..

..

Kerajaan Dap perintah ala kuku besi & untung golongan elit -Zulkifli

on Friday, October 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Bekas naib presiden DAP, Zulkifli Mohd Noor hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang dan Pengarah Global Tourisme, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Beliau juga meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Bayan Baru dan surat rasmi mengenainya sudah dihantar kepada pihak yang berkenaan, berkuatkuasa semalam.

Bagaimanapun, dalam kenyataan medianya hari ini, Zulkifli berkata beliau masih kekal sebagai ahli parti itu yang disertainya sejak 26 tahun lalu.

"Justeru itu tindakan yang saya ambil berasaskan kepada kedudukan terkini pemimpin parti DAP yang dilihat telah jauh tersasar dari sudut kepimpinan mereka sama ada menerusi parti mahupun melalui kerajaan negeri.

"Saya tidak terkhilaf mengatakan bahawa cara kepimpinan kerajaan negeri pada hari ini adalah tidak menyebelahi rakyat. Sebaliknya dilihat telah memesong kepada pemerintahan kuku besi yang hanya menguntungkan golongan yang bertaraf "elit" sahaja.

"Perjuangan asal DAP yang bertunjangkan sosial demokrat kini telah bertukar haluan kepada kapitalisme dan diktator," katanya.

Dalam kenyataannya juga, beliau mendakwa ungkapan kepimpinan berteraskan "Saidina Umar Abdul Aziz" adalah merupakan retorik semata-mata yang tidak membawa sebarang erti kepada rakyat.

"Justeru itu, saya berpandangan bahawa cara pemerintahan sekarang adalah bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup saya," katany


One Response

  1. Klu mcm2 bijak lagi aku yg sekolah sekadar spm

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.