Kalau Menteri dah bosan tegur , FAM ini kebal kritikan ka ?? @khairyKJ

on Sunday, November 10, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui, beliau sudah bosan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang disifatkannya tidak boleh menerima sebarang teguran daripada mana-mana pihak.

Pengakuan terbuka Khairy itu dibuat sebagai mengulas kenyataan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang tersinggung dengan kritikan Menteri Belia dan Sukan itu terhadap FAM.

Saya tidak ada dendam kepada sesiapa, saya tegur FAM atas keprihatinan saya hendak melihat bola sepak maju ke depan, takkanlah persatuan sukan dah jadi kebal. Sampai menteri tak boleh cakap apa-apa.


Ekoran kenyataan tersebut, Khairy menegaskan, segala kritikan yang dilontarkan selama ini adalah bertujuan demi kemajuan bola sepak tanah air dan tidak bermaksud untuk membalas dendam kepada sesiapa pun yang berada di dalam kepimpinan FAM.

Menurut Khairy, kritikan yang dilakukan selama ini adalah sebagai bukti yang beliau amat sayangkan bola sepak Malaysia dan mahu melihat sukan nombor satu negara itu terus maju.

Namun, katanya, hasratnya itu telah disalah ertikan apabila dituduh berdendam dengan FAM pula.




Apa ini mengarut, saya cakap bukan sebab saya dendam, saya cakap sebab saya sayangkan bola sepak, saya luahkan apa yang rakyat cakap, tak percaya masuk dalam Facebook, masuk dalam Twitter tengok (rakyat) komen lagi teruk apa yang saya cakap.

Ini saya berlapik lagi, jadi, tolonglah jangan cari orang yang dah tak ada apa-apa dan lepas itu suruh dia cakap, ini bukan dia cakap, ini FAM baling batu sembunyi tangan," tegas beliau.


Malah, ketika ditanya pemberita mengenai kekalahan 0-3 pasukan kebangsaan kepada Kuwait dalam perlawanan persahabatan kelmarin, beliau enggan mengulas mengenai isu tersebut dan sebaliknya meminta pihak media mengajukan persoalan tersebut kepada FAM.

Saya tak tahu, kena tanya FAM, saya cakap nanti, FAM dia panggil semua bekas pemain, seperti Jamal Nasir suruh kritik saya, malas hendak cakap," ujarnya.

Ditanya lagi sama ada beliau tidak mahu lagi memberi komen mengenai FAM selepas ini, Khairy berkata: Saya akan komen dari semasa ke semasa, tapi hari ini saya fed-up dengan FAM."


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Itu lah masaalahnya bila persatuan sukan diterajui oleh raja atau kerabat raja. Tak boleh ditegur macamlah mereka itu ( raja dan kerabat raja ) yang menerajui persatuan sukan itu hebat sangat. Apakah statusnya sebagai seorang raja atau kerabat raja tak boleh ditegur? Orang-orang lain jadi pak turut saja dengan lain perkataan "Yes man". kalau tak jadi "Yes man" nanti tak ada peluang untuk dikurnia pangkat "Datuk" pula atau ..menegur dikatakan menderhaka?

    Selepas ini mungkin ada pula yang kata si polan dan sipolan itu (raja atau kerabat raja) telah mengeluarkan banyak wang atau peruntukan peribadinya sendiri untuk memajukan persatuan sukan itu. Apakah dengan mengeluarkan peruntukan peribadi bermakna tak boleh ditegur?

    Syabas Khairy...tegur saja jika teguran itu ada asasnya...walaupun selepas ini akan adalah negeri yang tak akan kurnia pangkat "Datuk" kepada anda.

  2. Anonymous says:

    Dia x tau ke, yg org pun bosan kt dia....

  3. Disadangkan kepada Kerajaan supaya FAM dijadikan sebuah Kementerian Bola Sepak 1Malaysia, manakala diperingkat Negeri pula dijadikan sebagai Jabatan Bola Sepak 1M , ini kerana FAM seperti ada kekebalan yang tidak boleh ditegur dan dikritik walhal ianya hanya sebuah pertuuhan sukan, istimewanya pertubuhan di Negara 1M, seperti juga DAP, PKR dan Anwar Ibrahim serta Majlis Peguam yang kebal kepada undang-undang Malaysia. Syabash Najob dengan Tranformasi dan permodenan...

  4. putra says:

    F.A.M seolah2 lupa yg ia adalah dibawah kementerian belia dan sukan.... Adakah kerana status presidennya dr kesultanan sampai lupa siapakah menteri badan induk itu? Jgn angkuh krana mahu pertahan kerusi kepimpinan sdgkan ia sentiasa masih kurang dari taraf profasional... Isu edia K.J mencadangkan penjualan teket melalui on9 tu dah kira elok utk digunapakai dlm zaman serba moden ini, mengapa F.A.M belagak dan mencantas ape yg dicadangkan? Klau takde idea... Cuba blaja utk berfikir dan dgr pandangan menteri....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.