..

..

Hot! Guan Eng diberi tempoh 48 jam minta maaf isu kalimah Allah !

on Friday, January 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda hari ini mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.

Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata, mereka memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada masyarakat Islam.

"Kami juga mahu dia (Lim) menghormati masyarakat Islam negara ini sebagaimana kita menghormati bangsa lain," katanya kepada pemberita.

Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam.

"Kita tidak mahu nama ALLAH digunakan di dalam Bible," katanya. - Bernama


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.