Susulan penyebaran gambar dan video berkenaan dakwaan pasangan suami isteri dihalang menaiki pesawat AirAsia ke Kuala Terengganu ekoran wanita tersebut hamil dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan daripada doktor, syarikat penerbangan tambang murah itu tampil memberi kenyataan.
Menurut jurucakap AirAsia Berhad, penumpang hamil perlu mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka.
"Penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan AK6220 dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 21 Jun itu hamil 28 minggu dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan dari doktor yang menyatakan beliau sihat untuk menaiki penerbangan tersebut seperti yang ditetapkan oleh syarat dan terma penerbangan.
"Sehubungan itu, pihak penerbangan tidak dapat membenarkan beliau menaiki pesawat atas sebab keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.
Namun begitu, AirAsia menegaskan bahawa pihaknya telah menyediakan penginapan dan mengganti penerbangan keesokannya selepas penumpang tersebut memperoleh surat pengesahan doktor.
"AirAsia sediakan penginapan percuma dan menggantikan penerbangan mereka kepada keesokan harinya tanpa sebarang caj tambahan dan penumpang boleh menaiki penerbang selepas mendapat surat pengesahan doktor," katanya.
Sejak kelmarin, video dan gambar tentang pasangan suami isteri yang mendakwa dilarang menaiki penerbangan Air Asia ke Kuala Terengganu menjadi viral di media sosial.
Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nasran dan Nadiah bersama anak mereka itu tiba di Kuala Lumpur dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Incheon, Korea Selatan, 4.30 petang, hari yang sama.
Mereka dikatakan bergegas pulang ke Malaysia selepas dikhabarkan bapa Nadiah meninggal dunia di Terengganu.
“Dari Incheon kami dapat ke KLIA selepas melalui pemeriksaan yang ketat. Namun tiada penerbangan MAS terus ke Kuala Terengganu dan penerbangan lain pula, Firefly tapi kena pergi ke Subang, ia agak jauh.
“Memandangkan isteri saya hamil dan sangat letih malah secara emosi tidak stabil kerana bapanya meninggal dunia. Sebab itu kami cuba yang terbaik untuk mengejar penerbangan terakhir Air Asia. Kami ‘check in’ tiket yang dibeli secara online dan ke kaunter untuk dapatkan ‘boarding pass’. Saya tunjuk isteri (yang sedang hamil) dan anak saya,” katanya yang dipetik dari sebuah video yang tersebar di laman sosial.
Nasran menegaskan sanggup mengambil sebarang risiko jika berlaku sesuatu ke atas isterinya asalkan diberi kebenaran menaiki pesawat AirAsia tersebut.
“Di pintu terakhir, kami tidak dibenarkan masuk. Mereka kata kami kena dapatkan surat pengesahan kesihatan. (Tapi) di Korea, isteri saya tidak memerlukan apa-apa surat. Ini situasi kecemasan. Hari Jumaat jam 5.30 petang, bagaimana saya nak ke hospital untuk mendapatkan semuanya?
“Prosedur hanya atas kertas. Kita ini manusia. Beri saja kebenaran dan sebagai suami segala risiko saya akan tanggung. Mendarat di Malaysia pun saya sudah sangat beruntung sebab saya berjaya membawa isteri saya ke sini walaupun dia tidak dapat bertemu dengan arwah ayahnya,” katanya yang kelihatan begitu sedih.
Menurut Nasran juga, syarikat penerbangan tambang murah itu telah menawarkan hotel untuk mereka sekeluarga namun beliau menolak.
“Mereka tawarkan hotel tapi kelihatan tak begitu ikhlas. Mereka mahu membawa kami untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan malam ini (semalam) supaya mereka boleh teruskan untuk penerbangan esok (hari ini).
“Tapi kenapa penerbangan tadi (Jumaat lalu) isteri saya tak dibenarkan naik pesawat tapi esok (kelmarin) boleh?,” katanya.
Kemudian seorang wanita yang bersimpati dengan keadaan keluarga itu bertanya soal tawaran hotel tersebut, Nasran menjawab, “Ini bukan sebab duit. Kalau saya mampu bawa isteri saya balik ke Malaysia, maksudnya saya mampu beli benda lain.”
Sementara di laman sosial, rata-rata orang ramai mempersoalkan tentang larangan menaiki penerbangan yang hanya memakan masa 40 minit itu sedangkan penerbangan selama lima jam dari Korea ke Malaysia dibenarkan.
Tertakluk peraturan
Namun tegas syarikat penerbangan berkenaan, pihaknya tertakluk kepada peraturan ketat membabitkan wanita hamil demi keselamatan mereka.
Kenyataan AirAsia menyebut, bagi wanita yang hamil sehingga 27 minggu, penumpang perlu memberitahu syarikat penerbangan dan menandatangani Penyata AirAsia / AirAsia X Liabiliti Terhad.
Manakala bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, penumpang perlu menyediakan sijil perubatan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan penumpang berkenaan.
"Penumpang juga akan menandatangani Penyata Liabiliti Terhad selain daripada surat doktor.
"Sebarang kehamilan yang 35 minggu dan ke atas tidak akan dibenarkan menaiki pesawat demi keselamatan dan kesejahteraan tetamu serta penumpang lain," katanya.
AirAsia merakamkan simpati ke atas kehilangan bapa penumpang tersebut.
*** Kalau peraturan ketat menjadi pegangan syarikat Air Asia dan tidak kompromi terhadap situasi kecemasan dll ...
maka GPB nasihatkan kepada yang penumpang & diri sendiri juga jika dalam keadaan demam dan wanita hamil , janganlah memilih penerbangan ini disebabkan peraturan ketat ini .
Lagi tragis kalau terkandas di negara asing & duit pulak kehabisan .. memang malang tak berbau .
Terima kasih Air Asia di atas penjelasan ini .......
Saya memang dari dulu lagi dah boikot airasia ni sebab saya tahu pemilik2 nya semua memang macam sial! LEbih baik kita sokong airline nasional kita, MAS!
Tak faham kenapa golongan Melayu masih nak support airasia yang rata rata airline yang tak menyokong Bangsa Melayu!
kasi tukar u pnya moto la airasia...not everyone can fly...hakh ptuih!
air asia tak mesra Islam,