAGI MAHU PAK LETAK JAWATAN SEKARANG DARI MENUNGGU BULAN MAC 2009-dendam Tun jelas masih lagi ada walaupun Pak lah sudah mahu tidak mahu bertanding Presiden UMNO .


"Saya amat bergembira untuk Umno, bukan untuk diri saya tapi Umno, untuk perjuangan Umno supaya ia dapat membina kekuatan kembali"
"Namun, saya fikir adalah lebih baik untuk beliau melepaskan jawatan sekarang daripada menunggu sehingga Mac depan kerana beliau akan menjadi sebagai penghalang kerana Najib tidak diberi kuasa penuh untuk memulihkan parti,"




-PEJUANG BANGSA MENYANJUNG TINGGI PENGORBANAN BESAR INI DAN TAHNIAH KEPADA DS NAJIB BAKAL PM KE 6 MALAYSIA.

default

Pemilihan UMNO ditangguh -peralihan kuasa Mac 2009

on Friday, September 26, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari Jumaat sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan dalam usaha melicinkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, ia tetap akan diteruskan mengikut jadual asal pada 9 Oktober depan dengan semua agenda pemilihan Bahagian dan pencalonan bagi jawatan tertinggi parti diteruskan.

Namun, timbul persolan jika penangguhan pemilihan parti dibuat bagi licinkan proses peralihan kuasa, adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatan Presiden dengan menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian yang mula bermesyuarat bulan depan.

Menjelaskan, perkara ini Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

"Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO yang berlangsung kira-kira satu jam setengah di ibu pejabat parti itu.

Berdasarkan kepada keputusan yang dicapai oleh MT UMNO itu, pelan peralihan kuasa 2010 kini tidak lagi berbangkit kerana Abdullah menegaskan, keputusan menangguhkan pemilihan itu dicapai ekoran langkah mempercepatkan pelan peralihan kuasa 2010, yang diputuskan Julai lalu.

Ditanya adalah itu bermakna pelan peralihan kuasa 2010 dikekalkan, Abdullah menjawab “Kalau diawalkan, tidak adalah original punya 2010 itu. Tak timbullah."

Menjelaskan maksud melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal, Abdullah berkata, ia adalah bagi membuat penyerahan apa juga yang diperlukan berdasarkan peraturan-peraturan yang sepatutmnya dilaksanakan.

"Ini akan diputuskan antara saya dan Najib," jelasnya ringkas.

Beliau turut menjelaskan, peralihan kuasa lebih awal tersebut mempunyai kaitan dengan kerja-kerja yang seharusnya dilaksanakan.

"Semua ada hubung kait dengan kerja saya. Bila habis kerja saya habislah," katanya.

Namun dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa keputusan mengawalkan peralihan kuasa disebabkan wujudnya tekanan ke atas dirinya dariapda kalangan ahli MT.

"Tida ada apa-apa pada hari ini (desakan)... mungkin ada dua atau tiga orang yang rasa begitu. Tapi kebanyakan tidak menunjukkan apa-apa sebab untuk memberi tekanan. Mereka juga tahu hubungan saya dengan Najib adalah satu hubungan yang baik dan apa-apa perkara pun, kedua-dua kami mempunyai persefahaman yang baik.

“Jadi tidak ada masalah yang patut timbul mengenai perkara ini," ujarnya panjang lebar.

Ditanya mengenai keputusannya sama ada akan bertanding atau tidak. Abdullah berkata, keputusan mengenainya terletak di tangan beliau dan terserah kepada pihak lain untuk membuat nadaian masing-masing. – 26/9/2008

p/s ada pro dan kontra juga pemilihan UMNO ditangguh dan ia juga bersebab dilakukan .Apa komen anda ??

default

UMNO PP dan Kelantan Sokong Peralihan Kuasa Pak Lah dan Najib

on Wednesday, September 24, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KOTA BAHARU: Umno Kelantan menyokong penuh penyerahan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijadualkan pada 2010.Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian mencapai kata sepakat mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Umno, tidak hadir. Annuar berkata Umno Kelantan akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan Najib agar peralihan kuasa itu berjalan dengan lancar.”Kita mahu Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan dalam keadaan Umno kuat,” katanya.

Di Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, ketika mengulangi sokongan Umno negeri itu terhadap pelan peralihan kuasa berkenaan, menyeru semua pihak supaya menghormati dengan ikhlas keputusan yang telah dipersetujui itu.

