PAKAR CAKAP PUNCA BANJIR TERUK KELANTAN SEBAB TEBANG BALAK #BANJIRMOVE

on Thursday, January 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pakar alam sekitar mendakwa aktiviti pembalakan di Kelantan untuk program dipanggil ladang rakyat adalah punca banjir besar melanda negeri Pantai Timur. Dakwaan itu susulan daripada penafian Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob projek pembalakan kerajaan negeri menjejaskan 100,000 penduduk, ‎dengan menyatakan ia berpunca daripada pembersihan tanah secara haram. Mereka mendakwa program tersebut menyebabkan kesan besar terhadap hutan di Gua Musang dan Kuala Krai iaitu dua daerah paling teruk terjejas dan juga dikenal pasti antara kawasan pelaksanaan ladang getah klon balak (LTC).

 Ia merupakan sejenis pokok getah yang ditanam untuk penghasilan kayu balak. Penebangan secara berterusan sejak program itu bermula pada 2006 menyebabkan tanah dan serpihan mengalir dan memendapkan sungai seperti di Sungai Galas, Lebir dan Kelantan yang melalui Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Baru. Air dari sungai yang tersumbat itu kemudian menyebabkan ia melimpah hingga menjadi banjir ketika hujan lebat pada Disember.

 Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan dakwaan itu dengan berkata kerajaan negeri sentiasa menghadkan kawalan penebangan kawasan hutan seperti ditetapkan Putrajaya.

Tauke balak DAP juga kaya raya , yang merana rakyat Kelantan 



 Program pengurangan kemiskinan Laporan media sebelum ini menyatakan program itu meliputi kawasan lebih 70,000 hektar di Kelantan bagi membangunkan ladang tersebut. Kerajaan negeri mendakwa program tersebut dapat mengurangkan kemiskinan di negeri itu dan rakyat berpendapatan rendah yang menyertai skim peladangan akan mendapat dividen tahunan sebanyak RM200.

 Program itu dijalankan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan yang memiliki tanah tersebut. Ladang Rakyat dikritik kerana mengambil tanah daripada pemilik persendirian termasuk tanah adat Orang Asli.

 Ketua Audit Negara mengkritik program ladang rakyat dalam laporannya pada 2012 kerana menceroboh tanah adat Orang Asli. Apabila membabitkan ladang rakyat dengan banjir, pakar alam sekitar percaya ia ‎mempunyai kaitan dengan tindakan mengambil tanah dari kawasan hutan simpan negeri bagi projek tersebut.

 Pakar perhutanan Lim Teck Wyn berkata mengikut undang-undang 1984, kawasan hutan simpan simpan negeri hanya boleh digunakan aktiviti ‎pengeluaran kayu. Apa saja berkaitan dengan pertanian, menanam beras, buah atau minyak kelapa sawit dilarang.

 "Penebangan di hutan melibatkan jenis pokok tertentu dan anda hanya menebang dan mengambil pokok balak seperti cengal dan meranti tanpa menjejaskan hutan," kata Lim kepada The Malaysian Insider. ‎Lim berkata dalam tempoh 10 tahun, kerajaan negeri tidak mengendahkan saranan Jabatan Perhutanan dengan meneruskan projek LTC tersebut.

 "Mereka mendakwa ladang LTC ini digunakan untuk membekalkan kayu balak," kata Lim. Ia menyaksikan perdebatan apabila undang-undang 1984 bagi kawasan hutan simpan negeri masih digunakan untuk membekalkan kayu balak.

 ‎Katanya melihat daripada sudut ekologi aktiviti pembersihan hutan bagi membina ladang menyebabkan tanah terhad dan menjadikan sungai cetek.

 "Dan Kelantan mempunyai kadar pembersihan hutan simpan negeri paling tinggi di Semenanjung Malaysia," katanya.

 Ramalan Orang Asli 

 Penduduk yang pertama kali merasa impak kerana aktiviti pembersihan hutan adalah masyarakat Orang Asli di Gua Musang. ‎Sejak 2012, media seperti New Straits Times, The Star and the Malaysiakini melaporkan bagaimana mereka menentang aktiviti tersebut di atas tanah adat mereka. 

"Orang Asli biasanya berdaya tahan tapi mereka juga terkejut dengan paras air banjir mendadak," kata Colin Nicholas daripada Center for Orang Asli Concerns (COAC). COAC merupakan gerakan yang menghantar bekalan kepada Orang Asli di Kelantan apabila kampung mereka terputus hubungan akibat banjir.

 ‎Lim berkata, paras air banjir mendadak adalah punca daripada aktiviti pembersihan hutan. ‎"Di sebuah kampung, air naik dengan begitu cepat dan seorang ibu terjatuhkan bayinya semasa mereka sedang menyelamatkan diri," katanya.

 Nicholas berkata bayi tersebut diselamatkan namun mati beberapa hari selepas itu kerana demam dipercayai akibat tenggelam dalam air. ‎Sebanyak lapan kes dilaporkan membabitkan Orang Asli menentang kerajaan negeri dan dibawa ke mahkamah, setengahnya membabitkan pencerobohan tanah adat bagi projek ladang rakyat. Nicholas berkata akibat pembersihan tanah dirasai Orang Asli yang menjangkakan bencana itu.

 ‎"Kadar pembersihan hutan meningkat selepas projek ladang rakyat dijalankan," katanya. Cuaca yang tidak normal tapi bukan hakisan Amar mengakui Kelantan melakukan aktiviti pembersihan hutan tapi menafikan ianya menjadi punca banjir teruk.

 "Kita ada data negeri beberapa hari ini mengalami cuaca luar biasa, hujan berterusan. "

Terdapat dua hari bilangan air hujan bersamaan dengan jumlah hujan yang dialami Kelantan pada sebulan tahun lepas," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Katanya air banjir juga terus meningkat akibat air pasang.‎ Memetik laporan daripada pakar iklim berkata gabungan monsun akhir tahun, air pasang dan fenomena La Nina menyumbang kepada banjir luar biasa di Pantai Timur.

 Mengenai dakwaan keluasan tanah hutan digantikan dengan ladang rakyat beliau berkata Kelantan menghadkan dengan 5,960 hektar seperti ditetapkan Majlis Tanah Negara. "Lesen pembalakan dan membawa keluar pokok diberikan Jabatan Perhutanan Negeri dan ia perlu dijawab jabatan persekutuan

, "Kita terdekat di antara peraturan pembatalan di kawasan hutan simpan negeri dan tanah kerajaan negeri," katanya. ‎Amar mengakui sungai utama di Kelantan semakin mengecil namun menafikan ia berpunca daripada aktiviti pembersihan hutan,

 ‎"Ini adalah kerana tidak ada air dalam sungai, jadi pasir di dasarnya tidak ditolak keluar ke dalam laut dan menjadi cetek,” katanya. Katanya banjir di Kelantan adalah situasi tahunan biasa yang berlaku namun tahun ini paling teruk kerana hujan luar biasa.

 "Pada 1962 kita dilanda dengan bah merah dan ia adalah paling buruk namun ketika itu tidak ada aktivit pembangunan," katanya. – 4 Januari, 2015.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.