FB Silbi Natiays@Iblis Syaitan rupanya juruteknik ditahan sebar berita palsu banjir

on Thursday, January 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Polis Kelantan menahan seorang juruteknik lelaki berusia 37 tahun yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir melalui laman sosial Facebook.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kuantan, Pahang, pada 10 pagi semalam.
“Suspek dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui laman sosial Facebook kononnya bekalan makanan yang dibawa sebuah badan bukan kerajaan untuk dihantar ke Kuala Krai telah disekat oleh pihak berkuasa.
“Perkara ini menjadi viral pada 27 Disember lepas dan kita telah buat laporan pada 29 Disember seterusnya menahan seorang lelaki yang juga seorang juruteknik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman.
Mazlan berkata, lelaki itu kini direman tiga hari sejak semalam bagi membantu siasatan.
Menurut Mazlan polis kini sedang menjejaki seorang lagi lelaki berusia 30-an kerana dipercayai menyebarkan maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp.
“Kita telah kenal pasti suspek dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat…suspek dipercayai menyebarkan maklumat kononnya terdapat mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai,” katanya.
Mazlan berkata kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA
+++
Punyalah banyak nama pena yang baik dan indah bunyinya boleh dipilih untuk akaun sosial facebook, nama Silbi Natiays atau bila diterbalikkan ia berbunyi Iblis Syaitan juga yang dipilihnya.
 Ini punya orang kalau dah Iblis Syaitan nama penanya dah tentulah pengikut taksub pembangkang ..


One Response

  1. Anonymous says:

    Sedap mulut je iblis ni mereka fitnah... hah... pasti kecut perut skarang... makan tak kenyang tido tak lena...
    .rasakan !

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.