Katanya kesemua 13 bahagian Umno di Pulau Pinang juga mengulangi sokongan mereka untuk mencalonkan Abdullah sebagai presiden dan Najib sebagai timbalan pada persidangan perwakilan masingmasing bulan depan.

“Kami di Pulau Pinang sebulat suara terus mempertahankan kedudukan presiden,” katanya

p/s

aku setuju Umno PP menyokong dan mencalonkan Pak Lah dan Najib sbg calon Presiden dan Timbalan Presiden. UMNO PP adalah negeri yg harus di barisan depan menyokong Pak Lah dalam apa2 isu seperti ini .Kita tidak harus biar Pak Lah diserang dan ditekan oleh mana2 pihak terutama dalam UMNO sendiri yang mempunyai agenda sendiri untuk kepentingan diri.

Tahniah kepimpinan negeri diketuai Pak Rashid ,dan ketua2 bahagian yg lain yang bersatu menyokong Pak Lah seperti Hero kita Ahmad Ismail,Syarif Omar,Musa Sheikh Fadzir,Ibrahim Saad,Zain Omar,Abd Jalil Majid terus menyokong dibelakang Pak Lah..

default

Ujian Paling Getir buat Pak Lah

on Tuesday, September 16, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadapi ‘ujian’ paling besar dalam karier politiknya sekarang.

Sebagai seorang tokoh politik berpengalaman, tentunya beliau mempunyai cara tersendiri menangani isu ini tetapi sebagai rakyat dan penyokong kestabilan politik negara, rakyat mestilah bersama-sama Perdana Menteri kerana, hari ini beliau dilihat begitu ‘lemah’ tetapi jangan lupa, orang inilah yang pernah membawa kejayaan paling besar dalam sejarah BN, ketika keputusan Pilihan raya Umum ke 11, 21 Mac 2004 diumumkan dahulu.

Ketika beliau membawa kejayaan, semua orang mahu mengaku bahawa ‘inilah pemimpin kita’ tetapi apabila beliau dilihat membawa BN ke arah sedikit kelemahan, maka desakan peralihan kuasa berkumandang.

Apa yang menyedihkan, Umno yang selama ini penuh hemah ketika bercakap soal peralihan kuasa sudah bertukar menjadi ‘ganas’ dan tidak langsung beretika. Ketika BN kuat diserang musuh (baca: pembangkang), rakan-rakan Pak Lah dalam kabinet kelihatan tidak bersatu.
Kenapa jadi begini? Ia bukan terjadi dengan sendirinya tetapi kerana masing-masing ‘merasakan lebih senang menentang Pak Lah dari menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim’.

Itulah sebabnya, Anwar yang ‘menentang’ BN tidak diserang dan didesak, sebaliknya Pak Lah yang bekerja siang malam, membangunkan negara dan menunaikan janji kepada rakyat, seperti manifesto BN dalam PRU 11 dan 12, ‘diancam’ dengan pelbagai ancaman.

Para anggota MT Umno sudah ‘kehilangan medan dan forum’ untuk bercakap, menjadi media massa sebagai tempat melahirkan pendapat masing-masing.

Padahal, MT Umno sudah membuat keputusan, yang dipersetujui semua bahawa Pelan Peralihan Kuasa berlaku 2010 dan Kabinet juga sudah dimaklumkan mengenainya.

Macam mana, selepas dua bulan bersetuju, tiba-tiba datang perkhabaran dari Singapura, mengatakan ‘fikirkan semula pelan peralihan kuasa’ ini, sedangkan yang bercakap isu itu adalah anggota cabinet, Naib Presiden Umno dan Pengerusi Jawatankuasa Etika dan Pemilihan parti?
Hari ini, beberapa bahagian dan ada di antara menteri yang sama-sama duduk dalam kabinet sudah menyatakan ‘persetujuan’ supaya ‘difikirkan semula’ pelan tersebut tetapi sedarkan mereka, selama ini rakyat hanya akur dengan apa yang sudah mereka (baca: pucuk pimpinan persetuji bersama) tetapi mereka pula ‘bergaduh sesama sendiri, sekarang!

