TS MUHYIDDIN KINI DEKAT DI HATI RAKYAT MALAYSIA

on Saturday, March 28, 2020 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





TS Muhyiddin Yasin naik menjadi Perdana Menteri dalam keadaan yang paling tidak menguntungkan. Beliau didatangkan ujian secara serentak. Ketidakstabilan politik, keadaan ekonomi yang teruk dan terkini ancaman kesihatan dunia.
.
Aku bukan mahu bercerita politik. Tapi kalau korang sedar, popularity PM kita semakin menaik. Tahap likeability beliau meningkat ketika terpaksa berhadapan dengan Covid-19.
.
Perkara ini tidak mungkin berlalu unnoticed. Semua orang perasan. Apa yang TSMY buat memang timely kena pada masa dan ketikanya.
.
1. Press conference tersusun dan dikawal

Kalau tengok, hampir setiap hari ada press conference. Seperti susunan orkestra, diaturkan begitu baik sekali. Kalau bukan PM yang berucap, ada Menteri Kanan. Di penghujung petang akan ada laporan dari Kementerian Kesihatan.
.
Nampak teratur, ada orang bekerja di belakang tabir, dan rakyat diberi  maklum perkembangan semasa. Nampak seperti jentera kerajaan bekerja.

2. Ucapan kena pada masa
.
Ini aku rasa bila orang mula cair dengan watak TSMY. Mula-mula beliau merayu supaya dia duduk rumah, macam bapa bagi pesanan pada anaknya.
.
Kemudian beliau baca doa pula. Tahniah kepada penyedia teks ucapan PM. Ia memang menyenangkan hati yang mendengar.
.
3. Memotong gaji Menteri

Potong gaji menteri dan timbalan ini memang sudah jadi idaman rakyat. Lebih lagi kalau yang tidak perform, terasa menghabiskan sumber negara.

Sedikit sebanyak, potong gaji ini dilihat dapat membantu negara menyelamatkan ekonomi. Orang makin suka.
.
4. Beri penyelesaian terus

Pendekatan TSMY mudah sahaja. Selesaikan masalah harian rakyat. Tidak perlu cerita polisi dan aturan yang rumit atau perlu kemahiran berfikir aras tinggi. Straight-forward.
.
Apa yang menekan rakyat seperti tiada gaji, sesak bayar bil dan loan dan masih rasa mudah berbelanja. Itu yang diberi perhatian.
.
Dan sejak pengumuman pakej ransangan ekonomi semalam, hanya beberapa suara kritis yang kelihatan di Whatsapp atau media sosial.
Feeling good.
.
5. Figura bapa-bapa

TSMY sangatlah sesuai cara bapa bercakap dengan anak, atau atuk bercakap dengan cucu. Lebih banyak mendengar, faham dan respon ditutur satu-satu. Cara beliau bercakap selalu gunakan bahasa mudah, semua lapisan masyarakat boleh faham. Straight tanpa belok-belok.
.
Cerita beliau terselamat dari kanser pankreas hanya menambah keyakinan masyarakat terhadap keikhlasan seorang bapa, dan bukan agenda politik semata-mata.
.
6. Bahasa mudah

TSMY jarang didengar menggunakan bahasa atau perkataan bombastik. Bahasanya lateral, bahasa biasa. Contoh yang diberi seperti Makcik Kiah semalam trending meletup-letup.
.
Satu lagi bahasa yang digunakan down to earth. Merendah diri.

"Kami mungkin bukan kerajaan yang anda pilih, tetapi kami akan lakukan yang terbaik."

"Saya terima hakikat yang saya datang sebagai Perdana Menteri bukan dalam masa yang terbaik."
.
Ayat-ayat orang berjiwa besar, orang yang mengakui kelemahan dan kesilapan. Orang yang merendah diri tetapi berjanji akan berusaha dengan perbaiki diri.
.
Musuh politik pun tiada point untuk membantai. Kerana Covid19 ini isu baru yang tidak pernah ditangani sebelum ini. Berbeza sangat.
.
Pembangkang ketandusan cara. Bila PM kelihatan seperti menyebelahi rakyat, habis semua cybertrooper kena hentam balik. Tiada isu yang recycle seperti kasut sekolah, wang sara diri dan bantuan kerajaan seperti kerajaan terdahulu.
.
Mood rakyat cool sahaja ketika ini. Ini adalah faktor kenapa orang rasa tenang. Kita mudah rasa senang dengan daya lembut dan memujuk begini.
.
Apapun, perjalanan politik beliau masih jauh. Terlalu awal untuk nilaikan pretasi sebenar. Tetapi Covid-19 cabaran pertama menguji kebijaksanaan politik Perdana Menteri Malaysia yang bernama TS Muhyiddin Yassin.
.
Jom kita sama-sama doakan supaya pemimpin kita diberi hidayah dan petunjuk dalam mengemudi perjalanan pembangunan negara.

Amin Ya Rabb.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.