SERBUAN JAIS : SYABAS MB SELANGOR BERANI PERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM

on Tuesday, June 3, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 JAIS di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun pernah dikecam hebat dahulu oleh komponen PR iaitu  DAP/ PAS / PKR kerana tindakan menegakkan syariat Islam namun JAIS tetap komited dalam memelihara kesucian agama Islam seperti  dalam kes terbaru ini.

Sebagai  Ketua Eksekutuf Negeri Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pasti dimaklumkan dan merestui tindakan JAIS ini.

Syabas kepada TS Khalid kerana walaupun tidak berjanggut dan selalu berkopiah macam Khalid Samad namun ternyata jiwanya  besar dan berani dalam mempertahankan kesucian agama Islam walaupun akan dimaki hamun dan dicerca oleh rakan rakan sejawat dr PR.

Sesungguhnya kita perlu tauladani di sini bahawa Orang yang menampilkan imej Islam berjanggut, beserban dan punyai ilmu agama yang tinggi pandai bersyarah belum tentu sama nilainya disisi Allah swt dengan orang Islam biasa yang walaupun tidak tinggi ilmu agamanya tetapi   berjihad utk memperjuangkan dan mempertahankan kesucian agama Islam.





One Response

  1. Anonymous says:

    Setuju. Sebagai seorang beragama Islam kita kena tetap pendirian. Kalau haram ia tetap haram dan kalau tidak dibenarkan dlm Islam ia tetap tidak boleh . Tapi ada puak di negara ini sekarang meletakkan politik mengatasi kesucian Islam walaupun jubah mereka meleret ketanah dan serban hijau mereka sebesar baldi. Mereka bersikap seperti sesumpah demi kelangsungan politik kepartian.. Dalam Islam puak puak ini dikatogori sebagai munafik. Dalam Islam memerangi puak munafik ini adalah lebih sukar daripada memerangi golongan kafirun kerana mereka berwajah auliah Islam yg bertasbih dan berkhatib di membar- membar. Moga Allah melindungi Islam dinegara ku tercinta ini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.