BEKAS CALON BEBAS DEDAHKAN AKAN PASTIKAN PAS KALAH #PRKSgLimau

on Thursday, October 24, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Di mata calon Bebas kerusi Sungai Limau, PAS tidak sekuat mana.
Sobri Ahmad berkata, walaupun kerusi merupakan kubu kuat pembangkang, tetapi BN masih mempunyai peluang menang.

“BN boleh menandingi kelebihan PAS jika meraih 60% sokongan pengundi muda, di samping menawan peti undi Sedaka (1,088 pemilih) dan Kampung Titi Batu (1,142 pemilih) serta memfokus pengundi bukan Melayu di DUN Sungai Limau,” katanya.
Kekuatan PAS tertumpu di Bukit Besar (1,519 pengundi), Bukit Choras (712), Gelam Tiga (599), Sungai Dedap (1,032), Matang Buluh (940), Simpang Tiga Luar (690) dan Ulu Sedaka (832).
Tetapi tidak semuanya mengundi calon PAS kerana faktor pepecahan dalaman parti itu pada PRU-13 lalu, respon pengundi dijangka berbeza kali ini, katanya.
5,255 pengundi baru
Beliau menambah, daripada seramai 27,222 pemilih berdaftar direkodkan bagi PRK tersebut termasuk dua pengundi di luar negara, sebanyak 5,255 adalah pemilih baru yang bakal menentukan kemenangan, berbanding pengundi tradisi PAS sekitar 12,000 manakala BN kira-kira 9,000 pengundi.
Sejak lima penggal lalu, daripada 19 pusat daerah mengundi, PAS menang 12 sementara BN hanya menang tujuh saja, dakwa Sobri.
Bagaimanapun, beliau mengakui beberapa kawasan tertentu jentera BN tidak boleh menembusi kubu kuat PAS.
“Hanya NGO yang boleh masuk ke kawasan tersebut, ini yang saya lakukan dalam PRU 13 lalu.
“Mereka tidak boleh terima kalau orang masuk itu orang Umno, tapi kalau masuk dengan NGO mereka terima.
“Ini yang saya buat dulu…,” tambah Sobri lagi.

`Tidak mahu wakil rakyat PAS’
Seorang lagi bekas calon bebas iaitu Abdullah Hashim memberitahu, beliau dan penyokong akan bekerja kuat untuk memastikan PAS kalah.
Menurutnya, PAS tidak pernah pernah membawa kemajuan kepada penduduk Sungai Limau.
Bekas aktivis PAS itu menambah, selama ini PAS hanya menipu penduduk Sungai Limau.

“Kami tidak mahu wakil rakyat PAS lagi,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.