Anwar bakal melakukan pembohongan lagi kepada rakyat ?

on Wednesday, April 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi bakal melakukan pembohongan besar apabila mendakwa ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah akan menyertai beliau. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar bakal mengulangi pembohongan besar yang beliau lakukan pada 16 September 2008 kononnya pembangkang akan membentuk kerajaan berikutan penghijrahan ramai wakil rakyat BN, walhal perkara tersebut tidak berlaku sehingga sekarang.

 Muhyiddin berkata, kenyataan Anwar tersebut tidak lebih untuk menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan besar sehingga sanggup melakukan pembohongan demi pembohongan. "Apakah rakyat masih nak terpedaya dengan kenyataan Anwar Ibrahim tentang hal itu?

Dia fikir kalau ada orang kita nak duduk dekat sebelah dia bercakap, nak masuk ikut dialah. "Pemimpin-pemimpin utama BN tahu lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, baik di Sabah, Kelantan, Sarawak sokongan meningkat dan jelas terbukti memang rakyat mahukan pimpinan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - UTUSAN


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.