TAHNIAH KERAJAAN PN , GUNAPAKAI IDEA DS NAJIB KETIKA KRISIS WABAK COVIND19

on Wednesday, March 25, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Aku melihat idea DS Seri Najib Razak kerajaan Malaysia tengah pakai untuk lawan Covid-19.DS Najib suruh kita buat kuarantin, hadkan pengerakan rakyat, terus ada PKP dilancarkan dan impaknya, trajektori awal kita nak jadi macam Italy terus menurun dan kita buat masa ini berjaya elak malapetaka yang sama.

Bila DS Najib Razak cadangkan stimulus ekonomi harus disegerakan, siap dengan cadangan membenarkan rakyat ambil duit dari tabung KWSP mereka, terus kerajaan sediakan pelan jangka pendek dengan cadangan KWSP diterima sebahagian daripada rancangan jangka pendek.

Dan DS Najib Razak nampak ni seminggu-dua minggu lebih awal sebelum seluruh dunia terhumban dalam krisis ekonomi dek Covid-19. Semoga cadangan lain macam BSH dibuka untuk semua lapisan, dinaikkan dan disegerakan akan diikuti juga awal bulan April nanti bila pelan sebenar diumumkan.

Lepas tu DS Najib Razak cadangkan kita jadi macam Korea Selatan.Kita buat saringan percuma, kita kejar setiap rakyat kita supaya buat saringan. Ini bukan masa tunggu dan lihat.

Mana-mana yang dijangkiti terus kuarantin sebelum deme jangkitkan kat orang. Hari ini, Director General of Health, Dr Noor Hisham Abdullah baru jer umumkan kita akan ikuti langkah Korea Selatan.

Sebab KS berjaya buru setiap yang terjangkiti inilah yang membawa kepada kejayaan mereka kawal Covid-19 meski suatu masa, mereka berada di tangga kedua paling teruk di dunia.

Kalau Dato Seri Najib Razak jadi PM lagi hari ni, percayalah lagi cepat kita keluar dari krisis.
Lani PM yang anda jatuhkan dulu atas fitnah-fitnah daripada PH.Tapi ternyata buah akalnya sentiasa boleh dipakai.

Patutlah zaman DS Najib Razak dulu, pasaran saham kita dikenali sebagai The World’s Longest Bull Run.Patutlah DS Najib Razak bawak kita keluar dari krisis ekonomi 2008 dengan cara kita tak terasa apa-apa pun padahal itu krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah, jauh lebih teruk daripada krisis kewangan 1997-1998 zaman Mahathir dulu.

Dia DS Najib Razak ialah PM yang Malaysian dont deserve, tapi kita sangat perlukan pada saat seperti ini.

Copy paste FB Lokman Noor Adam


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Adooiiii.... move on la..w.pun warganegara tertekan ngan wabak Covid 19 tp rakyat masih waras dan boleh berfikir lagi siapa DSN tu.

  2. Anonymous says:

    Tahniah Najib... mengeluarkan idea2 bernas. Semoga kerajaan mempertimbangkan segala idea ini segera.. itulah pentingnya Najib duduk kat bawah. Baru nampak bijaksana.. sama macam Mahathir masa duduk kat bawah dulu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.