Jasa-jasa Y.A.B Pak Lah kepada rakyat Malaysia (2003-2009) Edisi 1

on Saturday, October 11, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments


Kerja keras Pak Lah dari 2004 - 2008 ( Edisi 1 ) Bidang Pendidikan

-Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan

-Meluaskan liputan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah

-Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah

-Memperuntukkan RM3 bilion untuk biasiswa dan keperluan-keperluan bagi golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah

-Memperuntukkan RM12 bilion untuk menaiktaraf sekolah luar bandar

-Menyediakan elaun khas untuk 12,000 orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar

-Memperuntukkan RM174 juta untuk SJK Cina berstatus bantuan penuh dan RM65 juta untuk SJK Tamil berstatus bantuan penuh di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

-Memperuntukkan RM100 juta untuk SJK Cina dan Tamil berstatus bantuan modal di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

-Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus cawangan UiTM di setiap negeri

-Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 kepada 53 buah, dan menggandakan enrolmen kepada 115,000

-Menambah jumlah pemegang biasiswa JPA peringkat ijazah di universiti tempatan dari 5,000 kepada 10,000 orang setahun; menaikkan elaun pelajar tajaan JPA di universiti luar negara

-Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sains (R&D), termasuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas


Namun sayang rancangan bernas Pak Lah terbantut ekoran desakan 'golongan tidak sabar' dalam Umno / Kerajaan....

Lihat rancangan bakal dilaksanakan Pak Lah 2008 - 2012 :

- Menaikkan tahap kelayakan minima para guru dan menyediakan lebih banyak peluang latihan
- Meneruskan usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan; antara lain, melalui usaha peluasan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
- Memelihara kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan
- Meningkatkan perpaduan nasional dengan menggalakkan interaksi di kalangan pelajar
- Menyediakan lebih banyak biasiswa di peringkat ijazah untuk pelajar yang berkelayakan dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
- Mengenalpasti Universiti Apeks dan memberikan lebih autonomi dan sumber untuk membolehkan institusi pengajian tinggi awam mencapai tahap global
- Meningkatkan lagi pelaburan di bidang Sains dan Teknologi, khususnya R&D di dalam negara


Yang ruginya bukan pemimpin pengganti namun rakyat yang akan mengenang jasa jasa Pak Lah selama menjadi PM selama ini...Yang tidak sampai 1/4 dari usia PM terlama memerintah Malaysia sebelum ini iaitu Tun Mahathir.

Tun Mahathir hebat ? mungkin sebab 'menyapu di bawah karpet' segala sampah sarap hingga ramai tak nampak ?

Yang mencucinya ialah Pak Lah yang tidak ubah seperti pewaris segala hutang piutang zaman Tun dahulu... Namun diherdik tanpa belas kasihan oleh bekas bos beliau sendiri.. Episod sedih kerana bekas PM masih 'tergiur' menjadi hero ketika lambaian Izrail sedang memanggil.

penembak-tepat.blogspot.com

p/s Pak lah memang byk menanggung hutang dan dosa Tun ketika mengambil alih PM. Contoh tedekat dlm UMNO ialah Tun dan son sendiri menyuruh Pak Lah hapuskan sistem kuota pencalonan dlm UMNO tetapi siapa yang mencipta sistem itu iaitu Tun sendiri.Ini lah beban yang Pak Lah pikul itu tidak termasuk kes Anwar dan isu VK Linggam correct2 lagi yang sehingga Pak lah melakukan perubahan dalam sistem kehakiman .


8 Responses

  1. Bagus pun ada. lembik pun ada. jadi macam kuih-muih...

  2. Anonymous says:

    Baik ... tun pemula. Nak saya buktikan Pak Lah tidak mahu berhentikan untuk guna senjata untuk kepentingan diri?

  3. Anonymous says:

    Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan

    Nenek aku pun boleh lancar. Jadi ke tidak? Ini semua blueprint. Rasa puding juga penentu.

    Meluaskan liputan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah

    Jgn buat pelupa, ini polisi yang pelik. Kenapa anak orang berada pun dapat sekim ini?

