Nasib remaja orang kelainan upaya (OKU),Muhammad Firdaus Dullah,15,yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam serbuan Imigresen di Nilai akan dibela Wanita UMNO.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita UMNO sedia menimbang untuk mengambil remaja berkenaan menjadi anak angkat seandainya tiada pihak mahu menjaganya.
"Dari segi penjagaan,kita sedia untuk mengambil Firdaus sebagai anak angkat. Selepas kisahnya disiarkan media, saya rasa terpanggil untuk membuat lawatan.
"Kita ada 1.3 juta ahli di seluruh negara, kita mahu orang ramai membuat laporan terus kepada Wanita UMNO jika takut untuk menghubungi agensi penguatkuasa seandainya ada kes seumpama ini lagi," katanya.
Shahrizat berkata demikian semasa sidang media selepas melawat Firdaus di Hospital Tunku Jaafar di sini.
Bila dah terdedah camni barulah masing2 nak tunjuk baik. Nak jadikan anak angkat bagai... Habis camna OKU yg masih tidak terdedah lagi? Sapa yg nak jadikan anak angkat. Ini bukan caranya, 1 kes berlaku berebut2 hulur bantuan nak tunjuk baik tapi yg bersepah2 OKU lain tidak dipedulikan. Patutnya kerajaan dan badan2 cam Wanita UMNO ni cari 1 penyelesaian utk semua warga OKU dinegara kita. Masih banyak OKU malang terbiar cuma belum@tidak terdedah lagi.
Baguih kak ijat....
Aku rasa elok tolong mak budak ni dulu. Kasi upkan kehidupan dia baru bole bela budak tu.