Menarik! Portal automobil Paultan.org telah mengeluarkan beberapa gambar spyshots Proton Perdana Replacement Model (PRM)
Sebelum ini, kerajaan Persekutuan bercadang untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutif yang dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan dengan model Honda Accord.
Tetapi rancangan itu dibatalkan. Sebaliknya, kerajaan telah memilih Proton Perdana model terbaru yang dinamakan Model Penggantian Perdana atau Perdana Replacement Model (PRM).
PRM dibina berdasarkan casis Honda Accord dan Proton telah melakukan beberapa perubahan dari segi kemasan dan spesifikasi, sama dengan perubahan sebelumnya yang dilakukan kepada Proton Inspira yang pada dasarnya adalah Mitsubishi Lancer.
Proton Perdana PRM akan diumumkan pada bulan Disember ini. Klik Sini
sumber : Dr MIM
mudah punya kerja..mcm cherry shj. kat sini sapa mau habiskan juta2 utk R&D,lbh baik klon... kuantiti adalah lbh baik kualiti.
Bagi aku asalkan jenama PROTON, aku tetap suka. Dah 3 kali tukar kereta, semuanya PROTON. Terima kasih Tun.