Pergerakan Pemuda UMNO menolak sebarang campur tangan asing dalam urusan dalaman negara sekali gus mengundang kepada langkah mencabuli kedaulatan Malaysia.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga tidak boleh menerima situasi dimana kes yang dibicara oleh mahkamah di Malaysia menjadi sebahagian daripada dasar dua hala Malaysia dan Amerika.
"Sebarang usaha untuk kes Anwar Ibrahim dijadikan 'bilateral issue' oleh kerajaan Amerika akan dianggap sebagai usaha mencampur tangan dalam isu dalaman kami dan mencabuli kedaulatan Malaysia.
"Kami juga berharap tiada rakyat Malaysia yang akan mendesak mana-mana kerajaan luar untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Malaysia dalam kes ini," katanya dalam kenyataan media di dalam laman sosialnya, di sini hari ini.
Khairy mengulas petisyen yang diwujudkan di laman web White House bagi mendesak Kerajaan Amerika Syarikat untuk meletakkan kebebasan Anwar Ibrahim sebagai dasar utama hubungan dua hala antara Amerika dan Malaysia.
Petisyen tersebut dimulakan oleh bekas Duta Besar Amerika ke Malaysia, John Mallot dan hanya boleh ditandatangani warganegara Amerika sahaja.
Kata Khairy, walaupun petisyen tersebut tidak boleh dihalang kerana ia merupakan amalan demokrasi di Amerika, pihaknya menolak sebarang campur tangan asing dalam urusan dalaman negara.
"Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim tidak disekat untuk memberi sokongan kepada beliau di mahkamah dan di depan Penjara Sungai Buloh.
"Parti-parti politik yang menyokong Anwar Ibrahim bebas untuk bertanding pilihanraya akan datang. Ruang bersuara dan pentas demokrasi sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu menjuarai isu Anwar Ibrahim.
"Tetapi jangan sesekali meminta campur tangan kerajaan asing dan mencabuli maruah, kebebasan dan kedaulatan negara kita," katanya.
Amerika x perlu campur tangan hal ehwal negara lain kerana kita juga x mencampuri urusan negara mereka.
Lembu lembu mereka banyak berkeliaran di malaysia termasuk lembu lembu tempatan..cuba tanya kepala sendiri apa kesan yg terjadi di IRAQ..aman damaikah mereka setelah amerika keluar dari sana...berapa tahun perintah darurat dibuat..kamu lembu lembu nak ke kebebasan kamu disekat..sehingga kini kamu mengatakan kerajaan zalim...berapa kerap kamu ditahan untuk tidak keluar malam sehingga jam 3 atau 4 pagi...adakah itu kamu masih memerlukan orang luar campur tangan..
fikir fikir lah jika kamu benar benar bernama manusia.
Boleh belah la woii. Nak mintak tlg negara yg penjara kan org tanpa diberi peluangmembela diri di mahkamah?? IRONY at its best. Pls go crawl back to the shithole and learn a thing or two you bunch of dimwits!!
America,you better stay out of our problems! Who are you to say we are wrong or right? You support the Izreals to kill the Palestinians & you label the later who fought for thier own land as terrorists.The real terrorist is you,America. Out of our way,you damned fool!!!