WANITA UMNO DAH BAGI ISYARAT KEKALKAN 3 NAIB PRESIDEN UMNO

on Friday, October 18, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Pergerakan Wanita UMNO menggariskan tiga aspek penting dalam menentukan Naib Presiden parti itu pada pemilihan UMNO esok

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tiga aspek itu meliputi calon yang mampu memelihara kedaulatan negara, memastikan keamanan negara dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Katanya, keenam-enam calon yang bertanding jawatan itu memiliki kelebihan masing-masing tetapi menekankan ketiga-tiga faktor itu menjadi pilihan Wanita UMNO.

"Saya faham keenam-enam calon Naib Presiden semua hebat-hebat belaka tetapi wanita memberi keutamaan kepada tiga faktor di dalam memilih pemegang jawatan berkenaan. Pertama calon yang membawa kedaulatan negara, kita minta Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pertahanan mesti berani menentukan kedaulatan negara sentiasa terjamin.

"Kedua bagi Wanita UMNO, ialah keamanan negara dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri untuk menjaga keselamatan dalam negeri serta keamanan negara. Ketiga, yang juga mustahak ialah kesejahteraan rakyat dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah diberi mandat untuk menguruskan perkara ini di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah," katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Wanita UMNO, di sini hari ini.

Selain Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Mohd. Shafie, jawatan Naib Presiden turut ditandingi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Menjawab soalan pemberita sama ada aspek-aspek itu memberi gambaran bahawa Wanita UMNO memilih mengekalkan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden, Shahrizat menafikannya dan memberitahu bahawa pendirian setiap perwakilan harus dihormati.
Katanya, pada pemilihan kali ini terdapat terlalu ramai perwakilan daripada akar umbi parti yang akan membuang undi dan beliau hanya menyatakan pilihan Wanita UMNO adalah berdasarkan ketiga-tiga aspek berkenaan.

"Saya tidak kata begitu (kekalkan), apa yang saya kata adalah adil. Semua yang bertanding adalah dalam satu keluarga dan kita hormati pilihan para perwakilan.

"Saya selaku Ketua Wanita UMNO, kami fokus, kami kena ada sebab mengapa pilih seorang pemimpin. Bagi Wanita UMNO sangat jelas kepentingan ketiga-tiga aspek itu," jelas beliau.
Dalam pada itu, Shahrizat berkata, Wanita UMNO amat menghargai usaha Hishammuddin yang telah mengarus perdanakan sayap parti itu.

"Semasa Datuk Seri Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, saya selaku Ketua Wanita telah meinta supaya wanita diarus perdanakan dan Ketua Wanita cawangan diberi mandat selaku perwakilan secara automatik yang diambil kira oleh beliau," ujarnya.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Wanita UMNO dah bagi isyarat kekalkan 3 NP, Melayu dah bagi isyarat tolak wanita UMNO. Bila dan bagaimana? Masanya PRU14, caranya, pada PRU14 dimana diletakan calon dari wanita UMNO akan diletakkan juga calon dari "parti baru" untuk bertanding bersama. Kita bagi peluang Melayu pilih...

  2. Anonymous says:

    taksetuju...menteri amaran perlu dikeluarkan dari senarai calun

  3. Nok says:

    bagi saya walauapa pun hishamuddin patut tidak di pilih sebagai Naib Pre umno,sbb dia tak 'guard' dan amat penakut dalam membuat keputusan untuk kepentingan melayu...kalau dia masih di kekalkan habis lah org melayu...kerana kepimpinan beliau tak begitu menyerlah apa lagi nak diharapkan sebagai "future PM".....sebelum terlambat eluklah di jantas sekarang sebelum nasi menjadi bubur "amaran amaran amaran" sedangkan org akpir kena sembelih...dan di harap penyokong2 UMNO jgn bodoh....ingat segala apa yg berlaku sekarang adalah cermin untuk generasi akan datang dan khasnya org melayu....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.