..

..

Selagi ada bulan & bintang , BN terus bela nasib nelayan #PRKSgLimau

on Thursday, October 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan bernilai RM500,000 bagi tujuan baik pulih jeti nelayan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini.

Muhyiddin berkata, selain bantuan baik pulih jeti, sebuah pasar juga akan dibina di kawasan itu bagi memastikan nelayan mampu memasarkan hasil laut sendiri dan mengelakkan monopoli orang tengah.

 Kata beliau, bantuan itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan nelayan di kawasan Sungai Limau malah komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu golongan nelayan adalah ikhlas.

"Usaha kerajaan untuk membantu nelayan, petani, peladang dan penternak adalah satu jihad kerajaan yang berterusan iaitu selagi ada bulan dan matahari,'' katanya ketika berucap pada majlis Sarapan 1 Malaysia di Kuala Dulang Kecil di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob. Menurut Muhyiddin, golongan yang terlibat dalam industri perikanan dan pertanian merupakan satu kumpulan istimewa pada pandangan mata kerajaan kerana industri pemakanan merupakan industri penting bagi memastikan kesinambungan negara.

"Kita akan terus berusaha untuk membela nasib masyarakat nelayan, kita bantu, tidak akan mengabaikan mereka kerana golongan itu adalah kumpulan penting," ujarnya. Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pengundi di kawasan DUN Sungai Limau perlu mengundi tanpa mengikut emosi pada Isnin ini.

"UMNO dan Pas adalah Islam, kalau nak undi jangan ikut emosi, kita pilih orang yang boleh bantu kita, boleh bela nasib kita, boleh sampaikan kemahuan kita kepada kerajaan.

"Orang itu ialah Dr. Ahmad Sohaimi Lazim iaitu calon BN, kalau calon Pas dia setakat boleh dengar masalah kita tetapi tidak mampu berbuat apa-apa, sebab Pas bukan kerajaan negeri dan tidak ada kuasa di peringkat Pusat," jelasnya. Sementara itu, ketika berucap pada majlis mesra rakyat di Pusat Daerah Mengundi Titi Batu di sini, Muhyiddin berkata, kerajaan bersikap adil dalam memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. "Sebagai contoh, ketika krisis di Mesir, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM21 juta bagi tujuan membawa pulang pelajar kerana bimbangkan keadaan keselamatan pelajar di sana. "Kita bawa balik mereka semua dengan selamat tanpa bertanya terlebih dahulu kepada mereka ibu bapa mereka penyokong parti mana malah ada antara mereka bila dah selamat sampai ke negara kita bersalam dengan saya pun tidak di lapangan terbang, tapi itu tak apalah kita bagi bantuan kepada semua," katanya. Pada majlis itu juga, beliau telah mengumumkan bantuan RM10,000 kepada Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Jerai, geran pinjaman bernilai RM700,000 untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan RM33,900 untuk Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KARISMA). Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131031/po_04/TPM-umum-bantuan-RM500000-untuk-baik-pulih-jeti-nelayan-Sungai-Limau#ixzz2jGBhexhF © Utusan Melayu (M) Bhd


One Response

  1. Anonymous says:

    Silap Bro, Muhyiddin kata selagi ada bulan dan bintang, sekolah cina tak akan dihapuskan dan peruntukan akan sentiasa diberi. Cuba dengar betul2 TV3 semalam, satu malaya dengar. Umpama ulangan raja2 dahulu yang memajak tanah air (pulau pinang) pada british (selagi ada bulan dan bintang)..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.