AKAR UMBI DAH BERSUARA , 3 TRIO PENYANDANG NAIB PRESIDEN KEKAL

on Sunday, October 20, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan penuh dramatik khususnya bagi menentukan tempat ketiga.

 Ketika Ahmad Zahid dan Shafie secara tidak rasmi diisytiharkan mengekalkan kedudukan mereka lebih awal iaitu kira-kira pukul 7 malam, Hishammuddin pula terpaksa menanti sehingga pukul 1 pagi sebelum keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau menang. Ini berikutan saingan sengit yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengejar rapat Hishammuddin dari segi perolehan undi bahagian.

 Biarpun Mukhriz memperolehi 90 undi bahagian tetapi secara tidak rasmi beliau menang dari segi perolehan undi popular. Ahmad Zahid mendapat 184 undi bahagian, Mohd. Shafie 173 undi manakala Hishammuddin 100 undi.




 Kejayaan Ahmad Zahid mengekalkan kedudukan nombor satu di kerusi tersebut sememangnya sudah diduga berikutan populariti beliau sejak memimpin Kementerian Dalam

Negeri. Sebelum ini, populariti beliau juga dikatakan melonjak ketika memimpin Kementerian Pertahanan apabila turut menamatkan konflik pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu. Bagi Mohd. Shafie pula, beliau berjaya memperbaiki kedudukan dari tempat ketiga ke tempat kedua. Kegigihan beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikatakan banyak membantu beliau untuk mencapai kemenangan.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.