Apakah akan menjadi tradisi Umno selepas ini, jika BN menang pilihan raya, PM adalah ‘pemimpin kita’ tetapi kalau ada kekalahan, PM mesti didesak undur? Idea siapakah ini? Adakah idea ini idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang cukup banyak mengkritik Pak Lah, disebabkan isu ‘jambatan bengkok’ hingga sanggup menjadi alat pembangkang.
Disebutkan sanggup menjadi ‘alat pembangkang’ bukan kerana dia berucap di pentas pembangkang tetapi ucapannya, dijadikan video untuk diedarkan kepada orang ramai, yang tentunya tidak menguntungkan BN dalam pilihan raya yang lalu.

Ketika Pak Lah sibuk mempertahankan BN, masing-masing yang berjawatan, sibuk merancang mahu bertanding jawatan apa dalam pemilihan parti. Cerita ketua bahagian tidak mengagihkan wang peruntukan pilihan raya, bukan rahsia lagi telah menjadikan sebab mengapa tiba-tiba keputusan pilihan raya ‘merudum’.

Masing-masing sibuk menudingkan jari kepada Pak Lah kononnya rakyat tidak menerima kepimpinannya lagi tetapi hakikat sebenarnya, muka-muka yang kalah… boleh mencerminkan wajah mereka sendiri, adakah rakyat menolak mereka atau menolak Pak Lah.

Hari ini, dalam bulan Ramadan, marilah kita fikirkan balik, apakah betul cara kita ‘berjuang’? Menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden Umno, seorang yang cukup dikenali sebagai ‘amat baik dan boleh mengimamkan sholat’ dianggap sebagai ‘hero’ tetapi jika kita mempertahankan kepimpinan, kita dianggap ‘pengampu’?
Mari kita bertanya diri kita sendiri (baca: di kalangan menteri-menteri kabinet), tidak adakah silap kita sendiri menjadikan sebab mengapa BN mengalami keputusan kurang menarik dalam PRU 12? Siapa kita (baca: menteri kabinet) layan ketika sebelum PRU 12? Taikun,kroni, saudara mara dan kawan-kawan baik kita sentiasa ada masa kita menemui mereka. Sedangkan rakyat di bawah, kita lupakan mereka.

Masing-masing mencari kawan-kawan yang boleh memberikan sumbangan wang dalam PRU 12, tetapi kehendak rakyat, kita abaikan menyebabkan rakyat ‘menghukum’ BN. Mungkin rakyat mahu ‘menegur’ kepimpinan tetapi ‘terlebih’ tegur hingga menyebabkan beberapa negeri, terlepas ke tangan pembangkang.

Marilah bersatu – untuk berhadapan dengan msusuh sebenar. Dalam masa yang sama, kita kenal pasti musuh dalam selimut, yang duduk dalam BN tetapi siang dan malam hanya bercakap mahukan Perdana Menteri berundur, pelan peralihan kuasa dan tentunya mahukan ‘pemilihan parti’ dielakkan!

Mungkin kerana takut ‘kalah di peringkat Naib Presiden’, maka dibuat cadangan supaya ada Pelan Peralihan Kuasa segera, supaya ‘ada jaminan tempat’ bagi yang semakin ‘tersepit’.Jika kita mahu pelan peralihan kuasa disegerakan ,perlu juga perancangan untuk memulihkan semula sokongan kepada BN tetapi kalau tiada perancangan yang betul tiada guna juga Pak Lah melepaskan jawatan lebih awal .KLIK DI SINI

Ketua-ketua bahagian, perwakilan dan semua peringkat pemimpin Umno, jangan mudah terpengaruh dengan permainan mereka ini. Mereka hanya datang menemui ketua-ketua bahagian, perwakilan dan semua peringkat pemimpin di bawah, apabila musim pertandingan tiba.


p/s Inilah dugaan yang paling getir buat PAK LAH .Setiap hari kritikan,kata2 hina dan nista dikata kepada Pemimpin Melayu Islam ini dari luar dan di dalam UMNO sendiri. Saya rasa Pak LAh tidak perlu rasa beliau keseorangan ,jika beliau ditentang oleh orang kanan dan MT UMNO sendiri ,rakyat Melayu di ceruk kampung,pekan tetap dibelakang Pak lah ..Pak Lah tidak perlu takut dengan Anwar ,DAP,PKR dan mereka ini kerana masih lagi ada MELAYU YANG SAYANG AKAN BANGSANYA,AGAMA DAN TANAH AIRNYA ..TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.