Sejumlah 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu selamat pulang ke tanah air hari ini atas bantuan dan pembiayaan yang ditanggung oleh UMNO.
Kesemua mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang di sini pada pukul 6.18 petang hari ini dengan menggunakan pesawat penerbangan syarikat penerbangan tambang murah Arab Saudi, Flynas.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kesemua 121 jemaah berkenaan terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu apabila agensi yang membawa mereka gagal membawa mereka pulang.
"Kesemua mereka melakukan umrah sejak 21 Mei lalu menerusi agensi yang beribu pejabat di Taiping, Perak.
"Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimaklumkan mengenai kes itu telah mengarahkan agar kesemua jemaah ini dibantu dan kita menanggung kos tambang balik RM1,750 seorang," kata Abdul Azeez kepada wartawan ketika ditemui di sini petang tadi.
Menurut Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji, kesemua jemaah tersebut menunaikan umrah melaui pakej berharga RM3,700 seorang.
"Sebenarnya pakej paling murah ialah RM4,500. Jadi kalau RM3,700 itu memang tidak munasabah.
"Saya ingin nasihatkan rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan pakej-pakej umrah yang murah ini. Harga tambang kapal terbang pun tak cukup dengan pakej berkenaan," kata Abdul Azeez.
Jelas beliau, jemaah yang dibawa pulang ini adalah kumpulan terbesar yang pernah dibantu oleh UMNO. Sebelum ini kumpulan yang dibantu adalah kecil iaitu paling ramai lima orang.
Abdul Azeez, yang juga Ahli Parlimen Baling, berkata, kerajaan telahpun mewujudkan sebuah Majlis Kawal Selia Umrah bagi menagani kes-kes penipuan berkaitan ibadah tersebut.
Menurut beliau, Kementerian Pelancongan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Korperasi dan Kepenggunaan; Lembaga Tabung Haji; Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra) dan beberapa pihak lain telahpun melakukan perbincangan kaedah untuk memantau dan menyelia pakej umrah.
Abdul Azeez berkata, beliau akan membawa isu penipuan melibatkan ibadah umrah ini untuk perhatian ahli-ahli Dewan Rakyat di Parlimen tidak lama lagi.-UTUSAN ONLINE
masa susah mcm ni, mintak tolong kat kerajaan......PAS senyap jer......rasanya yg terkandas ni akan undi PAS jugak bila dah balik kampong nanti....akan ber bakul bakul la sumpah seranah mereka kpd UMNO...
kapla hotak hang.....aku kata otak sempit nnti hang marah.kata bodoh lg la hang marah. so hang habaq sat tahap otak hang tang mana.