..

..

Penyokong PAS sedia " Berani Berhijrah " selepas ketiadaan Azizan #PRKSgLimau

on Thursday, October 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seorang penyokong setia Pas, Awang Cha,87, menyahut slogan 'Berani Berhijrah' yang dibawa Barisan Nasional(BN) apabila berjanji akan menyokong calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Isnin ini.

Awang berkata, pada awalnya, dia adalah penyokong BN namun setelah belajar agama di sekolah pondok sekitar kawasan berkenaan, sokongan politiknya berubah kepada Pas.

"Saya sokong Pas kerana rasa hormat kepada guru-guru agama yang mengajar ketika itu dan sokongan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pula kerana Allahyarham adalah orang tempatan dan kawan lama saya. Ketika beliau menjadi wakil rakyat, kadang-kala saya bertemunya," katanya.

Awang berkata demikian kepada pemberita ketika menerima kunjungan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman yang melawat isterinya, Jah Mat Saman,83, yang sakit tua di sini semalam.

Menurut Awang, keadaan kini sudah berubah selepas ketiadaan Azizan yang merupakan tokoh dikaguminya apatah lagi selepas terdengar beberapa masalah yang melanda Pas kebelakangan ini.

"Awal tahun lepas, ada terdengar masalah yang melanda parti seperti dakwaan wujudnya krisis dalaman tetapi apabila bertemu Azizan, beliau tidak bercerita lanjut.

"Kali ini pula, ramai orang BN datang bertemu saya dan meminta supaya memberi sokongan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Rasanya sudah sampai masa untuk kembali kepada BN apatah lagi Azizan tiada lagi," katanya. Ditanya mengenai calon yang dipertaruhkan Pas iaitu Mohd. Azam Samat, Awang berkata, dia difahamkan Pas meletakkan orang tempatan namun tidak kenal calon berkenaan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.