NASIHAT @KhairyKJ KEPADA PERWAKILAN PEMUDA UMNO MENJELANG TARIKH 12 OKTOBER !! @DrNovandri @APterkini

on Saturday, October 5, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Semalam bertempat di IKBN Bukit Mertajam , Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin hadir ke negeri ini dalam satu majlis Bicara Anak Muda bersama Menteri Belia & Sukan .

Di ketika dalam suasana pemilihan UMNO , beliau turut ditanya mengenai kempen & harapanya kepada perwakilan bagi   mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang masih berbaki tidak kurang 6 hari lagi .

Beliau berharap  perwakilan Pemuda jangan membuang undi dengan  salah pilih pemimpin  dalam pemilihan kali ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan parti bagi menghadapi PRU14.  Selain itu , Khairy juga mmepertaruhkan rekod pencapaiannya bersama Pemuda UMNO selama sepenggal untuk dinilai perwakilan

Antara pencapaian dan rekod  baik  beliau semasa memimpin Pemuda ialah berjaya membantu golongan muda lebih 150 ribu orang lepasan  universiti mendapat pekerjaan melalui  BN Youth Job  Fair , desakan gaji minimum RM900 , masalah perumahan , program membaiki rumah uzur  dengan kerjasama Giat Mara, masalah status muflis dan lain-lain lagi .






Bagi GPB  , visi Khairy mahu jadikan  Pemuda UMNO   dilihat sebagai penyelesai masalah kepada golongan muda  memang tepat pada masanya .  Zaman sekarang bukan lagi zaman seperti  80 an & 90 an  yang mana Pemuda gah menjadi pendesak , melaungkan slogan dan sebagainya. Peranan Pemuda jauh lebih luas dan perlu dikembangkan dengan lebih baik lagi untuk mendekati golongan muda.










Pandangan Khairy juga turun disokong oleh Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun yang juga calon No 4 Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia .



Beliau berkata, "Golongan muda merupakan aset yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan sesebuah negara. Kita juga sedar bahawa golongan muda ini juga adalah pewaris kepimpinan negara dan kesinambungan umat di masa hadapan."

 "Pemuda UMNO perlu ditambahbaikkan menjadi wakil generasi muda yang berpegang teguh kepada dasar-dasar parti dan kerajaan BN tetapi dalam masa yang sama, menggunakan saluran-saluran rasmi yang wujud untuk mencadang atau menasihat kepimpinan kerajaan tentang sebarang keputusan dan dasar yang difikirkan boleh mensejahterakan anak muda di negara ini" katanya lagi.

 Tambah beliau, "YB Khairy Jamaluddin telah berjaya menggunakan saluran-saluran tersebut dan Pemuda UMNO dapat membantu orang muda dengan lebih berkesan." 

 " Jangan pula kita dilihat menentang dasar kerajaan sendiri secara terbuka padahal kita perlu lebih matang menyalurkan pandangan kita melalui saluran-saluran yang saya maksudkan itu." "Dan perlu diingat bahawa kitalah pemangkin kepada kemajuan dan kesinambungan kejayaan negara masa kini." kata Khairul Azwan Harun, calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.