    "Anak saya kaya" dah tak ada duit ke?

    Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah

    Ini flip flop. Hishamuddin di suruh kata naik. Kemudian bila ornag bising, dia flip flop.

    Memperuntukkan RM3 bilion untuk biasiswa dan keperluan-keperluan bagi golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah

    Zaman tun Razak sampai Tun, ramai anak orang Melayu dapat belajar luar negara.

    No big deal. Ini kesinambungan polisi dan sudah terletak dalam artikel 153.

    Memperuntukkan RM12 bilion untuk menaiktaraf sekolah luar bandar

    RM12 billion setahun? 5 tahun? Kesinambungan polisi dari zaman tunku.

    Menyediakan elaun khas untuk 12,000 orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar

    Bagaimana guru2 yg duduk di bandaraya dan menghadapi sara hidup malahal?

    Ini polisi pelik yg tak pikir panjang

    Memperuntukkan RM174 juta untuk SJK Cina berstatus bantuan penuh dan RM65 juta untuk SJK Tamil berstatus bantuan penuh di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

    Memperuntukkan RM100 juta untuk SJK Cina dan Tamil berstatus bantuan modal di dalam Rancangan Malaysia Ke-9


    Bukak artikel mengenai bahasa, ini adalah langkah bertentangan perlembagaan. Sekolah mensegregasi kaum.

    Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus cawangan UiTM di setiap negeri

    Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 kepada 53 buah, dan menggandakan enrolmen kepada 115,000

    Menambah jumlah pemegang biasiswa JPA peringkat ijazah di universiti tempatan dari 5,000 kepada 10,000 orang setahun; menaikkan elaun pelajar tajaan JPA di universiti luar negara


    Kesinambungan polisi orang lain. Hanya tambah. Tak siginifikan utk disebut pencapaian pak lah... bodoh blogger ini.

    Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sains (R&D), termasuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas

    Ini aku nak ketawa tergelak kangkung. kah kah kah ...

    Berapa bijik ornag pensyarah bioleh dapat bujet R&D bawah IRDA? Byk ketirisan bawah JJ di Mosti. BUkan lantik dia di situ ye.

    Tax deduction to promote R&D started masa anwar MOF.

    Angkasawan bukan polisi pak lah. Usaha Tun untuk ambik offset program dari sukhoi.

    JJ guna duit cilok keluar. Kenapa baru 2008, pak lah tendang JJ?

    Tak cerdik blogger berhujah. Tak tahu latarbelakang maklumat yg ditiru!

  4. anonymos ,nampaknya awk tidak tahu erti bersyukur seperti dalam Islam ajarkan . Dalam pemerintahan mana2 PM pun ada juga kebaikan dan keburukan dan Pak lah juga begitu .

    dahulu zaman Tun pun tak pernah dia hapuskan yuran sekolah .

    Menyediakan elaun khas untuk 12,000orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar
    ( satu elaun yg menggalkan guru berkhidmat di luar bandar utk membantu pendidikan org luar bandar )


    Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus cawangan UiTM di setiap negeri

    Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 kepada 53 buah, dan menggandakan enrolmen kepada 115,000
    (ini adalah satu drpd perancangan modal insan utk masa depan negara dan aku adalah hasil produk modal insan ini)




    awk yg tak tahu apa ,suka mengkritik shj benda yg baik .Awk ni mungkin golongan PR yg tak tau wat kerja tetapi lebih pandai kritik shj .

  5. Anonymous says:

    korang nie pe lah...
    cube lah bersyukur... blajar bersyukur di atas sume nikmat yg tlh di kurniakan...
    kalo asik nak tgk kesalahan org, sampai bile pun ng x maju.. kalo asik nak slhkan pak lah, korg lah yg jd pm.. cube lah bersyukur...

  6. Anonymous says:

    Lupa satu benda..Kuat Tidur!!!!!

  7. Haha,betul tu anonymous, semua yg u katakan tu fakta. haha. ada juga yg perihatin selain blogger ni.

  8. Anonymous says:

    good job...nice

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.