Laungan Azan : Kerajaan PR Selangor arah siasat surau !!

on Saturday, November 9, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Shah Alam: Kerajaan negeri akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyiasat isu sebuah surau di Taman Tasik Prima, Puchong didakwa melaungkan azan terlalu kuat sehingga menimbulkan bantahan penduduk.

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, isu berkenaan dijangka dapat diselesaikan secara baik apabila kedua-dua pihak iaitu penduduk dan ahli jawatankuasa surau akan dipanggil untuk mengadakan perbincangan.

 Menurutnya, isu laungan azan ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian antara mana-mana pihak kerana umum sedia maklum negara ini terdiri daripada berbilang kaum serta agama dan ia seharusnya diterima dengan hati terbuka. 

“Dari segi penerimaan (laungan azan) ini adalah sebahagian daripada budaya hidup. Jadi tiada isu yang terlalu besar.

Bagaimanapun, kita (kerajaan negeri) akan dengar rintihan mereka dan dapat mengatasinya dengan usaha bersama. 

“Masyarakat berbilang kaum mesti menghormati budaya dan agama antara satu sama lain. Perkara ini boleh diselesaikan oleh PBT saja,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Himpunan Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Selangor, di sini, semalam.

Abdul Khalid juga mengakui setakat ini pihaknya tidak menerima bantahan daripada mana-mana pihak berhubung isu memperlahankan laungan azan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki dilaporkan pergi ke surau berkenaan dalam keadaan marah ketika azan berkumandang di surau berkenaan kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu.

Jemaah yang berada di pekarangan masjid enggan mempedulikannya dan berbincang sesama sendiri pendekatan yang perlu diambil sebelum mereka mengenal pasti lelaki berkenaan dan menunaikan solat Maghrib.


Komen GPB

Mengapa kerajaan PKR hanya arahkan disiasat surau bukannya seorang lelaki gila yang memaki hamun dengan kata2 kesat kepada jemaaah di perkarangan masjid ?

Inilah akibatnya mengundi PR..Islam langsung tidak dibela sebaliknya ditekan lagi demi menjaga hati chauvinist.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tu lah mengapa surau tu kena siasat. Salah ke dia dari segi undang2 Perlembagaan Negara Tanah Melayu. Kalau setakat surau tu taklah ramai sangat jemaahnya pun setakat kelililing perumahan tu saja.

    Janganlah Kerajaan PKR ini memulakan satu cara membolehkan ugama lain membuat komplen berkenaan Islam lagi. Jgn beri peluang mereka untuk membantah sedangkan orang Islam tidak pernah membantah bunyi bising loceng dikuil2 mereka. Lihat saja ditepi jalan dekat Menara Maybank tu. Ada kita kesah pun walaupun berlecak dgn air kelapanya.

    Inilah kerajaan yang tak bertanggung jawab dgn Perlembagaan Tanah Melayu mcm mana Orang Melayu Islam nak tumpang berteduh dibawah payung pemerintahaannya. Selangor, Selangor apalah nak jadi ni.

  2. Anonymous says:

    Jawapn aku mudah... PADAN MUKA 1000X pada org Melayu Selangor.. Melayu urban konon, UMNO rasuah konon.. Nk kpla hotak korang lerr PAKATAN HARAM baik gilerr... Next pru undi byk2 lg bg cinabeng pr menag besar!! Bala Tuhan buat Selangor

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.