Tindakan pemain bola sepak kebangsaan, NorShahrul Idlan Talha yang memakai baju yang tertera tulisan 'Allah always with me' tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid.
Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Bahrain bertindak menyelak jersinya dan menayangkan baju dalamnya yang tertulis perkataan itu.
Malaysia bertemu Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, pada Selasa.
"Secara peribadi pada saya tidak menjadi satu kesalahan kerana yang penting ia dalam tulisan rumi. Namun sekiranya ia dalam tulisan jawi, ia dkhuatiri apabila masuk ke dalam tandas dan mencemarkan lafaz itu di dalam tandas.
"Itu yang dipertikaikan. Tetapi jika 'Allah' ditulis dalam tulisan Jawi, masuk tandas dan duduk cangkung buang air besar dan kecil, ia mencemarkan tulisan. Jika tulisan rumi, masih khilaf dan tak menjadi kesalahan. Bila mahu (ke tandas) kena buka dan tanggallah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Jelasnya, jika tulisan berkenaan ditulis dalam bentuk Jawi, ia kemungkinan akan mencemarkan kesucian lafaz kalimah Allah tersebut.
Pendapat sedemikian turut dikongsi oleh Presiden Ikatan Musimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman yang merasakan tiada masalah dari segi hukum agama.
"Tak apa, okay dan tiada masalah. Maknanya tiada apa-apa halangan dari segi hukum.
"Dalam konteks itu jika dia tiada niat apa-apa untuk menghina dan sebagai satu tulisan pada baju sahaja, ia tiada masalah dalam hal hukum," demikian menurut beliau.
Sebuah blog KLIK SINI sebelum ini cuba mencetus kontroversi apabila menyalahkan Mat Yo dengan menyifatkan tindakan itu sebagai biadap.
Penulis blog negarapakatanrakyat.blogspot.com itu turut mengaitkan tindakan pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu dengan isu kalimah Allah yang hangat diperkatakan kini.
Menurutnya ia seperti mempersendakan penganut agama Kristian dan mahu Mat Yo disingkirkan dari pasukan bola sepak negar
singkir org yg wat provok tue,,,,
org berpikiran bodo mst brpikir yg sbliknye. Cube amek yg positf..
ini adalah sifat manusia yg Allah sebut dalam Al Q, manusia dijadikan bersifat lemah, benda2 yg kecil dan yg remeh temeh diperbesarkn, klu matyo nak letak kalimah Allah kat baju dia korang peduli apa, korang ke yg tentukan dosa dan pahala simatyo tu, atau korang rasa korang(yg membesarkan perkara remeh temeh) dah boleh masuk syurga, atau pon korang(yg membesarkan perkara remeh temeh) memang dengki kat simatyo tu, jgn disebabkn bini dia punya kes, simatyo tu korang hukum, lebih baik kita pikir diri sendiri punya dosa
think positive laa