Umno tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Menurut ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan keputusan bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.
"Umno tidak bertanding di DUN Cempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pada 10 Mac.Pada pilihan raya umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi.