Era Mahathirsma akan kembali menguasai UMNO itulah kata-kata yang hebat diperbualkan oleh rakyat di merata-rata tempat. Najib, Muhyiddin dan juga Mukhriz akan menguasai UMNO dan semua pemimpin yang tidak sealiran dengan Mukhriz dan Tun akan dicantas selepas mereka mengambil alih kuasa pada 3 March. Tun akan menjadi “Master Mind” kepada kepimpinan kerajaan walaupun ini dinafikan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan cakap-cakap bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin masa depan negara. “Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir).
Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di Kuala Lumpur Rabu. Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir ada peranan untuk menentukan pemimpin masa depan negara.”Beliau (Mahathir) masih lagi dihormati sebagai negarawan veteran Malaysia. Anda juga mempunyai penghormatan tinggi terhadap beliau. Saya tidak fikir kita boleh nafikan hakikat ini. Tetapi sejauh mana beliau telah mempengaruhi dalam aspek pentadbiran, saya fikir ini adalah sesuatu yang Datuk Najib sepatutnya mampu untuk uruskan,” kata beliau.
Apa juga alasan Muhyiddin, kita tidak dapat menutup mulut rakyat yang kini sibuk bercerita mengenai era Mahathirsma, Mereka Khuatir Najib akan menjadi ‘Boneka’ kepada Tun dan seandainya Najib enggan menjadi boneka kepada Tun, Najib akan mengalami nasib yang sama malahan dijangka lebih buruk daripada Pak Lah kerana Tun telah berjaya menanam kuncu-kuncunya di dalam kepimpinan UMNO sekarang.
Tun akan sekali lagi berkata, saya telah membuat satu kesilapan besar kerana percaya kepada Najib dan Muhyiddin. Sebaiknya Tun bersara dan jangan terlibat langsung dengan politik tanah air. Jika dia mahukan Mukhriz terlibat, biar Mukhriz sahaja yang terlibat dan jangan ada campurtangan dalam kepimpinan UMNO.
Muhyiddin, walaupun menafikan akan pembabitan Tun yang terlalu mendalam dalam UMNO sekarang, tidak boleh membohongi rakyat, kerana rakyat tahu bahawa Tun adalah “Master Mind” kepada pergolakan yang berlaku dalam UMNO sekarang. UMNO akan terus bergolak dan berpuak-puak jika era Mahatirisma kemabli. Kerana di zaman Tun dahulu UMNO telah berpecah beberapa kali. Tun tidak selembut Pak Lah, tak suka, keluar dan tubuhkan parti lain. Pasti akan ada perpecahan dalam UMNO jika pemimpin boneka Tun berkuasa.
Apakah cakap-cakap politik kedai kopi ini membayangkan rakyat mulai risau akan terbentuk kembali era Mahathirisma.
www.kpmu.net
klis di sini Team Mahathirisma
p/sUmumnya kita sudah pun ketahui kata-kata Tun kepada Najib jangan libatkan kroni dan keluarga ketika menjadi PM ini sudah menjelaskan kepada kita bahawa Tun akan memerhatikan tindak tanduk Najib dan Najib harus mengikut mendengar itu semua . Muhkriz jika menang KP UMNO,maka kuat lagi suaranya untuk menekan Najib seperti ketika menyalak menyuruh Pak Lah resign selepas PRU 12.UMNO akan hancur jika ada puak2 di dalam parti dan amat malu nama Najib akan dijaja oleh pembangkang sebagai boneka kepada Tun .
Era Mahathirsma akan kembali menguasai UMNO,apakah rakyat mula risau ??
on Thursday, October 16, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
7 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
October
(28)
- Kempen taktik kotor bermula
- Debat Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia
- Khairy layak tanding Ketua Pemuda
- KJ calon terbaik untuk Pemuda UMNO
- Beri peluang pemimpin muda pulih UMNO
- Biar bukan Melayu benci KJ kerana pertahankan hak ...
- Ada unsur Sabotaj utk KJ
- Apabila Pak Lah mula marah ..
- Timbalan PM in the making sudah rakus dan tak saba...
- Era Mahathirsma akan kembali menguasai UMNO,apakah...
- Reduan Tee menegur Lian Hoe ingat sejarah semula
- Saya calon underdog -KJ
- POLITIK WANG MENGUASAI PEMUDA UMNO
- KJ VS Mukhriz & Mahathirisme
- Harga minyak turun lagi...!!!
- UMNO Cheras lancar Tabung Azan bantu Utusan Malays...
- Pak Lah Bapa Demokrasi Malaysia-Gerakan
- Lagu untuk Pak Lah
- Jasa-jasa Y.A.B Pak Lah kepada rakyat Malaysia (2...
- Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promos...
- Di Mata Tun Hanya Anakku Mukhriz yang layak
- Pak Lah mencadangkan BN FAN CLUB untuk semua rakya...
- Khairy menang tanpa bertanding di Rembau
- Siapa patut diam - Tun atau Abdullah ?
- Transkrip penuh kenyataan Pak Lah
- Pengorbanan Besar Pak lah untuk UMNO
- KJ membawa semangat "Setiakawan " dalam Pemuda UMNO
- Mac 2009 - Sah Najib PM Malaysia ke 6
-
▼
October
(28)
Awal-awal lagi……………………starrt Mukriz tulis surat suruh Pak Lah berhenti aku dah kata………………… MUKRIZ NI PEJUANG CIPLAK………………. guna strategi bapak…. yang sudah luput tarikhnya………………… sebab Melayu kini………kalau tak diperjuangkan pu memang sudah BERANI BERUBAH………………. dan dah banyak berubah daaa…………………… termasuklah BANG NUAR………. hasil didik-didik……….timang-timnag TunM pada Bang Nuar masa jadi PM………. agar kerusi PM nya tak bergegar macam katil kat kondo di villa…………..yang tilam-tilamnya dabawa sekali ke court…… agar kekal jadi PM sampai habis hayat…………..tapi tersekat…………… kerana Bang Nuar sudah terlalu BERANI BERUBAH………… MENYONGSANG HABIS……….. lawan tokeh Mahathir…………………… sikap itu kini diwarisi oilih………………… MUKRIZ anak Mahathir……………….. dengan tema perjuangannya BERANI BERUBAH…………..
Nanti jab aku sambung…………………….aku nak tenguk bola………..Brazil Lawan Colombia…….. syok gak tu………….. jom bokak tv !!!!!!!!!!!!!!
Bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO yang keseterusnya? Adakah ini yang diangankan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir? Lupakan sahaja angan-angan itu kerana Mukhriz tidak harus dan tidak layak untuk memegang jawatan terbabit miskipun hanya untuk masuk bertanding sebagai calon.
Pemuda umno masih tidak lupa tindakan Mukhriz yang mengkritik dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara terbuka supaya meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri dianggap tidak beretika dan biadap kerana cuba meremehkan status Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, suatu ketika dahulu.
Salam, Kenapa perlu risau. Banyak yang gembira. Sekurang kurangnya tidak berada di bawah era Perdana Menteri yang lemah seperti Pak Lah .
Mahathirisma melambangkan keberanian, kecekalan, tidak mengenal putus asa, bijak, pandang jauh ke depan, disiplin. Cakap serupa bikin etc.
Anaknya mukhriz masuk politik selepas bapanya bersara. Tidak seperti Khairi yang terhegeh hegah yang menyebabkan sebahagian besar rakyat membenci bapa mertuanya dan dirinya sendiri.
Pencalonan untuk Mukhriz yang begitu mudah lepas dari kuota sudah menunjukkan betapa ramai orang suka kembali ke era Mahatrisma
Ikhwan
sdr pejuang bangsa
KJ tidak memerlukan pencalonan yang banyak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, cukup melepasi syarat kelayakan sahaja. Tapi, dalam pusingan kedua nanti, keadaan tersebut mungkin akan berubah kerana tempoh dari sekarang hingga bulan Mac cukup untuk `memabukkan' perwakilan-perwakilan 7 dari segenap bahagian UMNO di negara ini.
Mukhriz belum tentu akan mendapat sokongan sehebat pencalonan beliau merebut jawatan tersebut, kerana faktor-faktor yang ditimbulkan oleh ayahanda beliau.
KJ lebih `brutal' berbanding Mukhriz yang berlindung dibawah ketiak ayahanda beliau, sedangkan KJ akan lebih `bebas' selepas bapak mertua beliau berehat dari politik negara.
Kalau pilihan aku, Sdr KJ adalah yg paling layak untuk menduduki jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia berdasarkan dari beberapa kreteria2 atau aset yg ada pada KJ. Beliau seorang yg mempunyai karisma dan idea yg boleh membawa perubhan baru pada UMNO terutama dasar pemuda. Berbanding dengan MUkriz yg lebih banyak emosi dan terbawa-bawa masalah kemelut bapanya yg TDM sendiri dilihat memporakporandakan UMNO.
Wallahualam.
Bunaraya berkata,
Jika benar Tok Najib nantinya akan menjadi boneka TDM. Dan jika benar Mukriz menjadi mata dan telinga TDM dalam kepimpinan Tertinggi UMNO, maka matilah kita semua ahli-ahli yang cintakan UMNO.
Ini kerana TDM tentu sekali akan 'murka' jika tindakan kabinet Najib bertentangan dengan citarasa TDM. Buktinya jelas bilamana Pak Lah dan kabinetnya memutuskan tindakan yang bertentangan dengan citarasa TDM keatas pembinaan Jambatan Kedua di antara Johor dan Singapura.
Jika Pak Najib mengikut cara dan pendekatan TDM ( ertinya sanggup jadi Boneka TDM ) rakyat tentu sekali akan menjadi marah kembali kepada TDM dan kini Najib. Rakyat tentu akan marah semula kerana dulu semasa TDM menjadi PM pun rakyat marah, inikan pula kini semasa ia hanyalah sebagai rakyat biasa sahaja.
Akibat terakhir ialah UMNO pun hancur. Masyaallah. Semuanya berpunca dari sikap dan perangai TDM yang Tengkupun pernah menjangkakannya.
Anwar Ibrahim sekarang ni betul-betul marah. Beliau nampaknya tersangat marah sehingga beliau tak kisah lagi samada Malaysia ni mahu jadi karam atau terkubur. Begitulah tersangatlah marahnya Anwar Ibrahim. Puncanya ialah TDM bergaduh dengan beliau. Tengku Razaligh Hamzah dulupun marah sehingga UMNO haram akibat kemarahannya. Punca nya juga kerana bergaduh dengan TDM.
Aku rasalah "teori R.A.H.M.A.N itu betul. UMNO hanya memimpin Malaysia sehingga Najib saja. Lepas itu sebuah parti lain akan memerintah negara ini. beringat-ingatlah. Mudah-mudahan parti lain itu juga dikuasi oleh bangsa melayu yang bekerjasama baik dengan kaum bumiputera lain dengan adil, saksama dan jujur serta ikhlas.
Sdr bunuraya, saya suka melihat masa depan dan kita juga harus ingat balik sejarah yang telah berlaku .Itu saya suka sejarah ,
Masa depa politik Najib akan lebih susah semasa mengambil alih PM nanti jika Muhyidin menjadi TPM dan Muhkriz menjadi Ketua Pemuda. Aku sudah nampak kedua2 orang ini akan menjadi mata dan telinga TDM yang memberi arahan kepada Najib dr jauh. Jika Najib tidak mengikut arahan TDM cthnya penyusunan semula anggota kabinet dan TDM mahu disingkirkan penyokong Abdullah pasti akan menimbulkan masalah buat Najib .Najib akan menjadi seperti Pak lah kan dkritik hebat oleh Tun sendiri dan pasti kredibiliti akan terjejas .
2 orang ini Muhyidin dan Muhkriz pasti akan senyum dan mereka ini akan menjadi gunting dalam lipatan mengugat Najib. Apa jua boleh berlaku dalam politik Muhyidin boleh singkirkan Najib juga lebih awal ...
di dalam UMNO kini semua orang perlu berhati-hati dengan Muhyidin,Muhkriz ..segala tindak tanduk telah mereka menunjukkan jelas siapa sebenarnya mereka ...