SEREMBAN: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Bahagian Rembau tanpa bertanding bagi penggal 2008-2011 selepas memperoleh 99 pencalonan daripada 108 cawangan bahagian itu.
Khairy, 32, yang juga Ahli Parlimen Rembau mengekalkan jawatan buat penggal kedua berturut-turut di bahagian yang diwujudkan pada 2004 itu, mengetepikan cabaran Ahli Jawatankuasa Pemuda bahagian, Azman Mohd Sah, 37, yang hanya mendapat lapan pencalonan daripada kuota 15 peratus yang ditetapkan.
Penolong Setiausaha Pemuda Rembau, Azimi Paiman, berkata jawatan Naib Ketua pula disandang Ahli Jawatankuasa Pemuda bahagian, Mohd Shafrul Azman, juga menang tanpa bertanding selepas memperoleh 101 pencalonan.
Sementara itu, Mohd Shafrul berjanji akan bekerjasama dengan Khairy membentuk gandingan mantap bagi memperkasakan bahagian itu, sekali gus menjadi tonggak serta nadi kepada kekuatan Pemuda negeri.
Sumber - Berita Harian
Breaking News !
11-6-3
Pencalonan yang masuk hari ketiga bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO jelas menunjukkan Khairy Jamaluddin ,Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berentap sakan.
Setelah hari pertama Khamis yang menyaksikan pencalonan terbalik kot antara Khairy dan Mukhriz di Kimanis dan Machang sehingga pagi Sabtu Ahli Parlimen Jerlun itu telah dapat sepuluh lagi pencalonan berjaya potong Ahli Parlimen Rembau yang dapat lima.
Ini menjadikan Mukhriz sebelas manakala Khairy enam.
Bekas Menteri Besar Selangor pula berjaya dapat tiga.
Bahagian-bahagian yang calonkan Mukhriz selain Kimanis ialah Alor Star,Jerlun,Besut,Cameron Highland, Bukit Gelugor,Tasik Gelugor,Kota Melaka,Pagoh,Telok Intan dan Jempol.
Khairy pula dapat dari Machang,Ketereh,Pengkalan Chepa,Kota Kinabalu,Bagan Datoh dan Silam.
Dr Khir dapat dari Kapar,Tumpat dan Cheras
Kami merasakan Khairy mampu menggalas tanggungjawab besar dalam usaha memperkasakan Pemuda dan seterusnya memperkuatkan UMNO."
-Eriandi Ismail, Ketua Pemuda UMNO Machang, 9 Oktober 2008
Keputusan Pertandingan Ketua Pemuda UMNO terbaru - KJ menang di Pengkalan Chepa sementara Mukhriz menang di Jerlun, menjadikan kedudukan 2 - 2 kepada KJ dan Mukhriz.
Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda dalam pemilihan parti Mac depan. Dalam persidangan perwakilannya hari ini, yang dihadiri 182 ahli daripada 52 cawangan, Khairy mendapat 109 undi manakala ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir memperoleh 49 undi.Bahagian itu mencalonkan anggota Parlimen Muar Datuk Razali ibrahim sebagai aib Ketua Pemuda
Sementara itu difahamkan bahawa pencalonan Kj di Kimanis yang sepatutnya diberikan kepada Kj telah di halang oleh Anipah Aman. Anipah Aman yang telah mengerahkan budak-budaknya untuk menutup pencalonan KJ di Kimanis, namun ianya tidak membabitkan bahagian-bahagian lain di negeri Sabah. Dari sumber yang kami perolehi, Anipah telah menjalinkan kerjasama dengan Mukhriz Tun untuk membeli calon -calon dari Sabah yang nampak banyak berpihak dan menyokong KJ.
Kelantan telah menujukkan sokongan yang positif dan Kj dijangkakan mendapat sokongan padu di Perak, N. Sembilan, Pahang, Sabah, Pulau Pinang, Terengganu, Selangor dan Melaka.
www.kpmu.net
Khairy menang tanpa bertanding di Rembau
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
October
(28)
- Kempen taktik kotor bermula
- Debat Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia
- Khairy layak tanding Ketua Pemuda
- KJ calon terbaik untuk Pemuda UMNO
- Beri peluang pemimpin muda pulih UMNO
- Biar bukan Melayu benci KJ kerana pertahankan hak ...
- Ada unsur Sabotaj utk KJ
- Apabila Pak Lah mula marah ..
- Timbalan PM in the making sudah rakus dan tak saba...
- Era Mahathirsma akan kembali menguasai UMNO,apakah...
- Reduan Tee menegur Lian Hoe ingat sejarah semula
- Saya calon underdog -KJ
- POLITIK WANG MENGUASAI PEMUDA UMNO
- KJ VS Mukhriz & Mahathirisme
- Harga minyak turun lagi...!!!
- UMNO Cheras lancar Tabung Azan bantu Utusan Malays...
- Pak Lah Bapa Demokrasi Malaysia-Gerakan
- Lagu untuk Pak Lah
- Jasa-jasa Y.A.B Pak Lah kepada rakyat Malaysia (2...
- Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promos...
- Di Mata Tun Hanya Anakku Mukhriz yang layak
- Pak Lah mencadangkan BN FAN CLUB untuk semua rakya...
- Khairy menang tanpa bertanding di Rembau
- Siapa patut diam - Tun atau Abdullah ?
- Transkrip penuh kenyataan Pak Lah
- Pengorbanan Besar Pak lah untuk UMNO
- KJ membawa semangat "Setiakawan " dalam Pemuda UMNO
- Mac 2009 - Sah Najib PM Malaysia ke 6
-
▼
October
(28)