TERKINI ! JAWAPAN MUHKRIZ TENTANG PROJEK ZIPY YAN YANG JADI MODAL PAS #PRKSgLimau

on Thursday, October 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Projek Zon Industri Petroleum Yan (Zipy) akan dibatalkan jika penduduk tempatan masih membantah pembinaannya.

Bagaimanapun, kerajaan negeri masih berbincang dengan penduduk di kawasan yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perbincangan akan terus dilakukan untuk memberi penjelasan kepada penduduk terbabit agar mereka memahami manfaat yang bakal diterima kelak.

"Kita mengambil pendekatan berbincang dengan penduduk. Kerajaan mempunyai rancangan lain untuk penduduk di kawasan berkenaan.  

"Tetapi jika mereka tidak bersetuju dan terus membantah, kita akan batalkan projek itu walaupun ia akan membawa limpahan pembangunan di kawasan Yan," katanya ketika ditemui media di pekarangan Dewan Datuk Madi semalam.

Sungguhpun begitu, Mukhriz yakin penduduk akan memahami manfaatnya melalui rundingan dan perbincangan yang diadakan secara berterusan dengan mereka.

Menurutnya, kerajaan negeri berpegang kepada falsafah bahawa setiap projek pembangunan yang bakal dilaksanakan perlu mendapat persetujuan penduduk di kawasan berkenaan terlebih dahulu dan ia memberi faedah kepada kumpulan ramai.

Mukhriz berkata projek itu turut menghadapi masalah dan tentangan penduduk ketika dicadangkan kerajaan Pas sejak lima tahun lalu.

"Menteri besar ketika itu (Allahyarham Azizan Abdul Razak) juga memahami tentangan daripada penduduk. Jadi ia bukan perkara mudah untuk dilaksanakan walaupun kerajaan BN tekad untuk merealisasikannya," katanya.  

Mengenai peluang dalam PRK Dun Sungai Limau, beliau yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, BN tetap mempunyai harapan kerana ia mahu menawarkan perkhidmatan yang sejajar dengan rancangan di peringkat negeri.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri mempunyai perancangan menyeluruh untuk melaksanakan pelbagai projek di seluruh negeri dan berharap penduduk Sungai Limau turut menerimanya.

"Adalah lebih mudah jika pengundi di sini memberi peluang kepada calon BN menjadi wakil mereka bagi memudahkan pentadbiran.

Mengenai kempen Pas agar pengundi mengekalkan kerusi itu kepadanya kerana kemenangan BN tidak akan membawa apa-apa perubahan, beliau berkata kemenangan BN akan memudahkan segala urusan termasuk mendapatkan projek dari pusat jika perlu.

"Adalah lebih mudah jika wakil rakyat Sungai Limau adalah dari BN kerana kerajaan negeri juga dari parti yang sama," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.