Walaupun Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menafikan penubuhannya adalah untuk membantu jentera kempen politik pilihan raya Pakatan Rakyat , tetapi kebenarannya mereka mahu hasut mahasiswa sokong pembangkang .
Kalau dah nama pun GM13 , itu bukan nak pejuangkan mahasiswa tetapi ke arah pilihanraya bagi menjatuhkan kerajaan .Siap nak round seluruh Malaysia lagi untuk kempen seperti mana ceramah Pakatan . Persoalannya , mana puak-puak GM13 ini dapat dana ??
Setakat nak kutip2 duit sesama mereka ..nak makan pun tak lepas untuk pusing satu Malaysia ..
Dalangnya tidak lain tidak bukan adalah puak-puak pembangkang la demi nak menarik sokongan golongan mahasiswa menyokong mereka di PRU 13.
Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berkata GM13 ditubuhkan adalah untuk membuka pentas pidato di beberapa kawasan strategik bagi menjelaskan tentang penindasan terhadap mahasiswa. Beliau berkata, GM13 akan mengadakan siri penjelajahan bersama 'Lori Mahasiswa' bermula 20 Januari sehingga penghujung Januari ini ke semua negeri di Malaysia.
"Kami bukan membantu mana-mana kempen parti politik. Kami hanya mahu mahasiswa sedar akan hak-hak mereka," katanya ketika pelancaran gerakan tersebut di Dataran Merdeka, hari ini. Turut bersama GM13 adalah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), dan sembilan persatuan mahasiswa yang lain.
Orang lain sebok cari ilmu ,awak dok sbok nak kempen!kalau menang PR yang kauorang sokong,tapi kelulusan hampa HAMPAS,ada diorang peduli!
Pantun Melayu lama ada beri kita ingatan:
DENGAR CAKAP ENGGANG
MAKAN BUAH BELOLOK
DENGAR PENGARUH ORANG
TERJUN MASOK LUBUK!