Nik Aziz bengang isu cas keting disensasikan ..

on Saturday, January 23, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KOTA BHARU 22 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berang dengan laporan berlakunya ‘cah keting’ atau cantas mencantas dalam Pas sebagaimana yang tersiar dalam media minggu ini.

Mursyidul Am Pas itu dalam nada yang keras menegaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk menyebut ia berlaku dalam Pas sebaliknya mengatakan ia wujud di semua peringkat dalam masyarakat termasuk dalam parti lain. Katanya laporan yang hanya mengaitkan parti itu dengan 'cah keting' adalah tindakan yang bersifat ‘khianat’.

“'Cah keting' tak semesti ada dengan Pas, tidak ada niat sedikit habuk saya sebut Pas ni ada 'cah keting.


“'Cah keting' laki bini (suami isteri) ada 'cah keting', kenapa tuju kepada Pas sahaja, laki bini cerai sebab cah keting lah, bini nama Limah, ngorat Mek Jenab, akhir jadi cerai, cah ketinglah tu orang panggil. (Media) tak sebut.


“Dalam syarikat kongsi empat, lima orang lama-lama bankrap, kerana apa, ada seorang cah keting, (tetapi) tidak sebut pun, sebut-sebut Pas,” katanya ketika mengampaikan kuliah mingguan di perkarangan Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan hari ini. -



Komen PB

PB sudah menjangka Nik Aziz pasti U turn balik kenyataannya di dalam isu berlaku Cas keting dalam PAS . Mengapa Nik Aziz melenting sangat bila sentuh Cas keting dalam PAS ?? Kalau dalam UMNO ,bukan main lagi hebat mulut depa mengutuk UMNO . Double standard betul !!

Cakap la terus terang Nik Aziz sebenarnya yang bimbang budaya Cas Keting ini kerana ia mengugat kedudukan beliau di kerusi MB Kelantan . Jangan dok tuding jadi menyalahkan media dan semua orang pun tahu cas keting memang berlaku dalam PAS .


One Response

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.