Hari ini Pemuda UMNO ,bersama MIC , PPP , Makhal Sakti , PERKASA , NGO- NGO dan blogger menyerahkan memorandum menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan 50 anggota Parlimen Australia yang jelas ada niat untuk campur tangan dalam hal ehwal kehakiman negara .
Syabas kepada Pemuda UMNO kerana telah menunjukkan keberanian sebenar . Jangan takut dan kita gegarkan suara rakyat yang cinta kepada negara ini demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara daripada campur tangan negara asing . Tindakan 50 anggota Parlimen Australia yang menghantar memorandum kepada kerajaan Malaysia ini menunjukkan negara Kangaroo ini telah mencerobohi batasan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka seperti Malaysia .
Penyerahan memorandum di kedutaan Australia ini merupakan amaran keras oleh rakyat Malaysia kepada negara itu supaya menghormati kedaulatan negara Malaysia .
"Malaysia adalah negara yang berdaulat. Dengan adanya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, kita tidak terima langsung apa saja usaha, apa saja tindakan yang kita anggap sebagai campur tangan daripada pihak Australia, luar negara dan asing dalam hal ehwal negara kita," Khairy Jamaluddin KP UMNO Malaysia
"Kami mahu memastikan mereka melakukan ini buat kali terakhir. Kami akan terus bantah jika mereka tidak berhenti di sini. Ini ingatan keras kepada semua Anggota Parlimen Australia," Presiden Makkal Sakti
"Kita meminta dengan sekeras-kerasnya. Mereka tidak ada hak mencampuri negara Malaysia. Mana-mana pihak yang cuba mencampuri, kita akan memberi tentangan yang tidak ada hentinya. Kita adalah negara berdaulat.Mana-mana pihak berhak untuk menyuarakan (pendapat), tapi pada kita apa yang dikatakan ialah tempat dan masa yang salah," Datuk Bung Moktar Raden , Ahli Parlimen Kinabatangan
GANYANG AUSTRALIA - 'BUY AUSTRALIAN LAST'..