..

..

SINDIRAN TUN DAIM KEPADA YTL YANG LUPA BANTUAN DIBERIKAN KERAJAAN

on Saturday, June 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menasihatkan semua ahli perniagaan yang berjaya di negara ini agar belajar bersyukur kerana kejayaan mereka selama ini adalah hasil daripada bantuan kerajaan.

Beliau menegaskan, golongan tersebut tidak mempunyai kedudukan untuk bersikap angkuh dengan memburuk-burukkan kerajaan sedangkan mereka mendapat banyak kemakmuran daripadanya.

"Syarikat-syarikat yang berjaya ini tidak patut memburukkan negara dan kerajaan kerana mereka ini mendapat pertolongan yang banyak. Sebaliknya, mereka perlu insaf dan bersyukur," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corp. Bhd., (YTL) Tan Sri Dr. Francis Yeoh yang dilaporkan berkata syarikatnya tidak mengamalkan unsur-unsur negatif sejak dulu dan buktinya 85 peratus daripada perniagaan YTL adalah di luar negara.

Dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia di sini kelmarin, Francis dilaporkan berkata, Malaysia perlu segera bebas daripada halangan-halangan seperti kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama jika mahu terus bersaing dan masyhur di peringkat global.
Namun begitu, Francis hari ini berkata, artikel mengenai kapitalisme kroni telah dipetik melalui gambaran yang salah dan beliau memohon maaf jika kenyataan beliau dalam artikel itu menyinggung dan memberi kesan kepada mana-mana pihak.

Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana ayat yang diucapkan pada majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia kali ketujuh baru-baru ini telah disalah tafsir seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita bahasa Inggeris, sebelum ini.

Mengulas lanjut, Daim berkata, beliau kecewa dengan tindakan memburuk-burukkan kerajaan oleh mana-mana rakyat termasuk ahli perniagaan.

"Gejala berkenaan harus dihentikan. Memang tidak sesuai bagaimana kita berjaya dengan mengaut kekayaan negara kita, tapi memburukkan kerajaan akhirnya umpama pepatah habis madu sepah dibuang," katanya.



2 Responses

  1. Anonymous says:

    Itulah akibatnya kalau kita memanjakan sangat kroni2 yg tidak tahu berterima kasih di atas segala pertolongan yg telah diberi.... Apa guna untuk dikenang & dikesali?? Sebab itulah pihak kerajaan harus berwaspada dl dalam membantu kroni..... takut2 mereka yg telah dibantu menjadi kacang yg lupa kulitnya.....

  2. Anonymous says:

    You control what you say, don't you? What a bloody excuse...biting the hand that feeds you!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.