Impian PKR tawan Pahang berkecai , Azan letak jawatan !!

on Tuesday, January 26, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Ahli Parlimen PKR Azan Ismail semalam membuat tindakan drastik dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang .klik di sini

Menurut sumber , antara sebab perletakan jawatannya adalah disebabkan berlaku penyelewengN dalam pengurusan kewangan dan kutipan derma serta isu "cah keting" !!

"Saya antara ahli parti yang menegur kerajaan negeri Pahang serta kerajaan pusat terutama berkaitan laporan audit, (tapi) apabila dalam parti (sendiri) ada elemen sebegini, ini tidak betul dan saya membuat teguran," katanya.

Jelas sekali Azan sebenarnya mempunyai masalah dengan Pengerusi PKR Pahang iaitu Datuk Fauzi Abd Rahman . Berlaku politik cas keting dalam PKR Pahang hingga memberi tekanan terhadap dirinya membuatkan beliau ingin meletak jawatan. Nampaknya Azan sendiri sudah tidak tahan dengan politik dalam PKR yang sebenarnya sudah tahap teruk membuatkan beliau mengambil keputusan dengan meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi dan Pengerusi Biro Keahlian PKR .

Perletakkan jawatan ini pastinya memberi tamparan hebat kepada Anwar ,Fauzi dan Fuziah yang baru sahaja melakukan Konvensyen di sana dan melancarkan misi menawan Pahang pada PRU 13 ini . Harapan mereka kini berkecai dengan perletakkan Azan dan masalah dalaman PKR kini sudah didedahkan .

Bukan sahaja berlaku di Pahang ,malah baru -baru ini di Selangor iaitu Bahagian PKR Kuala Selangor yang dipimpin oleh MB Selangor membubarkan bahagian mereka . Di Pulau Pinang juga turut sama masalah dalaman hingga Anwar Al Juburi membuat rombakan dengan menukar jawatan Pengerusi PKR Negeri PP Datuk Zahrain Hashim kepada Dr Mansor Othman .

PKR sebenarnya mempunyai banyak masalah dalaman, korup ,penyelewengan ,cas keting dalam parti mereka tetapi untuk menutup segala kesalahan dan menonjolkan betapa suci murninya parti mereka menuding jari semua ini kepada UMNO kononnya ini perbuatan UMNO .PB setuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri , TS Muhyiddin Yassin iaitu yang meramalkan ramai lagi ahli dan pemimpin PKR akan meletakkan jawatan kerana kecewa dengan kepimpinan parti .


2 Responses

  1. ZULKEFLI says:

    bila lagi nak bubar cabang indramahkota-taniah kepada yb Azan.

  2. Salam bro, tanda-tanda PKR berkubur bersama Anwar di penjara Sungai Buluh telah bermula.......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.