..

..

Mengapa Dr Mazlan perlu disokong tanding Timb Ketua Umno Bahagian Prmtg Pauh ??

on Thursday, September 26, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

 - Pengalaman ketika bersama Telekom Malaysia (TM) serta menjadi ahli Pas selama lebih 20 tahun akan digunakan sebaik-baiknya oleh Dr. Mazlan Ismail untuk membantu keperluan parti sekiranya menang dalam pemilihan UMNO bahagian bulan depan.  

Menurut Mazlan, keputusan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dibuat kerana beliau yakin mampu menyumbang kepada parti serta mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

 Selain itu, pengalamannya ketika bekerjasama dengan jentera parti ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 juga amat bermakna dalam membantu memartabatkan lagi UMNO.

 "Saya yakin dengan sokongan dari akar umbi serta berbekal pengalaman dalam dunia korporat di Telekom Malaysia serta sebagai ahli Pas selama lebih 20 tahun boleh digunakan untuk membantu UMNO bahagian ini.

 "Malah, masa pilihan raya umum lalu, tempoh berkempen hanya 15 hari, namun saya berjaya menarik undi lebih 10,000 orang, jadi untuk pemilihan bahagian ini, kempen lebih lama," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Turut hadir ialah pengarang buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Mazlan akan berhadapan dengan penyandang jawatan itu, Datuk Nasir Abdullah dan bekas calon Barisan Nasional (BN) Penanti, Ibrahim Ahmad. -Utusan Malaysia


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.