Seluar dalam Levi dihadiahkan Anwar dan tiub KY Jelly

on Saturday, February 6, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 5 Feb. - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, dia memakai seluar panjang hitam yang dihadiahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa kejadian tersebut.

Keterangan tersebut menyebabkan orang ramai di galeri awam secara spontan menyebut 'Oohh' sementara Ketua Pembangkang itu yang khusyuk menulis di kandang tertuduh turut memandang ke arah bekas pembantu peribadinya itu.

Seketika kemudian, Anwar menoleh ke belakang dan menyatakan sesuatu kepada isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.

Menurut Mohd. Saiful Bukhari Azlan, seluar hitam tidak berjenama itu kemudian diserahkan kepada pihak polis semasa berada di bilik tidur rumahnya di Bandar Utama, dekat sini.

Turut diserahkan ketika itu ialah kemeja lengan panjang warna hijau jenama G2000 dan sehelai seluar dalam LEVI'S warna kelabu yang dipakai semasa dia membuat laporan polis pada 28 Jun 2008.

''Seluar dalam LEVI'S warna biru gelap yang dipakai pada hari kejadian, diserahkan di rumah tunang saya diambil di mesin basuh,'' katanya semasa disoal oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Saksi pendakwa itu turut memberitahu, dia menyerahkan baju berwarna biru jenama Ralph Lauren yang dipakai semasa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat pada 29 Jun 2008 semasa berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Setiap barang-barang kes tersebut dikeluarkan satu-persatu dari sampul surat dan ditunjukkan kepada Mohd. Saiful Bukhari untuk pengecaman sebelum ditunjukkan kepada pihak pembelaan.

Sewaktu seorang anggota polis menunjukkan seluar dalam untuk tujuan pengecaman, terdengar suara-suara sumbang menyebut 'cium' dan 'wangi'.

Turut dikemukakan sebagai barang-barang kes ialah 12 contoh spesimen yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari.

Ia termasuk calitan putik kapas (swab) yang diambil daripada kawasan dubur, bawah lidah, kawasan puting, kawasan tonsil, sampel darah untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) serta sampel darah untuk ujian alkohol dan toksikologi.

Mohd. Saiful Bukhari berkata, semasa pemeriksaan tersebut, gambar muka, badan, kemaluan, kaki dan belakang badan juga diambil.

Sebelum prosiding hari ini berakhir, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan di muka hadapan akhbar itu hari ini dengan keterangan gambar "Saiful menunjukkan katil tempat beliau mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah".

Karpal Singh (KS): Bagaimanakah maklumat ini boleh bocor? Begitu juga dalam Sinar Harian.

Mohd. Yusof: Saya percaya ada jurugambar yang masuk ketika prosiding melawat di tempat kejadian di kondominium itu, tetapi apa yang dipersetujui, apa yang diberitahu oleh saksi pendakwa pertama (Mohd. Saiful) telah tiada bantahan.

KS: Akhbar berkenaan menggunakan perkataan 'katil' dan bukan 'tempat' dan itu bukanlah apa yang berlaku semasa prosiding mahkamah terbuka.

Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak nampak sebarang tindakan menghina mahkamah berhubung laporan Utusan Malaysia dan Sinar Harian itu memandangkan perkataan 'katil' telah pun disebut semasa prosiding mahkamah terbuka.

Kedua-dua akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian menggunakan gambar Bernama, iaitu satu-satunya wakil media yang dibenarkan berada di unit kondominium tempat kejadian berlaku.








baca juga link di sini

Live dari mahkamah - hari ke 3

Pendedahan sebenar perangai CIFUT BABI - House PK

Anwar minta pertolongan reformis yang diketepikan macam Sampah !!


Saiful terus tabah dan steady

Laporan Pusrawi palsu


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.