Harga Minyak Petrol, LPG , Diesel tak naik , Pakatan memang sah penipu !

on Wednesday, May 25, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis.

Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.



“Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

“Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.

Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON 95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak.


Komen PB 

Terima kasih kepada Perdana Menteri DS Najib dan barisan kabinet yang membuat keputusan untuk  mengekalkan harga semasa minyak bagi petrol ,LPG dan diesel  . Walaupun pelbagai progpaganda oleh Pakatan Rakyat  serta portal pro pembangkang yang memainkan isu harga minyak akan dinaikkan  , tetapi tenyata hari ini cakap  mereka hanya lah satu pembohongan .

PB juga ingin mengucapkan syabas kepada Pemuda UMNO Malaysia pimpinan  Khairy Jamaluddin yang memainkan peranan penting sebagai pendesak dan membawa suara rakyat  jika subsidi minyak ini dikurangkan .

Terima kasih Kerajaan BN .. bukti Rakyat didahulukan dikotakan !


One Response

  1. Anonymous says:

    Mendengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan, itulah yang terjadi kepada pakatan haram jadah ni, mungkin ada ura-ura nak naikan harga oleh PEMANDU tapi bila sampai ke kabinet diputuskan tak naik, jadi pakatan haramjadah sudah kena main..padan muka depa.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.