Oleh Malek Saiful Muda
KETIKA semua orang bercakap soal politik wang dalam Umno, pelbagai kelemahan dalam parti pemerintah ini, tiba-tiba muncul seorang anak muda, bernama Khairy Jamaluddin di Wacana Perdana, dekat Balai Islam Kota Bharu, Kelantan bercakap soal gabungan Pakatan Rakyat antara Pas, DAP dan PKR retak menanti belah.
Anak muda ini, yang merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, seperti mahu disisihkan dari hirerki kepimpinan Umno. Bukan kerana beliau tidak bagus tetapi kerana kecemburuan yang menyaluti minda orang-orang Umno, termasuk pembangkang.
Bila orang-orang Umno menyerang anak muda bernama Khairy Jamaluddin ini, pembangkang pun akan menyerang sama. Biasalah, tentuya tiada siapa yang mahu mempertahankan Khairy Jamaluddin kerana mempertahankannya ibarat satu dosa besar pula.
Yang peliknya, ketika menyerangnya, memfitnahnya dan mengutuknya, tidak dianggap sebagai dosa sebaliknya jika mempertahankannya, ia diibaratkan sebagai dosa pula. Hari ini, ketika menjadi penalis dalam Wacana Perdana, lontaran hujah Khairy Jamaluddin memerangkap Pas, DAP dan Parti Keadilan. Ketiga-tiga parti ini sedang bertelagah ekoran lontaran hujah Khairy Jamaluddin.
Siapa orang lain yang beria-ia sangat hendak bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno mampu melakukan seperti apa yang dilakukan Khairy Jamaluddin? Kenapa sekarang kebolehan anak muda yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan ini tidak mahu diperkatakan? Mana suara Tun Dr. Mahathir Mohamad yang selama ini menjadikan Khairy Jamaluddin sebagai sasaran pelurunya?
Inilah masalah kita, orang-orang Melayu. Kita lebih suka membicarakan hal buruk orang tetapi baiknya kita senyapkan sahaja. Tiada siapa, termasuk para pemimpin yang kanan dalam Umno mampu menampilkan diri, berhujah secara berani di celah-celah ribuan penyokong Pas, dengan tempik dan sorak mengejek, boleh bercakap dengan lancer dan tenang, walaupun sesekali kelihatan emosional.
Beranikah Pas menjemput Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi penalis seperti Wacana Perdana ini? Walaupun Pas menyediakan penalisnya Datuk Husam Musa dan seorang lagi, Prof Madya Abd Aziz Bari yang lebih mirip kepada pembangkang, tetapi Khairy Jamaluddin bukan calang-calang pemidato. Khabarnya, moderator, Prof Madya Mohamad Agus Yusof, seorang anak Kelantan juga berusaha memerangkap Khairy Jamaluddin dengan soalan-soalannya namun, dia pun silap kerana dia ingat di menjadi moderator budak-budak sekolah menengah berbahas.
Sebagai seorang peminat dan pengikut politik di Malaysia, saya tidak dapat menahan perasaan saya untuk mengatakan saya cukup berbangga melihat kepetahan Khairy Jamaluddin berhujah. Malahan, saya mengkaguminya walaupun selama ini saya tidak pernah mendengar cerita baik mengenai Khairy Jamaluddin dari mulut orang-orang politik dan mulut orang-orang Umno yang saya temui.
Selama ini, saya juga hampir-hampir terpengaruh dengan cerita kawan-kawan, kononnya Khairy Jamaluddin akan menjadi beban kepada Umno. Khairy Jamaluddin tidak akan mampu menjadi pemimpin besar Umno. Khairy Jamaluddin bukan pelapis dalam Umno. Khairy Jamaluddin buruk, seburuk-buruknya.
Hari ini, saya dengan penuh gagah, mahu berdepan dengan kawan-kawan, kenalan dan orang-orang yang selama ini mengatakan kepada saya Khairy Jamaluddin tidak baik, tidak berguna dan tidak layak dijadikan pemimpin. Saya mahu berhujah dengan mereka, walaupun mungkin hujah saya tidak sehebat hujah Khairy Jamaluddin 'memukul' Pas, Husam, Aziz Bari dan Agus tetapi sekurang-kurangnya, saya tahu Khairy Jamaluddin adalah potensial kepimpinan Umno.
Baru sekali Khairy Jamaluddin 'menyerang' - huru-hara Pas, PKR dan DAP dibuatnya. Sibuk Presiden Pas mengatakan, "saya akan merujuk dulu kepada Datuk Husam Musa mengenai apa yang diperkatakannya berkaitan Hudud."
Ketua Menteri Pulau Pinang sudah menyatakan pendiriannya, DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan Hudud manakala Tian Chua dari PKR pula mengatakan perlaksaan Hudud merupakan sesuatu yang menyalahi persefahama dalam Pakatan Rakyat.
Khairy Jamaluddin juga menyerang Pas mengenai krisis dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat. Husam mengakuinya dan sekaligus mendedahkan bahawa ketiga-tiga parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat ini memang tidak sefahaman. Ketika mereka menyerang Barisan Nasional, sebenarnya mereka mahu menutup apa yang badai yang melanda gabuangan mereka.
Saya mengharapkan Umno membenarkan Khairy Jamaluddin terus mewakili Umno untuk menjadi penalis di mana-mana sahaja Wacana, Debat ataupun atas apa nama sekali pun kerana melalui Khairy Jamaluddin, Umno akan dapat menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa perjuangan Umno jauh lebih tulin dari perjuangan DAP, PKR dan Pas yang hanya menggunakan satu-satu isu, untuk tujan sementara.
Jika Pas berkempen di kawasan orang-orang Melayu, mereka akan mengambarkan mereka jauh lebih Islam dari orang-orang Umno. Tetapi apabila mereka berkempen di kawasan orang-orang Cina, mereka akan mengambarkan bahawa mereka jauh lebih rasional dalam soal-soal perkauman dari orang-orang Umno.
Begitu juga seterusnya, jika mereka berada satu pentas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba-tiba pemimpin-pemimpin Pas ini akan menjadi kecut, sekecut-kecutnya kerana mereka takutkan orang-orang Anwar dalam Pas, jika mereka tersilap perhitungan bercakap soal-soal Islam, perpaduan dan perkauman.
prokhairy.com
Beranikah Pas undang lagi KJ dalam program lain?
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
December
(18)
- Pas dibidas kerana tolak Pewaris
- Antara KJ & Husam
- Kapten Zahar memang patut keluar UMNO
- Beranikah Pas undang lagi KJ dalam program lain?
- Pemimpin PAS Husam takut dengan gertak DAP
- Kehadiran KJ di Wacana Transformasi Politik Malays...
- Wacana Transformasi Politik -KJ berani
- Fitnah dah jadi perkara biasa bila ada pertandingan
- Wan Ahmad Farid calon taruhan BN
- Tahniah Pak Lah dan KJ
- Adakah benar sokongan Muhkriz tidak luntur??
- Fairus sembunyi dan sukar ditemui
- BN mampu menang di Kuala Terengganu pada 17 Januari
- Datuk Shah Rukh Khan
- Cerita disebalik Soi Lek & ketuanan Melayu..
- Apabila Muhkriz BERANI BERUBAH ..lain pulak jadinya.
- Ketuanan Melayu adalah Institusi Raja...mereka yan...
- PPP dan Kayveas diminta blah segera dari BN !!
-
▼
December
(18)