..

..

KENAIKAN GAJI MB SELANGOR & EXCO TAK AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT

on Friday, November 29, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isu kenaikan gaji MB dan Exco Selangor terus dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk dari pembangkang sendiri .  Malah ia lebih tinggi daripada gaji dibayar di negeri PR lain iaitu P.Pinang dan Kelantan.

Di ketika rakyat Selangor dihimpit masalah infrastruktur , air   dan perumahan rakyat , pemimpin negeri lebih sibuk menjaga poket sendiri .





Kenaikan gaji Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pertambahan sebanyak 87 peratus hingga 373.3 peratus dilihat tidak munasabah bagi negeri yang masih mempunyai masalah dari segi infrastruktur.

"Peruntukan kewangan sepatutnya dilebihkan untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi rakyat seperti perkhidmatan air yang tidak memuaskan, keadaan longkang tersumbat, jalan raya berlubang dan sungai terbiar.

"Kenaikan gaji tidak salah, malah menjadi keperluan. Namun biarlah dilakukan secara berhemah. Janganlah keterlaluan dalam perbelanjaan saraan ADUN tanpa mengambil kira kepentingan rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN, berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi iaitu 373.3 peratus.

Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker DUN dan barisan Exco kerajaan negeri.
Tambah Hamidzun, kerajaan negeri seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kewangan yang diperoleh daripada hasil cukai yang dipungut daripada rakyat.

"Lihat sahaja dari segi pungutan cukai, lewat membayar cukai pintu, dikenakan denda sehingga RM200, lambat melunaskan cukai tanah, dikenakan denda RM100.

"Seolah-olah pihak kerajaan negeri mengambil kesempatan terhadap wang yang diperoleh daripada hasil tekanan yang dikenakan terhadap pembayar cukai," katanya.

Beliau berkata, sidang tersebut sepatutnya mengusulkan sekali kenaikan gaji kakitangan kerajaan negeri itu memandangkan mereka turut bekerja bersama pemimpin-pemimpin tersebut dalam mentadbir Selangor.
"Kenaikan kakitangan kerajaan negeri perlu setimpal dengan kenaikan gaji ADUN, sekurang-kurangnya 50 peratus atau 89 peratus," katanya.




Penasihat Ekonomi kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kadar kenaikan gaji kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker DUN serta Exco kerajaan negeri sebagai terlalu tinggi. Sehubungan itu, beliau yang juga Penasihat PKR meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengkaji semula kadar kenaikan itu yang meningkat antara 87.5 dan 373.3 peratus.

 Menurut Anwar, Abdul Khalid sudah menjelaskan alasan mengenai kadar kenaikan itu kepadanya dan kini giliran rakyat pula mendapat penjelasan daripada beliau sendiri menerusi media. “Saya tidak merasakan kita boleh menggunakan alasan kadar kenaikan gaji di Sarawak.

Dalam parlimen walaupun ada usul kenaikan gaji sebelum ini, kita setuju sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan. “Pada saya kenaikan itu wajar tetapi apa yang berlaku, adalah terlalu tinggi dan tidak seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Kita setuju (kenaikan) sebab sudah begitu lama tidak dinaikkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini. Beliau mengulas tindakan DUN Selangor semalam yang meluluskan kenaikan gaji kesemua ADUN berkuat kuasa tahun hadapan dengan Timbalan Speaker menerima kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 373.3 peratus.

 Selain disebabkan bebanan tugas yang dipikul wakil rakyat, antara alasan yang dikemukakan Abdul Khalid mengenai kadar kenaikan itu adalah berdasarkan formula 75 peratus daripada gaji dan elaun yang diterima wakil rakyat Sarawak. Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta supaya kerajaan Selangor menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

 Sambil menyifatkan kadar kenaikan itu juga sebagai terlalu tinggi, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menafikan kadar kenaikan mendadak itu berpunca daripada desakan pihaknya. “Kami langsung tidak menyebut tentang kenaikan gaji ADUN atau Exco Selangor dalam memorandum BBC Selangor yang dihantar kepada kerajaan negeri.

Apa yang kami sentuh hanya mengenai soal pembangunan, pendidikan, belia dan sebagainya. “Malah kerajaan negeri langsung tidak berbincang dengan BBC Selangor serta pihak-pihak berkepentingan mengenai perkara ini. Dalam masa tidak sampai seminggu selepas mereka kata nak kaji kadar kenaikan ini, tiba-tiba semalam mereka dah mengumumkannya," kata beliau.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.