Apabila Pak Lah mula marah ..

on Sunday, October 19, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?


Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.


Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.


“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.


“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.


Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.


“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.


– Bernama

link

Rejim Mahathir pelingkup UMNO


p/s Pak Lah sebelum ini hanya senyap kini mula tegas dan bersuara kepada musuh2 nya yang sekarang makin rakus dan melancarkan perang habis-habisan bukan sahaja menyerang Abdullah malah penyokong2 setianya. Bagi aku Pak lah tidak mempunyai pengikut mahupun team seperti Anwar dan Mahathir ketika di dalam UMNO.Hakikat sebenarnya Pak Lah berundur kerana desakan MT UMNO bukannya akar umbi seperti yang disuarakan oleh muhyidin . Sekarang ini kita akan melihat sehingga bulan Mac 2009 ini adakah team Mahathir mampu bertahan setelah mereka kini dihadapan dalam pencalonan dari bahagian .Harus diingat pergolakan dan perbalahan ini ditimbulkan oleh mereka dan di dalam masa yg lama tempoh berkempen kita mampu berfikir semula .


4 Responses

  1. Anonymous says:

    ini bukan perkara baru dalam umno. dari zaman almarhum tunku abdul rahman lagi, tunku pernah mengatakan yang umno akan rosak kalau mahathir memimpin. mmg terbukti pun sekrg. setelah umno asal diharamkan dan tubuh pulak umno baru, maka umno adalah milik mahathir sbb keahlian dia no.1 dan isteri dia no. 2. termasuk ke almahum tunku abdul rahman, allahyarham tun razak dan allahyarham tun hussein dalam senarai ahli umno baru ini? jadi tak tahu la macam mana lah org umno sekrg boleh kata umno yg ada sekrg nie sama dengan umno yang lama.
    umno sekrg ditubuhkan oleh mahathir, maka tidak hairanlah kenapa pengaruh mahathir masih kuat dalam umno sehingga kini.
    apa yang bleh disimpulkan, sebenarnya apa yang berlaku dalam umno pada ketika ini, kenapa umno kalah teruk dlm PRU 12 yang lepas adalah hasil usaha perancangan licik yang diketuai oleh mahathir.
    mmg betul la kata paklah yang mahathir cub berlagak sebagai pengarah umno, sememangnya semua org sedar, apa yang di perkatakan oleh mahathir bukan satu pendapat tetapi merupakan satu arahan dari seorang tuan kepada pencacai2nya. Tapi sayang, hanya ahli akar umbi umno je yg tak sedar. betul ke, apa yg berlaku sekrg kerana suara akar umbi atau suara seorg tua yang ingin memastikan legasinya akan tetap kekal?....lu fikir la sendiri....

  2. Anonymous says:

    Bungaraya berkata,
    Tun, Tun, Tun, Tun, Tun dan Tun...
    cukuplah tu...
    Kenapa mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati Pak Lah lagi.
    Dulu menyakitkan hati Tengku, Lepas tu menyakitkan hati Tun Musa,Lepas tu Tun Ghafar Baba, Lepas tu Anwar Ibrahim, Dan kini Pak Lah.
    Kalau panjang umur tidak mustahil hati Datuk Najib juga disakitinya. Begitu juga dengan Muhyiddin. Dan, dan, dan dan lagi akan ada seterusnya.
    Kalau macam ni siapakah yang sebenarnya JAHAT.
    Dulu masa beliau menjadi PM, bermacam gelaran yang beliau dianugerahkan oleh rakyat Malaysia dibawah kepimpinannya. Mungkin bagi mengenang jasa beliau dalam melaksanakan kejahatannya. Antaranya MAHAFIRAUN. Suatu anugerah yang menggambarkan betapa sangat jahat dan kejamnya TDM ketika itu.
    KALAU JAHAT ITU MERUPAKAN SATU TABIAT, APAKAH IA AKAN BERHENTI SELEPAS BELIAU TIDAK LAGI MENJADI PM?.
    Aku benar-benar frust dengan sikap dan tabiat TDM jika macamni lah keadaannya.
    Buat apalah kamu hendak menganggu Pak Lah lagi. Beliau telahpun mengumumkan yang bulan Mac tahun depan jawatan PM akan diserahkan kepada Tok Najib. Kenyataan itupun masih belum cukup lagi.
    Ia mesti bermula dengan kemarahan kamu yang teramat sangat. Apa dia tu? Marah sebab KJ kah? Anak kamu macamana semasa kamu jadi PM dulu.
    Ipar-Ipar kamu macamana? Dalam era Tengku, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, TDM dan Pak Lah, masa kamulah segala keburukkan dan kekejaman berlaku dalam pemerintahan negara. Cubalah bermuhasabah diri wahai TDM.

  3. bungaraya

    Orang spt TUN ini sudah sampai satu tahap walaupun dia sudah tiada apa2 kuasa lagi tetapi masih la berasa dia PM dan boleh kritik orang . Dia mahu wartawan semua cari dia supaya dia nak cakap . boleh dikatakan GILA KUASA la ..

    dalam news dan suratkhabar ini kita juga boleh lihat siapa pemimpin2 yg mula tunjuk diri sebenar, gila kuasa, tidak saban untuk berkuasa.. kita sndiri sudah boleh mengagak siapa TEAM Mahathir dalam UMNO.. siapa disebalik pendesak peralihan kuasa dipercepatkan ...

  4. setuju bahawa Tun punca kejatuhan Umno...

    Maknanya Tun akan menghancurkan Umno yang dibinanya sendiri.

    Selepas Umno asal sudah hancur semasa krisis team A dan team B tahun 1988 dulu..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.